Dalam meramal dalam permintaan dalam perniagaan nie, kadang-kadang bukan betul 100%, bahkan kadang ianya hanya tepat dalam 60-80% mengikut kajian dalam pakar ekonomi dalam majalah business times. Namun peratusan yang tinggi, kadang-kadang hanya menjadi disebabkan kebetulan ataupun salah dalam perkiraan. Kalau salah kena menjawab, betul pun kena jawab dengan boss. Aduhai.
Sambungan dari entri yang lepas yang mana lebih kepada teori dan asas dalam meramal permintaan dalam perniagaan tak kira apa-apa bentuk perniagaan ada produk atau servis.
Mengukur Permintaan(market) Pasaran hari ini.
Pihak pengurusan perlu membuat anggaran iaitu tiga aspek dari permintaan pasar sekarang. Ada tiga kaedah yang praktikal untuk kita anggar permintaan ini, iaitu jumlah permintaan pasaran wilayah (kawasan), permintaan pasar, dan hasil jualan sebenar.
1) Menggangar jumlah Permintaan Pasar
Jumlah permintaan pasar suatu produk adalah jumlah kuantiti yang dibeli oleh sekelompok pengguna tertentu dalam suatu wilayah geografi tertentu selama jangka waktu tertentu dalam suatu lingkungan pemasaran tertentu.
Salah satu kaedah praktikal untuk mengagak jumlah permintaan pasar adalah dengan menggunakan persamaan :
Q = n x p x q
dimana :
Q = jumlah permintaan pasar
n = jumlah pembeli di pasar
p = harga purata satu produk
q = jumlah yang dibeli oleh rata-rata pembeli per tahunan
2) Menggangar Wilayah (kawasan) Permintaan Pasar
Dalam hal memilih kawasan yang terbaik, serta menempatkan anggaran pemasaran yang optimum, dapat dilakukan dengan dua kaedah, iaitu kaedah Market-Build Up dan Market Factor Index. Kaedah Market-Build Up digunakan terutama oleh perusahaan barang industri untuk mengenal pasti semua potensi pembeli dalam setiap pasar dan mengenal pasti potensi pembeliaan, sedangkan kaedah Market Factor Index digunakan terutama oleh perusahaan barang konsumer, dengan mengenal pasti faktor-faktor pasar yang ada hubung kait dengan potensi dan menggabungkannya ke dalam sebuah indeks yang telah kita timbang tarakan.
3) Menggangar Penjualan sebenar dan jualan Saham.
Perusahaan perlu mengetahui penjualan sebenarnya dari industri berkait rapat yang terjadi di pasar, jadi ia harus mengenal pasti para pesaingnya dan mengganggar penjualan mereka. Data dapat dikumpulkan baik dari persatuan atau dari lembaga penyelidikan.
Meramal Permintaan Akan datang (future demand).
Setelah kita tahu cara-cara mengukur permintaan sekarang, selanjutnya pihak pengurusan perlu mengkaji permintaan mendatang. Ada banyak cara untuk meramal penjualan masa datang, di antaranya dipaparkan berikut dibawah ini :
- Survei nilai pembeli, iaitu dengan bertanya kepada mereka secara langsung dengan harapan mereka akan menjawab secara objektif.
- Pendapat para tenaga penjual (peniaga), iaitu perusahaan meminta para tenaga penjualnya untuk meramal penjualan tiap produk untuk daerah mereka masing-masing, kemudian semua menganggar individu dijumlahkan untuk mendapat ramalan penjualan secara keseluruhan. Dalam meramal jualan, bermacam-macam data diperlukan. Bukan satu dua jer.
Contohnya :
Misalnya, para peniaga setelah menghabiskan melakukan jualan, dimana untuk membuat laporan yang sering disebut Laporan Kunjungan (guest sign-book). Laporannya, contohnya seperti berikut :
- rata-rata jumlah orang datang kekedai per hari,
- rata-rata jumlah waktu mereka datang dan buat survey (tak beli pun) per lawat,
- rata-rata jumlah belian dalam per lawat,
- rata-rata jumlah pendapatan per lawat,
- rata-rata kos jamuan per kunjungan, (bagi restoran) ,
- menyerahkan jumlah pesanan per 100 per lawat jualan, (bagi restoran) ,
- jumlah pelanggan baru per tempoh tertentu, (bagi restoran) ,
- kos peniaga(gaji), jika merupakan peratus dari jumlah penjualan.
Penting untuk kita ambil rekod seperti diatas. Untuk kita membuat analisa sendiri dan dari data jadikan dalam bentuk graf, akan nampak dia punya gambaran. Lebih mudah untuk kita membuat ramalan dan andaian. Semua ini perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih fleksibel untuk kepentingan bersama.
Jadinya dari data di atas diharapkan jumlah perkiraan yang dibuat dalam permintaan produk dapat ditentukan. Walaupun kadang-kadang tidak tepat, kerana ada banyak faktor lain yang akan mempengaruhi. Iaitu faktor-faktor semula jadi, musim, perayaan dan juga bencana alam. Itu memerlukan banyak perkiraan yang lain.
tengkorak emas says
fuh..mencabar tu..
kalau dalam perniagaan perkhidmatan nampak mcm lebih meluas bentuk permintaannya..
sekadar pandangan biasa seorg pengguna..
benjy says
Namun perniagaan perkhidmatan sungguh mencabar terutamanya nak mengekalkan kualiti kerana ia di kaitkan dengan manusia (pekerja) yang membuat perkhidmatan tersebut … mod manusia sukar di ramal dan ia mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang diberikan.
kaki sosial says
permintaan melebihi penawaran…….mcmner nk dpt product camtue….
benjy says
Biasanya barang makan boleh jadi cam tu seperti Gula, tepung dan banyak lagi.
intankuterpilih says
wah… betul2 otak bisness ni…
benjy says
betul tu … b3njy pun tak sangka blogger Zik mempunyai analisis sebegitu … tahniah Zik.
suri says
alahai terperincinya terasa bagai pensyarah baru bagi note kat saya π
LiFe KaMi says
memang bagus pada yg ingin membuka perniagaan,
dari dulu lg cita2 nak berniaga tapi modal asik tak cukup je,ada pula member yg dah nak lingkup tu yg rasa lg payah nak meniaga..
benjy says
betul tu … kalau tak cukup ilmu nak berniaga sah gulung tikar …. sebab b3njy pun pernah stop berniaga IKS sebelum sempat gulung tikar.
nasslimdiet2 says
kalau dah minat teruskan je. kalau modal tak cukup, buat kecik je. nak tunggu modal cukup memang kita tak akan mula. rezeki masing-masing tak sama. yang penting kita rajin usaha dan tak mudah putus asa
chii says
tu la pasal..time blaja dulu pun..chii x pasti sama ada lecturer ada ajar ke idak ttg ni..ehehe..
Ali ridha says
Anda ingin jadi bos sendiri? tanpa perlu
berkerja dengan orang lain.maka itu, ini la
jawapanya.beli buku usahawan internet pak net.
perniagaan kita kena ikut masa kini
dan kena ada kelainan sedikit.buat la
goreng pisang madu lebah.nampak tak
ada kelainan sedikit.
benjy says
Memang betul kelainan itu boleh membawa kejayaan tetapi perlu bersabar sehingga ramai orang kenal produk baru tersebut … kena ada modal pusingan untuk kekal berniaga …
decrewz says
Uish.. Boleh jadi bisnessman dah nih.. Siap ada kira2..he3
Zik says
ini basic lagi.. ada lagi.. lagipun kalau teori tak semuanya akan betul… dalam keadaan yang sebenar… mungkin lain dia punya senarionya..
tehr says
macam minyak je ni
permintaan sentiasa melebihi penawaran
untung2…
Zik says
minyak lebih kurang macam tuhla.. dengan ada orang atas yang control harga nie… tak tahulah siapa orangnya??
chii says
sure zikri praktikkan dlm kehidupan seharian kan teori2 ni =)
benjy says
b3njy cukup setuju … jika kita sesuaikan sedikit dengan kerja kita/hidup kita ia akan banyak membantu.
samanosuke_04 says
arghhhh, kompleksnye… baca separuh pun daa pening daa.. haha, byk sgt istilah.. hoho, yang penting dapat untung dlm bisnes.. aku amik prinsip nie jelah dulu.. hohoho
Zik says
hehe.. tak sama bidang… kot??
Mrs.Ayie says
Baca tiga kali baru dapat gambaran π Bukan mudah nak meramal permintaan dan penawaran dalam perniagaan. Berubah-ubah
benjy says
Yer betul tu … cam musim buah-buahan … permintaan berubah-ubah mengikut musim nya.
benjy says
B3njy nengok ramai peniaga baru tak tahu menganalisis permintaan barangan itu yang ramai gulung tikar tu … selain itu tiada kekuatan dalam diri juga menyebab mereka gulung tikar … namun bagi PKS membuat survey adalah sukar kerana ia meningkatkan kos operasi.
P/S: Analisis seperti ini boleh di convert ke lain2 bidang kerja dan ia akan membantu kalau kena caranya.
Zik says
yaya.. kalau ada dia punya senarionya lebih kurang.. boleh diconvert.. dan diubahsuai..
linkedn says
produk dri brg kesihatan pun boleh dianggap permintaan melebihi penawaran…
Zik says
betul juga..sebabnya susah nak ada benda ini..
yas says
Meniaga ni kene modal dan daya tahan yg tinggi, bukan sembarang org gak bleh lyn meniaga. Aku pun penah gak meniaga..tp kecil2lan jer…last2 untung dok kaver time “rm” tgh sesak…x gi kemana gak laa…huhuhuhu
Kalau P Romlee dulu dia panggil nujum Pak Belalang je nihh….hehehe
Zik says
lebih kurang macam tuh… takpe.. dalam berniaga… kecil2lan … untung belakang cerita.. huhu
nasslimdiet2 says
nak meramal permintaan pengguna memang susah. yang penting dalam bisnes, benda ni memang kene buat kalau nak maju.
Zik says
dapat buat sikit pun jadilah… yang penting kita ada usaha…
Rajdev says
Ne seperti kajian niche hpk kan
Zik says
kajian yang dalam pada masa yang sama cuba mempraktikkan..
titan says
teringat aku masa kelas mikro dan makro ekonomi..
Zik says
memang ada … tapi dulu belajar english… hadoi…
akubiomed says
Saya pernah terlibat secara tidak langsung didalam duniaan perniagaan bukanlah semudah teori. Banyak kemahiran yang perlu dipelajari menempuh pengalaman berniaga sebenar itu sendiri.
Kalau syarikat yang sudah establish perlu buat kertas kerja dengan membuat kajian market survey @ market intelligence untuk mengetahui produk yang bakal terjual di pasaran atau tidak, penyediaan bajet, projection P&L, ROI, Breakeven, SWOT dan macam lagi. Sangat teknikal π
Zik says
swot , roi , p&l akan dibincangkan.. dalam masa yang agak lama sikit….
aimannajmy says
wah banyak tui term2 yang tak berapa nak paham ish ish huhu, kena tggu zik hurai la nnt
bEe says
Bukan senang nak meramal masa depan dlm perniagaan…
Mcm bEe yg bekerja di syarikat perniagaan pun ada untung & ada naiknya. Especially perkhidmatan kpd manusia… Susah sket sbb sentiasa berubah mood manusia ni
Zik says
takda sale… takda lah untung…
mancai says
tq bro membantu info ni… kebetulan aku tengah mengisi borang pendaftaran perniagaan
Zik says
wah dah nak start niaga apa agaknya???
aimannajmy says
pergh rumit sungguh dunia bisnes ni kalo betul2 nak berjaya tarik customer kena ada cara yang sebetulnya
Zik says
semuanya memerlukan masa dan ‘action’