• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan-Mengatasi Kesesakan, jalan raya part3

Karangan-Mengatasi Kesesakan, jalan raya part3

Zik · Oct 14, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
pengangkutan awam
Cara-cara untuk mengatasi kesesakan jalan raya. 
  • amalan berkongsi kereta
  • menggunakan pengangkutan awam seperti sistem transit ringan (LRT), bas dan keretapi (KTM)
  • elakkan melalui jalan yang sesak
  • cuba menggunakan jalan-jalan yang terdekat ke destinasi
  • berbasikal
  • berjalan kaki
 
Kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan dan menaik taraf pengangkutan awam yang sedia ada untuk memenuhi keperluan penumpang. 

Pendahuluan:
  • berlaku di bandar besar
  • dapat dielak dengan pelbagai alternatif
Isi:
  • gunakan pengangkutan awam
  • memindahkan tumpuan orang ramai
Penutup:
  • dapat diatasi dengan kerjasama orang ramai dan kerajaan

CONTOH KARANGAN

Kesesakan jalan raya sering berlaku di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Faktor kemampuan masyarakat hari ini memiliki kenderaan sendiri menyumbang kepada kesesakan di jalan raya. Namun, kesesakan di jalan raya dapat dielakkan melalui beberapa alternatif.
 
     Cara pertama yang dapat dilakukan bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya ialah menggunakan kemudahan awam seperti bas, LRT, dan monorel. Dengan cara ini, jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan dan kita tidak akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang membosankan.
     Selain itu, memindahkan tempat tumpuan orang ramai ke tempat lain juga dapat menangani masalah kesesakan jalan raya. Contoh yang dapat kita lihat ialah perpindahan pusat pentadbiran kerajaan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya telah berjaya mengurangkan fokus orang ramai ke Kuala Lumpur. Begitu juga dengan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak di Sepang, Selangor.
     Kesimpulannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani sekiranya mendapat kerjasama daripada orang ramai dan pihak kerajaan seperti slogan “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.”

Perkembangan sektor pengangkutan darat moden di negara kita bermula pada tahun 1930-an apabila penjajah British meluaskan kuasanya di Tanah Melayu. Kini, sektor ini telah mengalami perkembangan yang pesat, terutama di bandar besar sehingga telah menimbulkan masalah kesesakan jalan raya yang serius.

Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di bandar raya Kuala  Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini. Salah Baru puncanya ialah tidak keseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah pertambahan pesat penduduk yang  mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1970, hanya 13.8 peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar. Pada tahun 1980 pula, kira-kira 26.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar. Bagi  bandar raya Kuala Lumpur, penduduknya telah meningkat daripada 500 000 orang pada tahun 1970 kepada 1 000 000 orang pada tahun 1980. Bandar besar yang lain juga telah mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk petempatan penduduk.

Kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Apabila kemalangan terjadi, ia akan menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan. Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan  jalan raya yang tinggi di dunia, ia secara langsung mempengaruhi fenomena kesesakan jalan raya.

Kesesakan jalan raya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Salah satunya ialah masalah masa. Akibat kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang. Golongan yang bekerja terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat petang. Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di rumah bersama anak-anak terbuang bigitu sahaja. Selain pembaziran masa, ia menyebabkan tenaga kerja negara tidak produktif. Ini sekali gus merugikan negara dari segi ekonomi.

Kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.

Satu lagi akibat daripada kesesakan jalan raya ialah berlakunya penyakit fizikal. Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi. Selain itu, kesesakan jalan raya juga boleh menimbulkan ketegangan psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi menunjukkan bahawa masyarakat bandar sering terdedah kepada masalah ketegangan akibat daripada kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan bunyi bising.

Kesimpulannya, semua pihak terbabit perlu bertindak segera menangani masalah ini sebelum ia menimbulkan kesan sosioekonomi yang lebih serius. Langkah-langkah yang wajar harus diketengahkan supaya masalah ini dapat diselesaikan sebelum ianya bertambah serius. Pihak berkuasa perlu mengetatkan undang-undang dan mengawal situasi tersebut dengan lebih teliti bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan masyakat di negara ini.

CONTOH KARANGAN YANG LAIN. 
   Pada masa kini, masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi masalah yang sering menghantui pengguna jalan raya di Malaysia.  Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan namun usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana formula untuk menyelesaikannya masih menemui jalan buntu.  Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?  Wajarkah masyarakat menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata?  Seharusnya semua pihak perlu menyedari bahawa kesesakan jalan raya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak selama ini.
      Salah satu punca kesesakan jalan raya ialah keadaan jalan raya itu sendiri.  Kebanyakan jalan raya di negara ini sempit terutamanya jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri.  Keadaan ini menyebabkan jalan raya tidak dapat menampung kenderaan yang banyak pada satu-satu masa terutamanya pada musim perayaan.  Selain itu, aktiviti peyelenggaraan jalan raya turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya.  Kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak menyebabkan laluan kenderaan menjadi sempit sehingga kenderaan yang melalui kawasan tersebut terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan.  Sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dipantau oleh pihak berkuasa dengan sebaiknya akan menyebabkan para pekerja akan bekerja seperti melepaskan batok di tangga.  Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan memakan masa yang agak panjang hingga akhirnya masalah kesesakan jalan raya tidak dapat diselesaikan dengan segera.
      Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya.  Di Malaysia, pertumbuhan industri ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dalam bidang pengeluaran kenderaan.  Tambahan pula, harga kereta buatan Malaysia yang ditawarkan amat berpatutan dan berkualiti tinggi menjadikan rakyat Malaysia alah membeli, menang memakai.  Antara kereta buatan Malaysia yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran ialah Perodua Kancil, Myvi, Viva, dan Proton Wira.  Pertumbuhan industri automobil yang pesat dengan harga yang berpatutan menyebabkan rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk membeli kenderaan buata Malaysia.  Hal ini mengakibatkan bilangan kenderaan semakin bertambah di jalan raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
      Kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga merupakan faktor yang membawa kepada kesesakan jalan raya.   Kebanyakan pengusaha pengangkutan awam tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna.  Contohnya, bas tidak mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan orang ramai terlewat sampai ke destinasi yang ditujui.  Lebih mendukacitakan lagi, terdapat juga segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak mengikut peraturan jalan raya seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan memotong di garisan berkembar.  Sikap seumpama ini akan mengundang padah kepada pelanggannya bak kata pepatah, “Lain yang makan nangka, lain pula yang terkena getahnya”.  Selain itu, pengguna juga terpaksa berhimpit-himpit apabila menggunakan pengangkutan awam serta tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.  Hal ini menyebabkan pengguna berasa bimbang akan keselamatan mereka dan berasa tidak selesa semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.  Dengan itu, pengguna akan berasa lebih selamat dan selesa apabila mengggunakan kenderaan sendiri sehingga menyumbang kepada kesesakan jalan raya.
      Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.  Jika satu pihak sahaja yang bertindak tidak akan mendatangkan hasil kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.  Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing perlulah diamalkan oleh semua pihak agar perkara yang sukar akan menjadi mudah.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik cara mengatasi kesesakan lalu lintas, cara untuk mengatasi laluan terhad, contoh karangan masalah kesesakan jalanraya, jalan raya part3, Karangan-Mengatasi masalah lalu lintas

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: