• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
You are here: Home / Ekonomi / Dividen ASB 2020, 4.25+0.75

Dividen ASB 2020, 4.25+0.75

December 23, 2020 by Zik Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

asb
Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata yang ada menyimpan duit didalam pelaburan asb. (Amanah Saham Bumiputera). Nampaknya tahun ini gigit jarilah jawabnya. Lebih baik ada return, dari rugi takda untung langsung betul tak? Setiap tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia sering memberi pulangan lumayan kepada pelaburnya.

Dalam pelaburan, risiko tetap ada, cuma untung dia tuh kita kena consider lagi. Namun oleh kerana jaminan dari badan kerajaan yang menguruskannya, untung sudah tentu, cuma banyak ke sikit itulah yang jadi persoalannya.

ASB dijangka mengumumkan agihan pendapatan Rabu ini (23 disember 2020) dan seperti biasa, pelabur pastinya mengharapkan keistimewaan daripada tabung yang ketika ini memiliki 10 juta pemegang unit.

Persoalannya dalam persekitaran hari ini yang mana keadaan politik, ekonomi (covid19) yang sangat mencabar dan perdagangan di dalam dan luar negara amat berbeza berbanding 20 tahun lalu, adakah ASB yang melabur kira-kira 70 peratus dananya dalam pasaran ekuiti masih mampu memberi pulangan yang sama seperti dahulu?

Sepanjang lima tahun yang lalu, dalam keadaan di mana KLCI memberi pulangan negatif pada 2014, 2015, 2016 dan 2018,  ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun. (Untuk rekod tahun lepas 2019, bagi 5.5 bonus 0.5).

Justeru, dalam keadaan di mana pasaran saham tempatan masih terus mencatatkan aliran negatif tahun ini, adakah ASB mampu memberi agihan pendapatan seperti diharapkan pelabur ketika unit amanah lain kendaliannya seperti ASM 3 yang hanya memberi pulangan lima peratus.

dividen asb dividen asb

Pasaran saham tempatan ketika ini berada pada paras antara 1,500 hingga 1,600 mata dan antara faktor penyumbang utama ialah ketidakpastian serta keyakinan pelabur yang terjejas akibat faktor luar kawalan seperti perang dagang antara China dan Amerika Syarikat (AS).

ASB tidak boleh lari daripada menerima kesan dari sebarang pergerakan yang berlaku dalam pasaran saham atau perubahan ekonomi dalam dan luar negara. Hal ini Ini kerana sebahagian besar pelaburan ASB adalah berbentuk ekuiti atau saham.

Beliau berkata, walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pulangan yang diberikan ASB agak menurun, namun pelabur perlu sedar bahawa ASB masih memberi pulangan yang lebih baik berbanding pelaburan lain.

“Bukan hanya pulangan ASB yang terjejas, tetapi juga instrumen pelaburan lain yang turut menjadikan pasaran saham sebagai destinasi pelaburan untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi pelabur yang telah melabur dalam ASB sejak 1990, mereka telah menikmati pulangan yang tinggi walau pernah berlaku krisis ekonomi dan kewangan sebelum ini.

“Keistimewaan ASB ialah ia masih mampu memberi pulangan positif yang lebih baik berbanding instrumen pelaburan lain. Jika pasaran saham dan ekonomi kembali pulih, saya meramalkan pelabur juga akan menikmati pulangan yang lebih baik,” katanya.

ASB dalam laporan tahunan 2018 menyatakan bahawa tabung itu boleh melaburkan sehingga 90 peratus daripada nilai tabungnya dalam pasaran ekuiti dan selebihnya dalam sekuriti berpendapatan tetap dan instrumen pasaran wang termasuk aset mudah tunai.

Jika dilihat kepada senario hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pengurus dana seperti PNB perlu menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini ketika senario ekonomi dan perdagangan dunia lebih stabil.

Bagaimanapun keistimewaan ASB ialah pelabur tidak perlu bimbang akan kehilangan modal kerana ASB ditawarkan pada harga tetap.

Ini bermakna, pelabur menanggung risiko pelaburan yang sangat rendah, tetapi masih berpeluang menikmati pulangan yang baik.

Ahmed Razman berkata, pelabur yang melabur dalam ASB tidak akan rugi kerana harga beli dan jualnya kekal pada RM1. Hanya jika ASB memberi pulangan negatif, barulah pelabur rugi.

“Selagi ASB memberi pulangan lebih baik berbanding inflasi semasa, selagi itulah pelabur masih untung dan dapat melindungi nilai wang mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, pelabur juga perlu membuat perbandingan yang sesuai apabila membandingkan pulangan yang diterima daripada ASB dan instrumen pelaburan lain.

“Pelabur perlu faham ASB ialah unit amanah dan sepatutnya pelaburan adalah untuk jangka panjang.

“Untuk membandingkan ASB dengan pulangan Bank Rakyat contohnya adalah tidak tepat kerana Bank Rakyat adalah bank koperasi manakala ASB ialah unit amanah dengan kedua-duanya mempunyai struktur ahli dan punca pendapatan yang berbeza.

“Begitu juga jika perbandingan dibuat dari segi pulangan tahunan antara ASB dan pelaburan lain yang mempunyai ciri yang hampir sama seperti deposit tetap, akaun simpanan dan pasaran saham, ASB sebenarnya pemberi pulangan paling tinggi kepada pelabur sejak lima tahun lalu,” katanya.

Prestasi Produk Unit Amanah ASNB

Prestasi tabung hanyalah untuk rujukan sahaja dan bukanlah petunjuk kepada prestasi masa depan setiap tabung:

return asb 2020

Sumber : Petikan daripada Laporan Tahunan Tabung yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.

1Tidak termasuk pengagihan pendapatan khas/bonus. Sila rujuk laman web ASNB/Laporan Tahunan Tabung untuk maklumat lanjut mengenai jumlah pengagihan tahunan

2Pengagihan pendapatan & bonus ASB 3 Didik bagi tahun kewangan 2019 digabungkan dan dipaparkan sebagai satu transaksi.

3Tabung dilancarkan pada 24 September 2018.

4Tabung dilancarkan pada 16 September 2020.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Ekonomi

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Samsung Galaxy S21 bakal jadi rebutan ramai?
  • Wahed Investment Review, untung ke rugi?
  • Resepi Dalgona Coffee, Jom cuba
  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021
  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi Pengumuman

Pakej Ransangan Ekonomi,-Penerima BSH dapat tambahan RM150 Tun Mahathir.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG PUTRAJAYA: Bagi merangsang permintaan domesti…

Ekonomi Kerohanian/Keagamaan

Kadar Zakat Fitrah 2015, 1436 Hijrah

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKadar Zakat Fitrah 2015 (1436H) sudah dikeluar…

Ekonomi

11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barang

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Masalah kenaikan harga barang ekoran kenaikan…

%d bloggers like this: