Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 57. Bertemakan dalam tajuk lagu iaitu disini lahirnya sebuah cinta, pastinya sukar untuk mencurah idea dalam membuat sajak kemerdekaan tahun ini. Ia punyai maksud yang tersirat, kita perlu menanamkan rasa cinta kita kepada negara, malaysia.
Disini lahirnya sebuah cinta.
Aku berdiri diatas bumi ku ini, berikrar dan berjanji taat setiaku kepada negara…
mempertahankan maruah, kesucian negara ku yang dirobek..
tidak ku kental dengan ancaman kuasa besar dunia barat, utara, selatan, timur,
kerna diri ini sudah meresapnya akar cinta ku kepada negara..
cinta yang lahirnya hasil tuaian didikan anak bangsa ku sendiri…
tidak henti memberi dorongan, sokongan, doa dan suntikan semangat roh yang tidak dapat dijual beli…
Disini lahirnya sebuah cinta…
Aku tandus, aku takut, dan aku keliru…
apakah masih ada lagi cinta ini yang mampu dipupuk untuk generasi sekarang ini, akan datang??
adakah mereka ini masih lagi terbuai-buai dalam mimpi indah, berbantalkan tilam empuk, berhawa dingin, berkelambu, diarus pemodenan ini dunia tanpa sempadan, aku leka, aku alpa,
membuang masa berzikir dengan handhpone cangggih itu, membelek facebook cerita gossip, cerita viral,budaya perli memerli, tunjuk menunjuk, tuding menuding, ah inilah bangsaku malaysia..
cinta kepada negara ku kian pudar,
Disini lahirnya sebuah cinta…
Perjuangan nenek moyang ku.. tidak ku lupa.. mereka yang terkorban demi negara…..
mereka telah gugur, mereka telah bina istana kemerdekaan bukan untuk kita bermewah-mewahan..
bukan untuk kita bersuka-ria, ikut telunjuk negara yang pernah jajah kita…
sebaliknya.. kita semua harus bersatu, menanam, menyemai pohon cinta kita kepada negara…
agar ia bercambah untuk kita semua, untuk generasi akan datang…
maka bermulah cabaran dan rintangan yang harus dilalui bersama…
Disini lahirnya sebuah cinta…
kau dan aku berjanj setia akan bersama-sama mengharungi perjuangan tiada noktah ini..
kini aku sambung perjuangan nenek moyang ku… ku ajar kepada anak-anak bangsaku..
ku tanamkan benih cinta itu…. agar kembali lahirnya sebuah cinta…
Sekian terima kasih… kui2.
Alfatihah kepada anak kapal kepada semau krew mh17 mas yang telah terkorban pada bulan ramadhan yang lepas.
terbaik… cintakan tanah air… cintakan negara… semangat semakin meluap-luap…. teruskan cinta ini bro…
sangat menyeronokkan
salam merdeka zik..ada turun kl ker atau duduk rumah sahaja nanti sama keluarga
Duduk rumah je .
Saya pon sayang akan negara ini…. Nenek moyangku tidakku lupa mereka yang telah berkorban demi negara..meraka juga telah bina istana kemerdekaan kepada kita
Terima kasih malaysia, nenek moyangku!
ini lah sajak pilihan saya untuk persrmbahan nanti!seronoknya dah jumpa sajak yang dicari slama ni…
Terima kasih.. Semoga berjaya ya!
copy deh..
Ok boleh, mohon diberikan credit..
Akhirnya sya jumpa jugak sajak yg terbaik utk d pertandingkan nanti ..
#smk_sematan
Terima kasih. Semoga berjaya nanti..
sama-sama
your sajak is so nice and i like it and your sajak is also logic but if you do a video in a disc and also i can hear your voice.good job…………
Mohon copy
saya copy ye