Soalan.
Seorang rakan pena anda di luar negara, telah menghantar sepucuk surat kepada anda. Dalam surat tersebut, sahabat anda menyatakan ingin mengetahui keisitmewaan negara anda yang menyebabkan negara anda amat menarik untuk dilawati.
Balas surat rakan anda itu selengkapnya. Guna peta bulatan dibawah ini sebagai rujukan.
Rangka Karangan.
Rangka Karangan
Pendahuluan: alamat penulis — tarikh surat ditulis— kata penghadapan
Isi 1: Ucapan terima kasih alas kiriman surat tempoh hari — menyatakan khabar did dan keluarga — berasa bangga kerana ingin mengetahui keistimewaan negara ini — cuba memenuhi permintaan rakan
Isi 2: Malaysia terdiri daripada dua tanah besar — Malaysia Barat dan Malaysia Timur — terdapat 14 buah negeri — banyak tempat menarik — kawasan pantai — bersih dan sesuai untuk beristirahat
Isi 3: terdapat pulau-pulau peranginan yang terkenal — terdapat pelbagai kemudahan — dasar lautnya kaya dengan pelbagai jenis ikan dan batu karang — sesuai untuk aktiviti perkelahan, menyelam, dan berehat
Isi 4: Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar — banyak tempat bersejarah yang ditinggalkan dan masih wujud sehingga sekarang — terdapat juga kesan tinggalan sejarah tempatan
Isi 5: rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum — mengamalkan pelbagai cara hidup, adat resam, kebudayaan, dan kepercayaan — kepelbagaian ini mewujudkan satu keistimewaan yang terdapat di Malaysia
Isi 6: Malaysia juga kaya dengan pelbagai permainan tradisional dan kesenian — dapat ditonton dalam majlis-majlis rasmi pada hari-hari kebesaran.
isi 7- Keistimewaan yang paling berharga- keamanan -bebas dari bencana alam- gempa bumi-letupan gunung berapi- ribut taufan- perpaduan kaum yang sangat utuh- negara aman dan maju.
Penutup.
Diharap catatan ini dapat memenuhi kehendak rakan – mengalu-alukan kedatangan rakan kalau dapat datang- harapan berjumpa lagi- ucapan terima kasih.
Contoh Karangan.
587 Kampung Parit Sonto, Jalan Bahagia, 78541 Tampoi, Johor Darul Takzim, Malaysia.
31 Mac 2022.
Menemui sahabatku, Razman Rahmat, yang berada di Surabaya, Indonesia.
Saudara, Surat saudara tempoh hari, selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan. Untuk pengetahuan saudara, saya dan keluarga di sini kini berada dalam keadaan sihat dan selamat. Bersyukurlah kerana saudara dan keluarga juga demikian. Semoga kesihatan dan kesejahteraan kita akan berkekalan hendaknya. Setelah membaca kandungan surat saudara yang bertarikh 20 Februari 2015 yang lalu, saya berasa bangga kerana saudara ingin mengetahui keistimewaan negara ini. Saya akan tuba memenuhi permintaan saudara melalui surat ini.
Untuk pengetahuan saudara, Malaysia terdiri daripada dua tanah besar, iaitu Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Di Malaysia Barat terdapat dua belas buah negeri, manakala di Malaysia Timur terdapat dua buah negeri. Di negara ini terdapat tempat-tempat yang menarik yang menjadi destinasi pelancongan. Antaranya ialah Pantai Teluk Cempedak di negeri Pahang, Pantai Batu Buruk di negeri Terengganu, dan Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan. Pantai-pantai tersebut bersih, bebas daripada pencemaran, dan sesuai untuk beristirehat. Oleh sebab itulah tempat-tempat tersebut sering menjadi buah mulut pelancong dari dalam dan luar negara.
Selain pantai, di Malaysia juga terdapat pulau-pulau peranginan yang terkenal. Antaranya ialah Pulau Sipadan di Sabah, Pulau Kapas di Terengganu, dan Pulau Pangkor di Perak, dan Pulau Langkawi di Kedah. Di pulau-pulau tersebut terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, pengangkutan, restoran, dan pelbagai kemudahan bagi aktiviti-aktiviti laut. Bagi mereka yang berminat untuk menyelam pula, mereka boleh berbuat demikian. Di dasar lautnya terdapat berbagai-bagai jenis ikan dan batu karang. Keadaan pantainya yang bersih dengan air lautnya yang tenang menjadikan tempat tersebut selamat untuk menjalankan aktiviti perkelahan. Dari semasa ke semasa, tempat-tempat tersebut dikunjungi pelancong bukan sahaja dari Asia Tenggara tetapi juga dari negara Barat. Mereka yang mengunjungi tempat tersebut bukan sahaja dapat berehat dan menyelam tetapi dapat juga melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Besar.
Rasa saya, saudara tentu masih ingat bahawa satu ketika dahulu Malaysia pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar, iaitu Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun. Dengan demikian, tentulah banyak tempat bersejarah yang ditinggalkan oleh mereka. Satu daripadanya ialah Kota A Famosa di Melaka, iaitu kubu peninggalan Portugis yang masih wujud sehingga sekarang dan sering dikunjungi oleh orang ramai. Di samping itu, terdapat juga kesan sejarah tempatan yang menarik perhatian pengunjung. Tempat-tempat tersebut termasuklah Perigi Hang Tuah di Melaka, Makam Mahsuri di Pulau Langkawi, Gua Niah di Sarawak, dan lain-lain. Saya yakin bahawa saudara memang berminat untuk melawat ke tempat-tempat tersebut. Sekiranya ada kelapangan, saya mengalu-alukan kedatangan saudara ke Malaysia dan saya bersedia untuk menemani saudara sebagai pemandu pelancong.
Saudara yang budiman, Penduduk Malaysia hanyalah berjumlah 26 juta orang tetapi terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Tiga kaum utama ialah Melayu, Cina, dan India. Selain itu, terdapat kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak, iaitu Iban, Kadazan, Murut, Melanau, dan lain-lain. Oleh sebab berlainan kaum, maka sudah tentu mereka mengamalkan pelbagai cara hidup, adat resam, kebudayaan, dan kepercayaan. Sekiranya saudara datang ke Malaysia, saudara dapat melihat berbagai-bagai sambutan hari perayaan. Perayaan utama yang disambut di Malaysia ialah Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi umat Islam, Hari Krismas bagi penganut agama Kristian, dan Had Deepavali bagi penganut agama Hindu. Selain itu, terdapat berbagai-bagai hari perayaan yang lain, misalnya Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Thaipusam, dan lain-lain. Walaupun sesuatu perayaan itu milik kaum-kaum tertentu, di Malaysia semua kaum merayakannya. Situasi sedemikian boleh dikatakan suatu keistimewaan negara ini yang jarang-jarang berlaku di negara lain di dunia.
Malaysia juga kaya dengan permainan tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat zaman dahulu. Antara permainan yang dimaksudkan ialah permainan wau, congkak, dan gasing. Selain itu, di Malaysia terdapat juga pelbagai jenis tarian yang menjadi lambang kesenian bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain. Jika saudara datang ke negara ini, saudara akan dapat melihat berbagai-bagai jenis pertunjukan kesenian. Antara yang popular ialah dikir barat, kuda kepang, malcyung, wayang Cina, dan lain-lain. Selain itu, terdapat pula berbagai-bagai jenis tarian yang mewakili kaum-kaum tertentu, termasuklah tarian sumazau yang popular dalam kalangan orang Sabah. Walaupun kini banyak terdapat permainan moden, permainan tradisional tetap tidak dilupakan dan menjadi pertunjukan penting dalam majlis-majlis rasmi pada hari-hari kebesaran.
Satu lagi keistimewaan negara ini yang tidak ternilai harganya ialah keamanan. Sehingga kini, Malaysia bebas daripada gempa bumi, letupan gunung berapi, dan ribut taufan. Kedudukan Malaysia di Luar Lingkungan Api Pasifik menyebabkan negara ini bebas daripada bencana alam yang besar. Situasi ini merupakan antara faktor keamanan negara ini terpelihara. Di samping itu, perpaduan rakyat Malaysia ternyata utuh. Walaupun kami terdiri daripada berbilang kaum, kehidupan kami tetap harmoni. Situasi ini terbina dengan adanya sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Sehingga kini, rakyat Malaysia masih dapat berkongsi kekayaan negara dengan mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri. Rakyat negara ini sedar bahawa perpaduan kaum amat penting dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
Saudara,
Demikianlah serba ringkas catatan tentang tempat yang sesuai untuk dilawat di Malaysia. Turut dinyatakan dalam surat ini ialah beberapa keistimewaan negara ini yang meliputi keunikan penduduknya yang berbilang kaum dan keamanannya yang terjamin. Diharap perkara yang saya perkatakan melalui surat ini dapat memenuhi kehendak saudara seperti yang dinyatakan dalam surat saudara tempoh hari. Saya dengan besar hati mengalu-alukan kedatangan saudara ke negara ini pada bila-bila masa. Sekian sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi.
Sambutlah salam persahabatan daripada saya di Malaysia. Terima kasih.
Yang ikhlas, Aiman Tino Marang kerapu.
Sudut kata:
• berkekalan: sentiasa ada atau berterusan
• dijajah: ditakluki
• kubu: tempat penahanan
• utuh: tidak berpecah-pecah
Leave a Reply