• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Negara rugi 9 billion sebab nahas jalan raya

Negara rugi 9 billion sebab nahas jalan raya

Zik · Sep 9, 2010 · 13 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan kerugian bernilai RM9 bilion dari segi sosio ekonomi akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lepas, satu jumlah yang sangat besar, menurut  kata dari  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, menurut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), kerugian itu berdasarkan kehilangan nyawa dan kecederaan yang dialami oleh pengguna jalan raya itu sendiri.

“Jumlah itu tidak termasuk kesedihan dan trauma yang dialami ahli keluarga mangsa kemalangan jalan raya,” katanya semasa melancarkan Operasi Bersepadu Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin berkata, berdasarkan angka kematian tahun lepas, daripada keseluruhan 6,745 kematian untuk semua kategori pengguna, 60 peratus daripadanya adalah kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Justeru itu, dinasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga tiga ‘K’, iaitu ‘Kelajuan, Kesabaran dan Kecergasan’ apabila memandu di jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

“Memandu terlalu laju boleh menyebabkan hilang kawalan dan seterusnya membahayakan nyawa bukan sahaja penumpang, tetapi turut melibatkan kenderaan lain yang mungkin menjadi mangsa akibat daripada kesalahan kita. Ingat kelajuan di jalan raya boleh membawa maut,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pemandu kenderaan agar mempunyai sifat sabar apabila memandu terutamanya di musim perayaan di mana jumlah kenderaan lebih banyak di jalan raya.

“Bersabarlah apabila hendak memotong kenderaan dan memotonglah hanya apabilakeadaan betul-betul selamat. Janganlah sesekali memotong di kawasan yang dilarang,” katanya.

Sumber sinar harian.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Isu semasa, Uncategorized kemalangan jalan raya, negar rugi 9 biilion sebab kemalangan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. fawzan says

    September 9, 2010 at 9:33 am

    Tak payah la pandu laju…slow2 pun sampai lebih kurang je..kete dah terlalu banyak kt Mesia ni

    Reply
  2. Hadi Rofiee says

    September 9, 2010 at 9:42 am

    Berdoa sebelum memandu..
    Elakkan beremosi semasa memandu..
    & sentiasa bersyukur selepas selamat tiba ke destinasi masing2. :happy:

    Reply
  3. zezebel says

    September 9, 2010 at 9:58 am

    kenapa la dorang ni suka pandu laju-laju….
    bawak slow tak bleh ka?

    Reply
  4. Loq says

    September 9, 2010 at 10:06 am

    Moga statistik kemalangan tahun ni dapat dikurangkan

    Reply
  5. aziq says

    September 9, 2010 at 11:10 am

    bwklah slow2…takde guna laju-laju.

    Reply
  6. hafidz says

    September 9, 2010 at 12:15 pm

    Tak perlu bawak lelaju kalo kat sini.
    Membazir minyak jer sebenarnya~

    Reply
  7. aimannajmy says

    September 9, 2010 at 12:24 pm

    Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput aku huhu.. 🙂

    Reply
  8. nash says

    September 9, 2010 at 2:42 pm

    sedih sangat kalau jadi camnie..
    sudah la negara membazir banyak wang..
    malah duit rm9 bilion tue boleh buat pembangunan sosial dan ekonomi taw.
    erm..nk buat cmne..saya pun merempit gak..
    erm..ok2..insaf 😛

    Reply
  9. mrnamie says

    September 9, 2010 at 4:09 pm

    biar lmbat asal selamat dah la.. aku tak suka bawak laju, kalau laju pun bila hal yang urgent je. tu pun dalam 100 je.. huhu

    Reply
  10. XN says

    September 9, 2010 at 5:53 pm

    ble org malaysia nak sedar, bwak kete laju2 tuh cari nahas?

    Reply
    • nash says

      September 9, 2010 at 11:21 pm

      terasa gak aku sebab aku pon bawak laju2…hehehe

      Reply
  11. hanif says

    September 9, 2010 at 8:52 pm

    bawak slow2 pun sampai juga…ingat orang yg tersayang

    Reply
  12. Dedoku says

    September 11, 2010 at 6:10 pm

    balik dari raya pun kena hati2 gak..seronok cuti beraya jangan gopoh2 nak balik kerja lak nti. Rancang perjalanan elakkan kemalangaN

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Uncategorized

Live streaming afc cup jdt vs tampines rovers 6.3.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan yang ketiga dalam kumpulan H, jdt …

Isu semasa

Ustaz azizan bekas menteri kedah meninggal dunia

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Satu pe…

Isu semasa

Bilangan Kes terkini Covid 19 16.3.2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kita akan kemaskini mengenai perkembangan Cov…

%d bloggers like this: