Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN-SURAT RASMI , CERAMAH MOTIVASI

KARANGAN-SURAT RASMI , CERAMAH MOTIVASI

Zik · Sep 21, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ting tang bukan alexander

Biasa kalau dah dekat peperiksaan sekolah akan panggil penceramah atau pakar motivasi Dr Jiejan   yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tak lama lagi. Jadinya anda selau setiausaha Persatuan Bimbingan dan Kaunseling anda telah diminta menulis surat undangan kepada seoarang pakar motivasi untuk menjemput beliau membuat ceramah di sekolah anda. Tulis surat rasmi kepada beliau selengkapnya. selamat mencuba.

RANGKA KARANGAN.

Pendahuluan: alamat pengirim, alamat penerima, tajuk, dan tarikh surat

Isi 1: tujuan diadakan ceramah motivasi ini – menyuntik semangat dan motivasi pelajar-pelajar tingkatan lima lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan-pelajar sekolah ini mempunyai motivasi yang rendah.

Isi 2: ingin menjemput penceramah memugar semangat dan membangkitkan motivasi – agar lebih sedar dan lebih bermotivasi – penceramah mempunyai latar belakang yang luas dalam bidang motivasi dan kesedaran.

Isi 3: latar belakang peserta – sebanyak 250 orang pelajar akan mengikuti ceramah motivasi – 187 orang pelajar perempuan dan 163 orang pelajar lelaki – kesedaran tentang kepentingan pelajaran sebagai jaminan masa depan amat rendah

Isi 4: ibu bapa pelajar hadir – bertujuan untuk menyedarkan ibu bapa agar lebih cakna dan prihatin terhadap pendidikan anak-anak – berharap agar penceramah dapat menyelitkan motivasi keibubapaan.

Penutup: berharap agar tuan dapat memenuhi undangan -memberikan kebebasan kepada penceramah menentukan masa, tarikh, dan hari ceramah

CONTOH KARANGAN SURAT RASMI.

 

Persatuan Bimbingan dan Kaunseling,

Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Ali,

Jalan Lorong Harimau,

83610, Muar, Johor.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tuan Dato’ Doktor Nazri Khan, Pusat Motivasi Tak Hensem Takpa Janji Kaya, Keramat , 59990 Kuala Lumpur.                                                                                                         22 JULAI 2023.

Tuan, Undangan Menyampaikan Ceramah Motivasi.

Merujuk perkara di atas, saya sebagai Setiausaha Persatuan Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini telah diminta untuk mengundang tuan menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan lima sekolah ini.

2. Tujuan diadakan ceramah motivasi ini adalah untuk menyuntik semangat dan motivasi pelajar-pelajar tingkatan lima sekolah ini agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ini. Hal ini demikian kerana, rata-rata pelajar sekolah ini mempunyai motivasi yang rendah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam hidup. Tambahan pula, latar belakang keluarga yang bersekolah setakat sekolah menengah kurang memberikan galakan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran. Malahan, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah supaya anak mereka hanya dapat membaca, menulis, dan mengira. Hal ini sejajar dengan peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Keadaan ini sangat membimbangkan pengurusan sekolah kerana pencapaian peperiksaan sekolah berada pada tahap yang tidak memuaskan walaupun telah dilaksanakan beberapa program peningkatan akademik sebelum ini.

3. Sehubungan itu, kami ingin mengundang tuan untuk memugar semangat dan membangkitkan motivasi pelajar-pelajar agar lebih sedar dan lebih bermotivasi untuk berjaya dalam hidup. Tuan yang mempunyai latar belakang yang luas dalam bidang motivasi dan kesedaran tentu mempunyai formulasi dan kaedah yang ampuh untuk membangkitkan semangat pelajar-pelajar sekolah ini. Kami juga yakin bahawa pengalaman luas tuan dalam bidang ini mampu membuka minda dan jiwa pelajar-pelajar agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Kami difahamkan bahawa tuan telah berjaya mengubah sikap ribuan pelajar sekolah menengah sebelum ini. Dengan itu, kami berharap tuan dapat menyumbangkan kepakaran tuan di sekolah kami bagi membantu pihak sekolah meningkatkan keputusan akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.

4. Untuk pengetahuan tuan, sebanyak 350 orang pelajar akan mengikuti ceramah motivasi yang akan tuan sampaikan kelak. Daripada jumlah itu, 187 orang merupakan pelajar perempuan dan 163 orang pula merupakan pelajar lelaki. Pelajar tingkatan lima ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Secara keseluruhan, kesedaran tentang kepentingan pelajaran sebagai jaminan masa depan dalam kalangan pelajar sekolah ini amat rendah. Pelajar perempuan hanya berminat untuk menghabiskan sekolah sehingga tingkatan lima dan selepas itu berhasrat bekerja di kilang elektronik yang berhampiran. Manakala pelajar lelaki pula ada yang terjebak dengan pelbagai masalah disiplin seperti merokok, menghidu gam, dan merempit. Latar belakang pekerjaan ibu bapa pelajar pula ialah buruh estet, pengawal keselamatan, dan peniaga pasar malam. Kebanyakan ibu bapa agak sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan tidak meluangkan masa untuk memantau pelajaran anak-anak. Malahan, ada ibu bapa yang buta huruf.

5. Dalam ceramah tuan kelak, kami akan turut mengundang ibu bapa pelajar hadir bersama-sama anak mereka. Tujuan undangan ini adalah untuk menyedarkan ibu bapa agar lebih cakna dan prihatin terhadap pendidikan anak-anak. Sehubungan itu, kami berharap agar tuan dapat menyelitkan motivasi keibubapaan dalam ceramah tuan kelak supaya ibu bapa lebih sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjana kejayaan anak-anak. Malahan, kami berharap tuan juga dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar agar lebih menyayangi ibu bapa dan keluarga supaya matlamat pembinaan keluarga dan masyarakat penyayang dapat dibentuk. Di samping itu, kami juga berharap agar tuan dapat memberikan input agama kepada pelajar-pelajar agar sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama sebagai benteng ke arah memantapkan jati diri remaja agar tidak mudah terpengaruh oleh pelbagai gejala sosial.

6. Untuk pengetahuan tuan, ceramah motivasi ini akan diadakan di dalam dewan sekolah yang tertutup dan berhawa dingin. Kami yakin suasana dewan tersebut akan memudahkan tuan untuk menyampaikan ceramah sekali gus mudah untuk mengekalkan tumpuan para pelajar dan ibu bapa. Dewan tersebut dilengkapi oleh sistem pembesar suara dan sistem audio yang canggih dan berkualiti. Di samping itu, dewan tersebut juga mempunyai alat projektor LCD dan layar besar untuk memudahkan tuan memaparkan kandungan ceramah tuan. Kami juga bersedia untuk menambahkan apa-apa peralatan yang tuan perlukan bagi memastikan ceramah yang tuan sampaikan nanti berkesan.

7. Kami berharap agar tuan dapat memenuhi undangan kami untuk menyampaikan ceramah tersebut. Berhubung dengan masa, tarikh, dan hari ceramah tersebut, kami menyerahkan kepada tuan untuk menentukannya kerana kami tahu bahawa tuan amat sibuk dengan program motivasi di seluruh negara. Oleh itu, tuan boleh memilih masa yang sesuai berdasarkan kelapangan tuan. Pihak sekolah tidak mempunyai masalah untuk menerima dan bersetuju dengan tarikh dan masa yang tuan pilih kerana kami akan menyusun program tersebut berdasarkan kelapangan tuan. Bagaimanapun, kami berharap agar program ini dapat dijayakan selewat-lewatnya pada bulan Ogos ini memandangkan peperiksaan percubaan SPM sudah semakin hampir. Kehadiran tuan dalam sesi ceramah ini merupakan satu titik tolak yang penting kepada pelajar dan ibu bapa untuk melakukan transformasi diri dan anjakan paradigma. Kesudian tuan untuk menyampaikan ceramah itu kelak sangat kami harapkan dan hargai serta kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

 

Yang menjalankan tugas,

Shawn Bahrin 

(Shawn Bin Bahrin)

Setiausaha Persatuan Bimbingan dan Kaunseling.

Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Ali.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia, Karangan CERAMAH MOTIVASI, contoh surat rasmi jemput pakar motivasi ke sekolah anda, KARANGAN-SURAT RASMI, surat undangan kepada seoarang pakar motivasi untuk menjemput beliau membuat ceramah di sekolah anda

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.