Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Langkah PKP wajar diteruskan, wajar atau tidak?

Langkah PKP wajar diteruskan, wajar atau tidak?

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

perintah kawalan pegerakan,

SHAH ALAM – Sepanjang dua minggu lalu, Malaysia sudah menyaksikan peningkatan jumlah kes jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) yang agak tinggi sebanyak 2,495 kes dengan jumlah kumulatif setakat semalam adalah 4,119 kes.  Perang dingin yang sangat dahsyat ini bukan sesuatu yang mudah, sebab tak nampak secara kasar.

Peningkatan jumlah kes lebih 50 peratus itu sudah pasti mengundang keresahan banyak pihak meskipun Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan usaha melandaikan lekuk epidemik dengan kaedah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu mula menampakkan kejayaan.

Baca juga: Kes terkini covid19 2020

Menyedari keperluan memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dilaksanakan kerajaan dengan berkesan, sebahagian besar rakyat negara ini mengakui kewajaran kerajaan meneruskan PKP selepas 14 April ini demi keselamatan Malaysia.

Hakikat itu diakui Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang berpandangan PKP perlu diteruskan sehingga kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa risiko penularan kembali pandemik Covid-19 tiada lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, keputusan menghentikan pelaksanaan PKP tidak boleh dibuat hanya setelah tiada lagi kes jangkitan Covid-19 direkodkan KKM.

“Sekiranya inisiatif sedemikian diambil, PKP pastinya akan dilaksanakan dalam tempoh lama kerana usaha kerajaan memulihkan sepenuhnya kes Covid-19 perlu mengambil masa berbulan-bulan.

“Saya fikir kerajaan perlu diberi kepercayaan untuk memutuskan tempoh waktu bersesuaian bagi menghentikan PKP, namun buat masa kini PKP perlu diteruskan demi keselamatan rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bagi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, kebimbangan berlaku ledakan gelombang penularan susulan Covid-19 menjadi faktor utama kewajaran kerajaan meneruskan PKP selepas 14 April ini.

Bagaimanapun, beliau menyeru kerajaan tidak mempertimbangkan perlanjutan tempoh PKP terlalu lama sehingga menjejaskan aspek kesejahteraan rakyat terutama soal periuk nasi mereka.

“Kalau boleh, kerajaan membenarkan beberapa kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk meneruskan aktiviti menjana pendapatan, namun ia perlu dirangka secara berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, pandangan sama turut dikongsi Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad.

Menurutnya, dalam keadaan penularan wabak yang masih dikategorikan menaik, pelaksanaan PKP wajar diteruskan demi keselamatan rakyat secara menyeluruh.

“Saya sebenarnya tidak melihat sangat tentang berapa banyak kes yang sembuh atau discaj setiap hari kerana kita bimbang ramai lagi masyarakat yang positif Covid-19 tetapi tidak dikesan atau mereka tidak tampil untuk menjalani saringan.

“Jadi, kalau PKP ini tidak dilanjutkan kita bimbang kes positif akan bertambah khususnya melibatkan kes import kerana ramai rakyat Malaysia yang baru pulang bercuti atau bekerja dari luar negara,” katanya.

Kelonggaran

Dalam pada itu, Pakar Mikrobiologi Klinikal daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Zamberi Sekawi turut bersetuju sekiranya PKP dilanjutkan tetapi ia perlu memberi kelonggaran di kawasan yang dikategorikan zon hijau atau bebas positif pandemik itu.

“Secara asasnya saya setuju PKP perlu dilanjutkan tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga perlu mengambil kira kesan ekonomi yang dihadapi rakyat khususnya bagi penduduk luar bandar yang bebas wabak tersebut.

“Kerajaan perlu mengambil jalan tengah dengan memberi tumpuan di kawasan merah atau paling berisiko supaya kita dapat menghalang penularan wabak itu daripada menjangkiti zon hijau.

“Dalam masa yang sama rakyat juga perlu sentiasa mematuhi arahan dengan menjaga kebersihan iaitu kerap membasuh tangan dan juga mengamalkan penjarakkan sosial,” katanya.

Bagi Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang, berdasarkan perkembangan semasa, adalah wajar PKP dilanjutkan demi memastikan rantaian wabak itu diputuskan secara efektif.

“Kita bimbang jika PKP dihentikan wabak ini akan menular dan tidak mustahil ia akan menjadi lebih teruk.

“Jadi adalah wajar PKP diteruskan tetapi kerajaan juga perlu merangka SOP yang lebih sesuai dengan mengambil kira semua perkara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Restoran Hakim di Shah Alam, Datuk Hakimsa Abdul Karim bersetuju sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan demi keselamatan rakyat Malaysia.

“Walaupun keadaan ketika ini dilihat agak stabil dengan jumlah pesakit yang pulih melebihi 1,000 orang, namun kita bimbang kerana setiap hari kes baharu sentiasa muncul.

“Jadi dengan pelanjutan PKP ini, kita bukan sahaja mampu mengurangkan kes baharu bahkan juga menghentikan rantaian jangkitan sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi arahan PKP dan duduk di rumah. Bagaimanapun, kerajaan kena menilai juga kesan ekoonomi dan perniagaan daripada peraturan ini,” katanya.

Pensyarah Kanan Program Eko-Teknologi, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam, Azrena Abdul Karim pula berharap bilangan kes positif Covid-19 dapat dikurangkan sekiranya tempoh PKP hendak dilanjutkan.Katanya, walaupun ketika ini ramai yang berharap tempoh PKP dapat ditamatkan, namun sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara semua pihak perlu melihat kepada keutamaan kerajaan dalam menyelamatkan nyawa rakyat.

“Jadi perlanjutan tempoh PKP adalah satu-satunya cara untuk kita pastikan bahawa rakyat Malaysia akan selamat dan kembali hidup aman sejahtera sebagaimana sebelum ini,” katanya.

Sekarang ini terpulang kepada Perdana menteri selaku kerajaan yang mahukan pkp ini disambung atau tidak. Akan diketahui pada esok hari. Kemungkinan besar, pkp akan disambung semula. Hingga bulan mei lah kot.

 

Share this on WhatsApp

Ekonomi Langkah PKP wajar diteruskan, pkp dilanjut hingga bulan mei2020, pkp disambung mei 2020, wajar atau tidak?

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.