Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Penggunaan Alkohol Tidak Terkawal dan Kesejahteraan Sosial Yang Tergugat

Penggunaan Alkohol Tidak Terkawal dan Kesejahteraan Sosial Yang Tergugat

Zik · Feb 19, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

mabuk, mabuk langgar orang,

Hari demi hari, kita digemparkan dengan beberapa tragedi dimana pemandu mabuk mengakibatkan kemalangan jalan raya yang kerap yang membawa kepada kehilangan nyawanya sendiri mahupun orang lain. Begitu meruntun jiwa tatkala kita menerima berita kejadian-kejadian tersebut. Ini membuktikan penggunaan alkohol tidak terkawal adalah sesuatu yang berbahaya dan perlu dipandang serius.

Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan minuman beralkohol yang bermasalah dan tidak bermasalah. Bagaimanakah untuk kita tahu berapa banyak kuantiti alkohol yang dikatakan banyak, dan berapa pula yang dikatakan sedikit?

Jumlah alkohol secara amnya diukur dalam unit kepekatan alkohol dalam darah (BAC) daripada minuman setiap hari ataupun mingguan.

Pelbagai istilah untuk menggambarkan masalah dalam penggunaan alkohol. Umumnya, minuman beralkohol dianggap bermasalah apabila ia mula memberikan kesan negatif, menjejaskan kehidupan seseorang ataupun apabila mereka kehilangan kawalan ke atas minuman tersebut.

Minuman beralkohol sebenarnya menyumbang kepada kemalangan dan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada penyakit hati, tekanan darah tinggi, pelbagai jenis kanser, kecacatan kelahiran dan lain-lain.

Persoalannya, siapakah yang mungkin berisiko untuk menghadapi masalah minuman beralkohol? Kita masih belum mengenal pasti mengapa sebahagian pengguna mengalami masalah dengan alkohol, tetapi kita sedia maklum bahawa sebahagian faktor boleh meningkatkan risiko kepada masalah minuman alkohol.

Sebagai contoh, adanya isu penggunaan alkohol dalam sesebuah keluarga dan genetik tertentu membuatkan seseorang lebih mudah mendapat masalah minuman beralkohol. Masalah penggunaan alkohol juga memberi kesan kepada lelaki dan wanita dari semua peringkat umur. Kebiasaannya adalah di antara mereka adalah yang berumur antara 18 hingga 25 tahun dan jumlah lelaki adalah lebih berbanding jumlah wanita.

Selain itu, penyalahgunaan alkohol bagi mereka yang berusia lebih dari 65 tahun adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. Hal ini kerana alkohol boleh bertindakbalas dengan ubat-ubatan dan boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan. Penggunaan alkohol bagi mereka yang lebih muda pula sering dikaitkan dengan keganasan dan kemalangan jalan raya.

Penggunaan alkohol juga dapat meningkatkan risiko kecederaan kesan dari kemalangan jalanraya. Di negara Malaysia, batas kepekatan alkohol dalam darah (BAC) yang sah untuk memandu kenderaan adalah 0.08 peratus. Walau bagaimanapun di Australia, batasnya adalah pada 0.05 peratus iaitu sedikit rendah berbanding negara kita.

Merujuk kepada masalah pengambilan alkohol yang semakin meruncing, perkara ini boleh menyebabkan ketagihan, pergantungan fizikal dan kehilangan kawalan pada pengguna tersebut. Sekiranya masalah ini terus dibiarkan, sudah pastilah banyak kemudaratan yang akan timbul seperti kemalangan, kecederaan, ketidakupayaan dan seterusnya kematian.

Kesimpulannya, pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan jalan raya bukan sahaja membawa kecederaan kepada orang lain malahan dirinya sendiri. Ini sekaligus menunjukkan penggunaan alkohol tidak terkawal menjadi penyumbang besar kepada masalah kesihatan sejagat tidak kira besar atau kecil kadar pengambilannya.

 

Kiriman dari:

Mohamad Azim Sholehin Bin Abdul Shukor,

Pelajar perubatan tahun lima Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Share this on WhatsApp

Isu semasa mabuk dijalanraya menyusahkan orang lain, Penggunaan Alkohol Tidak Terkawal dan Kesejahteraan Sosial Yang Tergugat, pengunaan alkohol orang lain jadi mangsa di jalanraya

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.