Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Personal / GADIS TWITTER INI REVIEW MAKANAN BEST DI FAMILYMART

GADIS TWITTER INI REVIEW MAKANAN BEST DI FAMILYMART

Zik · Jun 28, 2020 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

twitter

GADIS TWITTER INI REVIEW MAKANAN BEST DI FAMILYMART

Setiap rakyat Malaysia suka makan makan di luar rumah sama ada seorang diri ataupun bersama rakan rakan dan ahli keluarga. Tak kira dekat atau jauh, katanya makan di luar ada mood yang tersendiri. Ramai juga antara kita suka makan di restoran mamak ataupun ataupun restoran seperti KFC dan McDonalds.

Di twitter, seorang pengguna wanita yang menggunakan nama Aini Hadid telah membuat thread tentang review makanan yang terbaik di Family Mart. Dia juga menyenaraikan lapan jenis makanan beserta harga setiap makanan dan komen mengenai makanan itu. Apakah makanan itu?

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276337705274634245?s=20

Seafood Cheese Baked Rice

Sejenis makanan ala Barat, makanan laut ini disaluti dengan keju yang agak kenyal dan dimasak dengan nasi. Seafood cheese ini dijual dengan harga RM10.90 dan rasanya amat lazat. Kejunya cair di mulut dan itulah penambah rasa bagi makanan itu.

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276339139932090369?s=20

Mochi Puff

Makanan ini ada rasa yang cukup simple tapi memuaskan hati. Dalam mochi itu ada custard kerana rasanya seperti custard dan lebih baik jika dimakan waktu sejuk. Ia dijual pada harga RM4.90.

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276340417408069633?s=20

Cheese Mochi Bun

Tidak seperti Mochi Puff, Cheese Mochi Bun mempunyai bentuk boleh dikatakan comel. Ia tidak lembut ataupun spongy cuma ia macam mochi keras. Bezanya ialah rasa keju di dalamnya agak masin. Dijual pada harga RM5.50.

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276341447168385025?s=20

Salmon Cream Cheese Onigiri

Salmon cream ini boleh tahan juga sedapnya. Maknanya tidaklah sedap sangat tapi boleh dicuba. Kejunya sedikit masin tapi creamy rupanya. Boleh dimakan ketika ia dalam keadaan suam kerana bersesuaian dengan rasa kunyah dan berselera untuk makan. Dijual pada harga RM4.50

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276342388869349376?s=20

Spicy Syiok Onigiri

Walaupun namanya syiok, anda tidak akan syiok kerana anda akan terus mencari seteguk air. Rasanya memang pedas tapi tidak beberapa sedap. Gadis ini hanya makan separuh kerana dan terpaksa buang kerana tiada siapa yang ingin habiskan. Dijual dengan harga RM4.20.

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276343302946603008?s=20

Cottage Cheese

Dengan adanya cottage cheese itu, gadis itu berasa lega kerana dapat menenagkan tekaknya akibat kepedasan. Kena dengan nama, rasanya sungguh sedap kerana kejunya sangat lembut bila dimakan. Ia kelihatan seperti aising kek dan lebih sedap dimakan ketika sejuk. Dijual dengan harga RM4.50.

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276344251484266496?s=20

Mini Basque Burnt Cheesecake

Anda perlu beli lebih jika ingin makan cheesecake ini. Rasanya seperti cheesecake yang biasa tapi sangat sedap, boleh dikatakan seperti dari Secret Recipe. Dijual dengan harga RM4.50.

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276345193122291712?s=20

Hanjuku Cheese

Makanan ini mempunyai tekstur seperti kek cuma lembut sedikit dan kaya dengan keju. Dijual dengan harga RM3.90.

https://twitter.com/AiniHadid/status/1276345802143617025?s=20

Secara ringkasnya, thread ini tentang makanan best dan bukannya makanan paling sedap. Memang bagus bila FamilyMart membuka cawangan di Malaysia. Anda boleh mencuba makanan yang tersenarai dalam review ini. Sedap atau tidak, anda nilaikan sendiri. Tepuk dada, tanya selera.

Share this on WhatsApp

Personal familymart, GADIS TWITTER INI REVIEW MAKANAN BEST DI FAMILYMART, review, review makanan, review makanan di familymart

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Zik says

    June 29, 2020 at 6:47 pm

    rajin pulak budak perempuan nih kan.. buat review. ada payment tak ?? haha

    Reply
    • Zik says

      July 2, 2020 at 3:35 pm

      apa lagi tunggu kasi seranglah familymart

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.