Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Covid 19- 117 kes baru Covid-19 hari ini, jumlah kini 790 18.03.2020

Covid 19- 117 kes baru Covid-19 hari ini, jumlah kini 790 18.03.2020

Zik · Mar 18, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Covid 19,

#COVID19 telah merebak ke seluruh negara dan telah mengakibatkan 2 kematian setakat ini.

Malaysia mencatatkan 117 kes positif Covid-19 yang baru setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 790 kes, menurut Kementerian Kesihatan.

Menterinya Dr Adham Baba berkata, daripada 117 kes yang dilaporkan itu, 80 daripadanya berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling. 37 kes dia tak cakap pula dari mana?? Itu yang kita risau.

Lebih 100 kes 4 hari berturut-turut. 

Ini bermakna Malaysia mencatat lebih 100 kes baru untuk hari keempat berturut-turut.

Terdapat 120 kes baru yang dilaporkan semalam, 125 kes pada 16 Mac dan 190 kes pada 15 Mac.

Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi hanyalah 41, iaitu pada 14 Mac.

Seperti hari-hari sebelumnya, majoriti kes baru hari ini mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tabligh, yang diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Ini menjadikan jumlah kes yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu sekurang-kurangnya 513 kes.

Adham juga memaklumkan terdapat 11 kes positif yang telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah pesakit yang pulih kepada 60.

Sementara itu, seramai 15 pesakit yang positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan, katanya lagi.

Sementara itu, Adham memaklumkan tentang pewartaan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, susulan perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa hari ini.

“Peraturan ini menjelaskan perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh orang awam berkaitan dengan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Individu yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan tersebut adalah melakukan satu kesalahan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Peraturan-peraturan ini boleh diperolehi dari laman sesawang Kementerian Kesihatan,” katanya.

Katanya lagi, sepanjang tempoh ini, tiada pelawat dibenarkan ke wad hospital kecuali bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.

“Dalam tempoh ini juga, jika diperlukan, hanya seorang peneman dibenarkan semasa temujanji klinik kecuali untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan,” katanya lagi.

Semalam, Malaysia juga mencatatkan dua kematian pertama akibat Covid-19, melibatkan seorang paderi berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak, dan seorang lelaki berusia 34 tahun yang turut menyertai perhimpunan Tabligh tersebut.

Tips Pencegahan. 

Anda semua dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID19.

Jarakkan diri anda dengan orang lain.

Basuh tangan menggunakan sabun dan air.

Dan ikuti arahan dan saranan seperti yang termaktub dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Share this on WhatsApp

Pengumuman covid 19, Covid 19- 117 kes baru Covid-19 hari ini, jumlah kes covid 19 18.3.2020, jumlah kini 790 18.03.2020, jumlah terkini kes covid 19 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.