Jualan kuih raya secara online sekarang ini masih giat aktif dijalankan di ruang medium social no 1 dunia (pada ketika ini) terutamanya facebook.com. Mulalah tag megetag nih. Ia satu penanda aras yang baik dalam dunia ekonomi kerana ia merancakkan dalam dunia e-business(e perdagangan). Ramai yang tak berkesempatan untuk mebeli kuih raya kerana mahu selesaikan urusan-urusan lain yang lebih penting.
Korang dah beli kuih raya belum??
Alamak, sebenarnya kalau beli secara online, rasanya semua tempahan dah ditutup. Takut tak sampai on time. Biasa beli malam raya, di jalan TAR sure murah punya!!. 3/4/5 balang rm10. Bahkan boleh dapat lagi murah tuh. Cuma sanggup dengan tak sanggup nak tunggu jerla penjual tuh nak turunkan harga, sampai pagi raya.
Dibawah ini adalah senarai kuih raya yang aku memang suka (aku, macam tak pernah beli kuih raya rasanya ).
1. Armond London. Diantara feveret kuih raya yang tak pernah miss. Bisany bila dah datang rumah, nak beraya katanya. Kalau-kalau ada kuih raya ini, akan menjadi target utama.
2. Dodol. Rasa dodol tiap-tiap rumah memang berlainan. Dan juga, boleh rasa mana yang menggunakan mesin atau menggunakan kuali (tradisonal). Yang mesin nih rasanya agak kureng sikit.
3. Bahulu. Kuih ini jarng-jarang sekali aku miss. Tapi kuih bahulu nih lagi best kalau makan masa panas-panas. Teringat pulak masa kecik-kecik kacau arwah nenek aku buat kuih nih.Jadi tukang tester lah pulak, sebab tak puasa. Sob2.
4. Kuih makmur. Fuhh dia punya lembut dan manis dia. Dalam dia punya isi kebiasaanya kacang tanah yang ditumbuk. Yang ini biasanya makcik aku akan buat.
4. Tart nenas. Manis sangat kuih nih. Isinya jem nenas memang sedaplah. Tapi ada yang buat, jem nenas nih kurang manis, sedang-sedang gitu. Marvelous.
5. Batang buruk. Nama dia jer batang buruk. Tapi jangan pandang rendah kuih seperti ini. Dulu masa kecik-kecik memang tak suka kuih nih(katanya macam pahit). Bila dah membesar mula suka, sebab sepupu aku suruh rasa jugak. Wah terbaik seyh.
5. Kerepek pisang/rempeyek. Boleh jugalah dikategorikan kuih raya. Walaupun penat gigi aku duk mengunyah kuih raya nih.Ada yang jenis tuan rumah tuh, semua dia hidangkan bermacam-macam kerepek. Tak berat, takpe.
Kepada anda semua, korang punya pilihan kuih raya apa agaknya?? Takkan sama kot?? Cer kongsi, cer kongsi.
Akan datang: Mungkin air raya feveret, atau juadah feveret raya. (gambar malam nanti baru upload).
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Pacifista - X says
jarang dah orang buat dodol ni.dulu rajin jugak atok aku buat.sekarang dah bersepah2 kat kedai jual dodol.beli je :p
kuih pilihan hati aku adalah batang buruk.haha…
muhammad fakhruddin says
Sangat suka no.4. Tapi Almond London tu dah boring, tiap2 raya dan mana2 rumah raya akan ada Almond London. Sampaikan lebih suka makan kerepek daripada makan kuih raya. Saya suka kerepek bawang 🙂
afiq aiman says
betul2. almond london dah jadi kuih rasmi hari raya. suka makan kerepek lagi berbanding kuih raya ni.
eiela says
saya suka kuih tart dan mama carrie, setiap tahun mesti ada. tapi tahun nih beli je..
akubiomed says
Senarai yang diberikan pilihan tekak Zik yer 🙂
yoy says
kalau g beraya konfirm balang kuih london tu aku pegang..:)
adele says
almond london tetap menjadi pujaan 😀
megat says
batang buruk pilihan pertama aku. aku tak gemar makan jenis kuih tapi gemar yang jenis kerepek kecuali batang buruk.
sebenarnya ada banyak kuih yang lantak tapi aku tak amik port pula nama kuih tu. hahaha.
kopisoda says
tak minat kuih sarang semut bro?
nuriz says
zik dah cerita psl kuih raya ni hehe. byk tahun dah saya buat kui tunjuk2 ..tak rajin nak buat sendiri.lagi jimat beli je, kalau buat bukan orang nak mkn sgt. diorang lagi suka mkn kerepek atau kacag2 je, atau makan nasi impit dgn rendang.
Tapi saya suka jugak le kuih almond london , kuih makmur, memang jadi juadah wajib tu. hehe
tehr says
kami selalu dengan kuih tunjuk je, zik
tahun ni tak mula tunjuk lagi
hehe
NK says
Almond London tu jangan la letak kat depan rumah semuanya kalau raya,
kalau tak, baru satu kumpulan lawat, dah konfem habis dah semua Almond London, hahahaha
Favourite sepanjang masa tu!
zulkbo says
salam..
panjang senarai tu..?
ermm..siap RM lah nak
belikan..?rasanya kita
ke rumah tetamu je
menjamu selera..
jimat Bro..la la la
😀
MR.Z says
almond london yang paling femes tu.. 😀
Juan says
kalau ikut pilihan, aku suker dodol dan kerepek pisang, layan sambil tengok tv, perghh, masa raya pulak tuh, huhu
hafizmd says
semua mmg feveret aku.
tp aku listkan top 3;
1. kerepek pisang, kerepek ibu dan semua jenis kerepek samada pedas@masin@manis
2. almong landong (org ganu sebut ginilah..keh3)
3. tat nanas
sekian..
p/s-tunggu air feveret pulak…hehe
dreamfinancebiz says
mesti pilih ni…
Zida says
haha almond london dah bosannnnn~
kalau zida, mentang baru balik mesir, nak buat biskut arab. nasib baik senang..
mancai says
kuih makmur memang feveret aku… dodol aku suka buatan sendiri dari buatan kedai…
RinnAzrinah says
tiap2 tahun mesti ade almond london… tp bukan my pebret laaa… aku punye pebret x de dlm senarai… hehehe
Norgadis says
Ada kuih raya yang dibeli, ada juga yang buat sendiri…