Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / PM merayu semua duduk dirumah diam-diam-Covid 19

PM merayu semua duduk dirumah diam-diam-Covid 19

Zik · Mar 18, 2020 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

muhyiddin yassin, muhyiddin yassin,

Hari ini perdana menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yasin merayu kepada semua rakyat malaysia tanpa mengira apa fahaman sekalipun.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai supaya tidak keluar rumah, kecuali bila perlu sahaja, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang mula berkuat kuasa pada hari ini.

Katanya perkara itu penting untuk memutuskan rantaian jangkitan, sekali gus mengurangkan jangkitan wabak Covid-19.

Baca juga : Jumlah kes covid19 790 kes 18.3.2020

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Kalau di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Pergilah balik ke kampung waktu yang lain. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini dulu,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di kaca TV sebentar tadi.

Besar kemungkinan tempoh perintah kawalan akan dilanjutkan jika kes naik mendadak.

Kerajaan tidak menolak kemungkinan tempoh perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan, jika penularan wabak Covid-19 dilihat belum berkurangan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, justeru penting untuk orang ramai melaksanakan penjarakkan sosial dengan berada di rumah, bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada terdedah wabak itu.

“Kita hendak putuskan rantaian jangkitan. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak Covid-19 ini dapat dikurangkan.

“Covid-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari Covid-19.

“Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh perintah kawalan (pergerakan),” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di kaca TV hari ini.

Share this on WhatsApp

Pengumuman duduk diam-diam dirumah covid 19, PM merayu semua duduk dirumah diam-diam. Covid 19, pm merayu semua rakyat malaysia duduk dirumah dalam tempoh perintah kawalan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.