

Donat merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh mahupun satu adunan cair. Donat boleh didapati dalam pelbagai jenis. Antaranya yang biasa dilihat ialah donat seperti gelang atau cincin, dan donat yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim). Kebanyakkan donut yang budak-budak suka, aku pun suka jugak) yang ada krim. Coklat tuh meleleh, warrggh terliur dibuatnya.
Kuih donut, menjadi satu makanan yang permintaan yang sangat tinggi. Baik untuk sarapan pagi, ataupun minum petang. Kebanyakkan orang suka yang gebu dan lembut. Sedap je makan. Industri pembuat donut dinegara kita berkambang maju.
Donut sekarang ini pun sudah makin maju, macam-macam jenis perisa ada. Syarikat donut yang terkenal seperti Jacko, Dunkin Doughnut, Big Apple dan sebagainya. Semua yang ada ini nama besar dalam dunia Donut.
Siapa pencipta donut.
Hanson Gregory, orang dari American, dialah yang telah mencipta donut yang macam cincin pada tahun 1847, fuh lama dah tuh, pada umur dia masih kecil lagi 16 tahun.16 Tahun aku sibuk main game red alert tuh ha. Haha.
Negara Kanada adalah negara yang terbesar mempunyai volume permintaan yang tinggi dalam industri donut ini.
Macam-macam jenis donut ada.
Terlalu banyak. Perisa coklatlah, strawberry, mint, mocha, vanila dan macam-macam lagi. Yang penting donut tuh lembut. Cara dia present kepada pelanggan yang cantik tuh menjadi satu bonus . Nama-nama besar, jenama donut nih memang tidak perlu promote di media sosial atau di iklan . Sebut jer nama, confirm ramai yang beratur.
Ini kira bahan asas, yang wajib, untuk membuat donat adalah ibu roti atau yis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti, ia dikenali sebagai roti penaik.
Roti yang tidak digunakan ibu roti, dikenali roti tanpa penaik.
Donat juga dimasak secara menggoreng dengan minyak yang banyak dan kemudian disaluti dengan gula kastor, gula halus mahupun gula ising.
Membuat kuih donat bukan sesuatu yang susah sebaliknya amat mudah untuk dilakukan.
Bagaimanapun bagi menghasilkan donat dalam kuantiti yang banyak bukan suatu kerja mudah.
Kerja tersebut mengambil masa yang agak lama sekiranya tempahan mencecah seribu biji ke atas dalam masa sehari .
Mesin diperlukan untuk tampung permintaan yang tinggi.
Tujuan mesin ini dihasilkan agar dapat membantu pengeluar dan pengusaha donat. Secara tidak langsung, dapat menghasilkan kuih donat dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa. Apabila demand ada, permintaan ini harus ditunaikan. Amboi teringat pasal keluk2 dalam ekonomi.
Oleh itu, masalah pengeluaran yang sedikit dapat diatasi dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.
So apabila permintaan sudah semakin banyak, kenalah ada mesin ataupun dikenali doughnut maker.
resepi buat donut, mini donut.
Donut maker yang lain :
Korang boleh dapatkan di lazada disini
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply