Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan-Surat Kemorosotan Displin Pelajar -SPM

Karangan-Surat Kemorosotan Displin Pelajar -SPM

Zik · Feb 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

contoh surat rasmi

Sebagai Ketua Lembaga Pengawas sekolah, anda diminta membalas surat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru disiplin para pelajar di sekolah anda. Balas surat tersebut punca kemerosoton disiplin dan tindakan yang telah diambil Tulis surat anda itu selengkapnya.

Rangka Karangan

Kemerosotan Disipiin Pelajar oleh pengetua untuk tentang kemerosotan dengan menyatakan bagi mengatasinya.

Punca:
• terikut-Ikut oleh tingkah laku negatif rakan sebaya

— tidak mahu tersingkir daripada kumpulan

• ibu bapa kurang memberikan perhatian

— anak-anak bergaul babas

— melanggar peraturansekolah

• ibu bapa bertindak menyebelahi anak-anak apabila anak-anak mereka dikenakan tindakan disiplin

— anak-anak menjadi semakin berani untuk melakukan kesalahan

• ada segelintir pelajar tidak dapat melawan godaan dunia

— kurang mendapat didikan agama

— terjebak dalam kancah keruntuhan moral dan disiplin

Tindakan

Pelbagal tindakan telah diambil oleh pihak sekolah dan lembaga pengawas

— merotan

— memberikan penjelasan kepada ibu bapa pelajar yang dihukum

— mengadakan aktiviti keagamaan

— memastikan pelajar menghadiri aktIvitl kokurikulum berharap agar pihak PIBG bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini

— menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah

— berkattan perlakuan negatif para pelajar semua pihak mengamalkan permuafakatan dan kerjasama

— mengatasi masalah disiplin para pelajar

 

Contoh surat.

 

Lembaga Pengawas,

Sekolah Kebangsaan Pekan Baru,

83610 ,Semerah Batu Pahat,

Johor Darul Taazim.

____________________________________________________________________________________________________________________________

Tuan Pengetua,

Sekolah Kebangsaan Pekan Baru,

83610 ,Semerah Batu Pahat,

Johor Darul Taazim.                                                                                                                            22 Februari 2021

Kemerosotan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru.

Surat tuan yang bertarikh 16 Julai 2014 tentang perkara di atas dirujuk. Terima kasih atas perhatian serius pihak tuan. Pada dasamya, kami telah menyedari masalah ini dan telah membuat kajian terperinci bagi mengenal pasti punca kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama.

2. Antara sebab dan punca kemerosotan disiplin di sekolah ini termasuklah peranan rakan sebaya terhadap tingkah laku seseorang. Pihak kami mendapati banyak pelajar yang terikut-ikut oleh sikap negatif rakan-rakan mereka. Mereka juga terpaksa melanggar peraturan sekolah kerana tidak mahu tersingkir daripada kumpulan.

3. Di samping itu, ibu bapa juga kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka serta bersikap lepas tangan sehingga mewujudkan ruang bagi anak-anak mereka bergaul bebas dan akhirnya melanggar peraturan sekolah. Dalam pada itu, ada juga ibu bapa yang terlalu menyebelahi anak-anak mereka dalam sebarang hal yang melibatkan disiplin. Sudah menjadi suatu trend, guru dan pihak sekolah akan disalahkan sekiranya pelajar yang bermasalah ditegur atau dirotan. Dengan ini, pelajar menjadi semakin berani untuk melakukan kesalahan.

4. Selain itu, dengan perubahan hidup dalam dunia yang semakin mencabar, terdapat segelintir pelajar yang tidak mampu untuk melawan godaan dari pelbagai arah, terutamanya pelajar yang kurang mendapat didikan agama. Oleh itu, banyaklah pelajar yang terjebak dalam kancah keruntuhan moral dan disiplin.

5. Sehubungan itu, beberapa tindakan telah diambil oleh pihak sekolah dan lembaga pengawas bagi membendung pelbagai masalah disiplin ini dan seterusnya meningkatkan disiplin pelajar-pelajar sekolah ini. Pihak lembaga pengawas dan pihak guru telah membuat beberapa pertemuan dan penggunaan rotan bagi menghukum pelajar berdasarkan kesalahan pelajar telah dipersetujui. Tujuannya supaya pelajar sedar bahawa guru berkuasa untuk menghukum mereka. Selain itu, merotan akan menyebabkan pelajar berasa malu dan tidak berani untuk mengulangi perbuatan itu.

6. Pendekatan ibu bapa kepada pelajar yang bermasalah dan dihukum akan mendapat penjelasan daripada guru disiplin tentang moral dan kesalahan anak-anak mereka. Seterusnya ialah mengadakan aktiviti yang bercorak keagamaan secara lebih giat dan diwajibkan kepada semua pelajar. Dalam hal ini, penceramah jemputan akan diundang. Selain itu, pihak sekolah akan memastikan setiap pelajar menghadiri aktiviti kokurikulum dan kelonggaran akan diberikan kepada pelajar yang mengalami masalah kesihatan.

7. Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas juga berharap agar pihak PIRG dapat menjadi galang ganti kepada para guru bagi menyelesaikan kes-kes disiplin para pelajar ini. PIBG, melalui kewibawaan yang ada dapat mengadakan perbincangan dengan ibu bapa para pelajar yang terlibat atau memohon kerjasama daripada pihak berkuasa. Selain itu, pihak PIBG juga bertindak seperti mata dan telinga kepada pihak sekolah yang berkaitan dengan perlakuan negatif para pelajar.

8. Sesungguhnya, semangat dan keiltizaman akan tercapai apabila wujud permuafakatan dan kerjasama yang balk antara semua pihak. Oleh hal yang demildan, amalkanlah semangat kerjasama ini ibarat sejunjung bak sireh dan serumpun bak serai dalam usaha untuk mengatasi masalah disiplin para pelajar.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Zikri Husaini..

………………………………….

(Ketua Pengawas,)

Sekolah Menengan Kebangsaan Pekan baru.

• lepas tangan: tidak mengambil tahu akan sesuatu hal

• kemerosotan: keadaan menurun

• tersingkir: terbuang

• trend: amalan

• terjebak: terlibat

• membendung: mengatasi

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia contoh karangan, contoh surat rasmi kemorosotan disiplin pelajar, contoh surat rasmi sekolah, Karangan-Surat Kemorosotan Displin Pelajar -SPM, surat rasmi

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.