Cereka-
Cereka karangan yang bukan berasaskan kejadian atau peristiwa yang sebenarnya. Karangan jenis ini lahir dari rekaan semata-mata. Ia berkenaan dengan imaginasi kita.
Jadinya karangan jenis ini memerlukan daya kreativiti dan idea imaginatif yang tinggi supaya karangan yang dhasilkan menjadi satu karya yang lebih menarik. Namun perlu diingatkan anda sebagai pelajar atau murid-murid perlu menunjukkan jalan cerita yang logik dan diterima akal. Susuran cerita perlu tersusun dari mula hingga habis. Sebab itu kena draf dulu cari point penting.
Karangan contoh:
Soalan, Pernahkah anda bermimpi? Tulis sebuah karangan yang menarik tentang mimpi anda.
Pendahuluan
-bermimpi berada di dalam gua- gelap gelita-teraba-raba.
-perasaan takut berjumpa dengan binatang berbisa.
-jatuh tertiarap terlanggar batu- berjumpa dengan harta karun
-tersedar dari tidur-penutup.
Saya berada di dalam sebuah gua yang besar. Gua itu gelap-gelita sehingga saya tidak dapat melihat apa-apa pun. Saya terpaksa berjalan teraba-raba mencari arah jalan keluar yang betul atau menemui cahaya sebagai penunjuk kalan keluar, namun ternyata usaha saya hanyalah sia-sia.
Tiba-tiba timbul perasaan takut. Mungkinkah ada binatang berbissa seperti ular di dalam gua itu? Saya semakin menjadi takut, bulu roma saya berdiri tegak. Hati saya mula tertanya-tanya, apakah saya akan selamat atau mati di dalam gua itu. Namun begitu saya sentiasa fikir positif , kuatkan semangat untuk meneruskan langkah demi langkah. Saya dapat rasakan saya sudah berada semakin jauh ke dalam gua.
Ketika sedang teraba-raba mencari arah, tiba-tiba kaki saya tersepak sesuatu lalu jatuh tertiarap. Saya memegang kaki saya, terasa darah mengalir. Saya meraba tempat saya jatuh, rupa-rupanya saua tersepak seketul batu yang besar.
Dalam kesakitan yang amat, saya masih berusaha bangun dan berjalan. Pada masa yang sama saya terpandang sesuatu yang bersinar tidak jauh dari tempat saya jatuh. Saya begitu gembira kerana menyangka cahaya itu datangnya dari luar gua. Dalam keadaan sakit itu saya berjalan pantas menuju ke arah cahaya itu.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati cahaya itu adalah harta karun yang melimpah daripada beberapa buah peti emas. Saya berasa amat gembira. Saya memasukkan sedikit harta karun itu ke dalam beg sandang. Tiba-tiba saya terdengar suara orang ketawa tidak tahu dari arah mana? Saya menjadi takut dan menggelabah dan terus berlari sekuat hati. Semakin saya lari, suara itu semakin kuat didengari. Barangkali harta karun yang saya ambil itu, kepunyaan penunggu gua itu? kata di dalam hati saya.
Lari pun lari, akhirnya saya terlanggar dinding gua dan jatuh pengsan. Sebaik saya tersedar dari tidur saya dapati tubuh saya sudah ada dibawah katil. Saya tersenyum simpul apabila teringat akan mimpi itu.
Tamat.
Dalam kursus yang saya hadiri baru-baru ni penceramah minta saya fikirkan imaginasi dan lukiskan pada sehelai kertas…. Memang susah saya nak fokus untuk melukis gambaran saya..