Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Bijak Wang / 3 tips mudah langsai hutang ptptn

3 tips mudah langsai hutang ptptn

Zik · Jun 9, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ptptn, jadual bayaran ptptn,

Tak kira apa hutang jenis apa sekalipun , mesti kena bayar. Apatah lagi hutang belajar pun kena langsaikan jugak. Perlu ada satu pelan khas yang dibentuk dalam menyelesaikan hutang ini. Hatta tukar kerajaan pun, kalau dia ada tulis manifesto nak settlekan hutang ptptn tuh korang kena fikir logik jela.

Ada sesetengah graduan yang mempunyai niat untuk melangsaikan pinjaman PTPTN dalam masa singkat, namun mereka tidak tahu caranya.

#1 Keluarkan wang KWSP 

Jika graduan sudah bekerja, sudah tentu anda akan menikmati potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bukan yang kerja goverment lah ya.

*Sekarang yang kerja goverment carum kwsp, dah takda pencen dah… haha.

Untuk maklumat wang KWSP dalam akaun dua boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN. Sedikit sebanyak dengan cara ini bekas graduan ini dapat kurangkan beban, kerana anda menggunakan simpanan daripada titik peluh sendiri tanpa bantuan orang lain. Lagipun ini duit kita sendiri, cuma ianya adalah duit pencen kita untuk akaun 1 memang tak boleh kacau langsung, akaun 2 nih ada kelonggaran sedikit. Buat bayar loan rumah pun boleh.

Sementara itu, antara kelebihan yang graduan akan perolehi termasuklah tiada caj pemprosesan, tiada had pengeluaran selagi masih mempunyai baki dalam akaun dua dan anda akan menikmati penjimatan kos upah, pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik.

 

#2 Tabungan simpanan ASB

Pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini memerlukan graduan bersikap semangat kuat menabung. Lazimnya, akaun ASB ini didaftarkan oleh ibu bapa masing-masing sejak dari sekolah rendah lagi.Ini kerana, ada ibu bapa yang gemar menyimpan duit raya anak mereka ke dalam akaun pelaburan ini.

Setiap tahun, dividen yang diperolehi agak lumayan (sekarang agak kurang) dan boleh disalurkan untuk pembayaran PTPTN. Bayangkan, jika graduan memang konsisten membuat bayaran balik kepada PTPTN setiap bulan, tidak mustahil anda boleh melunaskan hutang PTPTN kurang daripada lima tahun.

 

Contohnya, anda berhutang sebanyak RM28,000 dengan PTPTN. Dengan gaji yang ada, anda asingkan RM500 untuk membayar ansuran PTPTN sebanyak RM150 dan baki RM350 disimpan ke dalam akaun ASB.

RM150 yang dibayar pada setiap bulan ini telah membantu anda menjelaskan hampir RM9,000 daripada jumlah keseluruhan. Manakala, RM350 dalam akaun ASB selama lima tahun pula menyumbang kepada pelaburan sebanyak RM21,000.

Hasilnya, dalam tempoh lima tahun sahaja anda telah berjaya menyelesaikan hutang PTPTN, malah, graduan boleh menikmati dividen ASB yang anda kumpul pada setiap tahun itu dengan kadar lima peratus ke tujuh peratus bersamaan dengan wang tambahan RM1,000 hingga RM1,500.

#3 Cari pendapatan sampingan

 

Bagi sesetengah pelajar IPT yang menuntut di kolej atau universiti swasta, kos sara hidup mereka pasti yang tinggi. Oleh sebab itu, pinjaman mereka juga tinggi. Jadi, walaupun sudah tamat belajar, graduan perlu kreatif mencari pendapatan sampingan supaya hutang PTPTN dapat diselesaikan dalam masa singkat.

Antara pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan ialah menjadi ejen produk, bekerja di pasar raya dan terlibat dalam ekonomi gig seperti penghantaran makananan, food panda, grab food shopee food dan sebagainya. Jika graduan sudah mempunyai kerja tetap, anda masih boleh melakukan pekerjaan tersebut secara sambilan.

#4. Duit bonus tahunan, bayar sedikit. 

Ini pun boleh juga ambil duit bonus korang tuh bayarlah sikit duit hutang ptptan tuh. Biasa bonus paling cikai pun kurang2 pun setengah gaji, ikut syarikatlah. Ada yang takda langsung, ha itu aku tak boleh buat apalah.

#6 Rebut inisiatif bayaran balik PTPTN

 

PTPTN menggalakkan usaha bayaran balik kepada para peminjam dengan menyediakan beberapa tawaran menarik yang wajar direbut, seperti;

    • Diskaun 10 peratus bagi bayaran minimum 50 peratus daripada jumlah pinjaman dengan sekali bayaran.
    • Diskaun 10 peratus bagi bayaran secara potongan gaji berjadual.
    • Diskaun 15 peratus bagi penyelesaian penuh hutang PTPTN

 

Kesimpulannya, jika graduan berkemampuan untuk membayar hutang, khususnya hutang PTPTN, anda perlu berbuat demikian supaya nama tidak disenarai hitam. Ini juga penting demi kelangsungan pembiayaan pendidikan kepada generasi yang akan datang.

Share this on WhatsApp

Bijak Wang, Ekonomi 3 tips mudah langsai hutang, cara senang langsai hutang ptptn

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.