

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd., hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB.
Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Aziz berkata, pencapaian tersebut mencerminkan prestasi kewangan PNB yang kukuh pada tahun ini di sebalik pasaran global dan domestik yang tidak menentu.
Prestasi dividen ASB dari 1990 sehingga 2017.
Ada naik ada turun, tapi dilihat semakin menurun. So untuk tahun ini penurun lagi sebenarnya. Hurmm memang ada risiko. Bagi yang buat loan asb tuh. Fikir-fikirkanlah.
DIVIDEN ASB 2018 : 7.0 sen/ unit (6.50 + 0.5 Bonus)
Mari kita compare dengan tahun-tahun sebelumnya pada gambar diatas .
2017 : 7.0 + 0.25 (Plus Bonus +1.0 utk 10k unit)
2016 : 6.75 + 0.5
2015 : 7.25 + 0.5
2014 : 7.50 + 1.0
2013 : 7.70 + 1.0
Kredit Gambar : Utusan Online
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply