• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
You are here: Home / Kesihatan / Tips menaikkan berat badan,

Tips menaikkan berat badan,

July 23, 2015 by Zik Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Sebelum kita pergi jauh kita kena betul-betul pastikan beberapa perkara, jika kita serius mahu naikkan berat badan. Plan betul-betul, tetapkan target yang sepatutnya.

Kenapa gagal naik berat badan??

Sebenarnya, ada dua faktor kenapa kita tidak berjaya menambah berat badan. Yang pertamanya adalah, makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

Yang keduanya, adalah pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

Adakah diri sendiri telah berusaha untuk tambah berat badan sebelum ini? YA! saya telah menghabiskan ratusan ringgit dengan membeli produk- produk weight gain yang ada di pasaran tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan.

Ikut pengalaman sendiri.

Dulu,  aku adalah seorang yang kurus dan mudah jatuh sakit. Salah satu sebab adalah tubuh yang lemah dan tidak mampu menghasilkan antibodi yang kuat. Sangat berbeza setelah mengambil pil ginseng. Saya mempunyai selera makan yang tinggi. Badan lebih mantap, bertenaga, dan kelihatan sentiasa cergas. Saya mengalami masalah gastrik yang serius tetapi sekarang dah OK!

Sama ada anda tahu ataupun tidak sebenarnya lelaki sangat conscious tentang berat badan. Jangan terkejut kadang-kadang sifat ini lebih dari perempuan. Lelaki tidak mahu di label sebagai “kepeng”, dan menjadi orang paling kecil dikalangan rakan-rakan sememangnya tidak membantu. Dalam fikiran kami at least biarlah ada isi dan otot sikit. Baru nampak macho!

Aku yakin ramai lelaki di luar sana tercari-cari cara menambahkan berat badan. Jangan risau, dalam artikel ini yang dah lama aku peram nih, kali ini nak kongsi sedikit info tentang cara menambah berat badan. Sebenarnya tidak susah pun. Formulanya senang sahaja. Tapi sebelum mula ceritakan cara menambah berat badan, aku nak explain kenapa sesetengah orang senang sahaja naik berat badan dan sebaliknya.

  • Kenapa Senang/Susah  untuk Menambah, BeratBadan?

Kenapa ada orang yang makan sedikit tetapi berat badan mereka cepat naik, dan mengapa ada yang sukar menambah berat badan? Makan berpinggan-pinggan nasi sehari pun masih kurus kering? Baiklah, biar gua yang jawab. Ini kerana manusia mempunyai jenis badan yang berbeza yang dipengaruhi faktor genetik. Manusia boleh dikategorikan kepada tiga jenis badan iaitu:

  • Ectomorph

Jika anda mempunyai jenis badan ectomorph anda akan dapati sangat sukar bagi anda untuk menambah berat badan. Makan berpinggan nasi sehari tetap tidak gemuk. Mereka yang mempunyai bentuk badan ectomorph kurus dan sukar untuk meningkatkan saiz otot. Mereka selalunya berdada leper. Contoh artis yang berbadan ectomorph adalah seperti Nabil (sekarang sudah sadow beb, main gym) Yasin dan Mazlan Pet Pet.

  • Mesomorph

Mesomorph pula berlainan dengan ectomorph dimana mereka yang mempunyai jenis tubuh mesomorph mempunyai badan yang berotot secara semula jadi. Mereka kelihatan lebih athletic dan mempunyai badan yang tegap. Golongan ini lebih cepat mengumpul lemak berbanding ectomorph. Selalunya mesomorph ini mempunyai badan berbentuk V. Contoh artis yang berbadan mesomorph adalah seperti Arnold susah nak eja,(sekarang dah kendur!) dan Stallone.

  • Endomorph

Jika mesomorph merupakan seoarang yang berotot, endomorph pula berlainan. Bentuk tubuh ini selalunya kelihatan chubby dan berlemak. Golongan ini juga mempunyai bentuk muka yang lebar dan lebih mudah mengumpul lemak berbanding mesomorph. Makan sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan berat badan mereka. Contoh artis yang berbadan endomorph adalah seperti Afdlin Shauki, Yus Jambu, dan Jack Black.

 Bagaimana Cara Menambah Berat Badan?

Aku yakin jika anda sedang membaca artikel ini (bagi yang google jumpa artikel nihla ek, huhu) kemungkinan besar anda bertubuh ectomorph dan anda ingin mencari cara menambah berat badan. Jika anda bertubuh ectomorph jangan risau. Anda boleh menjadi berotot jika anda tahu caranya. Brad Pitt juga seorang yang bertubuh ectomoprh sebelum ini. Tetapi dengan latihan dan diet yang betul dia dapat menambah berat badan dengan cepat. Berikut merupakan cara yang aku syorkan untuk menambah berat badan.

  • Kalori masuk vs kalori yang dibakar

Jika anda ingin menambah berat badan dan membina otot anda haruslah mengambil jumlah kalori yang lebih tinggi dalam diet harian anda. Ini kerana otot dibina melalui lebihan kalori. Apabila tubuh anda membakar lebih banyak kalori dari apa yang anda makan maka badan anda tidak dapat menyimpan kalori untuk tujuan tersebut. Ini membuatkan anda sukar menambah berat badan.

Jika selama ini anda makan banyak tetapi tidak bertambah berat badan, ini adalah kerana badan anda membakar terlalu banyak kalori. Ini bermakna aktiviti harian anda memerlukan penggunaan kalori yang tinggi. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan lagi jumlah pengambilan kalori harian anda.

  • Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi

Aku mencadangkan anda untuk makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.

  • Tingkatkan pengambilan protin

Protin dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protin membuatkan tubuh anda “mencuri” protin dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protin dalam diet harian anda. Aku mencadangkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protin untuk setiap kg berat badan anda. Bermakna jika berat anda 40 kg anda kalikan dengan 1.2 bersamaan dengan 48 gram protin. Anda boleh dapatkan sumber protin dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.

  • Lakukan aktiviti senaman bebanan

Ingat, tujuan anda tambah berat badan bukanlah untuk menjadi chubby dan berlemak. Tujuan anda menaikkan berat badan adalah untuk meningkatkan saiz otot anda. Maka apa yang dicadangkan adalah, disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan latihan bebanan. Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.

Di harap artikel ini dapat membantu pembaca blog cikai ini yang selama ini tercari-cari cara menambah berat badan. Jika anda sukakan artikel ini tekan jempol like, hehe. Owh ya, berikan juga komen atau sebarang persoalan anda mengenai artikel ini di ruangan komen dibawah.

cr to zonlelaki.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Kesihatan Tagged With: bagaimana untuk jadi gemuk, cara nak jadi naikkan berat badan 5 kg, tips badan sadow, tips jadi sadow, tips naik berat badan, tips naikkan berat badan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Samsung Galaxy S21 bakal jadi rebutan ramai?
  • Wahed Investment Review, untung ke rugi?
  • Resepi Dalgona Coffee, Jom cuba
  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021
  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kesihatan

10 kandungan pelik yang kita tak tahu dalam Mi Segera!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG HAhhh!! Biar betul?? Selama ni makan maggi ok…

Kesihatan

4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGAssalamulaikan dan dalam sejahtera. Bayangkan,…

Kesihatan

Kulit telur pulih kehilangan tulang

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGAssalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi yang…

%d bloggers like this: