Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan dengan CEPAT

COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan dengan CEPAT

Zik · Mar 16, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Covid 19,
Berdasarkan statistik, angka jangkitan COVID-19 di China kini jauh lebih kecil berbanding peningkatan dalam tempoh 24 jam di Britain dengan 208 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

INISIATIF kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 sehingga angka jangkitan virus berkenaan di negara itu berhasil ‘dikawal’ boleh dianggap suatu kejayaan.

Walaupun wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, China pada dasarnya dalah penyebab virus ini, sebaliknya telah berjaya mengawal penularan itu.

Setakat ini, China merekodkan sejumlah 81, 029 kes, dengan peningkatan sebanyak 22 kes sejak Sabtu.

Berdasarkan statistik, ia jauh lebih kecil berbanding peningkatan dalam tempoh 24 jam di Britain dengan 208 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Penutupan seluruh bandar

China telah melakukan kerja-kerja pembendungan terbaik dengan mengisytiharkan darurat ketat pada 23 Januari lalu di Wuhan serta 15 bandar lain di wilayah Hubei bagi mengekang wabak itu daripada terus menular.

Seramai 56 juta penduduk terkesan dengan pengisytiharan itu di mana semua pintu pengangkutan awam (bas, keretapi, penerbangan dan feri), premis perniagaan, kilang-kilang, pejabat serta sekolah turut ditutup rapat.

Malah, petugas kesihatan turut dikerahkan dari seluruh China hanya untuk membantu merawat pesakit yang dijangkiti virus pembunuh itu.

Pembinaan dua hospital

Dua hospital juga dibina hanya dalam masa dua minggu bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat setiap hari. Bukan sahaja langkah pembendungan dilakukan di negara itu, malah usaha pengawalan dan pengawasan turut dipertingkat dari semasa ke semasa.

Makluman di media sosial

Pihak kerajaan turut menggunakan platform media sosial serta aplikasi mudah alih bagi mengawasi pergerakan di kawasan yang dikategorikan mengikut warna iaitu hijau, kuning dan merah.

Proses nyahkuman yang kerap

Setiap jalan dan bangunan turut dibersihkan dengan penyemburan cecair pembasmi kuman yang dilakukan dengan kekerapan yang maksimum.

Penggunaan cahaya UV

Firma pengangkutan awam Yanggao mengubah kebuk pembersihan bas henti-hentinya kepada kebuk cahaya UV untuk tujuan nyahkuman pada rangkaian basnya.

Proses yang sebelum ini mengambil masa 40 minit ditambah baik hingga hanya memerlukan tempoh 5 minit bagi setiap bas.

Topeng muka diwajibkan

Semua rakyat turut diwajibkan memakai topeng muka jika menaiki teksi atau ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan dengan kerja-kerja bacaan suhu turut menjadi kewajipan semasa memasuki sesebuah bangunan.

Pergerakan dipantau

Selain itu, seluruh kejiranan turut dikawal oleh penguat kuasa yang melakukan rondaan serta pemeriksaan keluar masuk terhadap pelawat yang berkunjung ke sesebuah kawasan perumahan.

Penguatkuasaan ketat

China juga turut memperketat sistem pengkuatkuasaan tentera dan polisnya dengan menahan serta mengurung individu yang melanggar kesalahan di kala penularan wabak tersebut.

Pesanan khidmat masyarakat

Bagi langkah pencegahan, pesanan khidmat masyarakat juga sering disebar luas kepada orang awam dengan mengalakkan mereka mencuci tangan dengan lebih kerap dan mengurangkan perjalanan agar tidak membebankan penguat kuasa kesihatan.

Share this on WhatsApp

Kesihatan bagaimana china mengawal covid 19 dinegaranya?, bagaimana covid19 diuruskan dengan baik, cara menguruskan covid 19, covid 19 baik, prosedur china membasmi covid 19

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.