Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Contoh karangan SPM- Kepentingan Menguasai Ilmu

Contoh karangan SPM- Kepentingan Menguasai Ilmu

Zik · Mar 18, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

KARANGAN FAKTA.

Kepentingan Menguasai Ilmu.

Ini adalah contoh karangan. Jangan tiru bulat-bulat pulak. Korang pandai-pandailah olah cari idea yang lain. Ambil point penting sahaja. Selebihnya terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk menggoreng ayat ok. Selamat mencuba!

Zaman pasca globalisasi telah menonjolkan warga yang berilmu pengetahuan ialah tonggak utama negara. Tanpa ilmu, sesebuah negara akan hanyut dalam arus kemodenan.  Ilmu merangkumi pelbagai aspek seperti ilmu agama, ilmu sekularisme Kmahupun ilmu sains dan teknologi. Kata-kata hikmat ada menyatakan bahawa ‘ilmu itu pelita hidup’.

Justeru, semua insan perlu menjangkau sehabis tangan untuk menerokai ilmu. Persoalannya, apakah kepentingan menguasai ilmu? Marilah kita menfokuskan lensa perbincangan kepada melahirkan tenaga kerja mahir sebagai kepentingan menguasai ilmu. Modal insan yang berkemahiran sememangnya diperlukan dalam pelbagai bidang ekonomi negara.

Rakyat ditaruh harapan yang tinggi agar mengaplikasikan ilmu dalam meningkatkan produktiviti serta mutu barangan supaya dapat menembusi pasaran antarabangsa. Tegasnya, penguasaan ilmu penting untuk menyediakan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan setiap bidang. Kepentingan susulan adalah untuk meningkatkan taraf hidup.

Rakyat yang berilmu pengetahuan akan dapat berdaya saing dalam dunia yang tepu dengan konkurensi ini. Dengan menguasai ilmu, kita akan dihormati oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana hanya ilmuwan berkemampuan untuk menjana transformasi negara.

Tuntasnya, kita dapat menjamin kualiti hidup dan sentiasa disanjungi masyarakat apabila berjaya menguasai ilmu yang seluas samudera. Sebagai kesimpulan, banyak kemaslahatan dapat kita peroleh melalui penguasam ilmu. Tokoh Arab Saidina Ali bin Abi Talib pernah menukilkan bahawa ‘Ilmu apabila diperdagangkan, betambah sebaliknya harta apabila diperdagangkan, berkurang’.

Marilah kita menghayati pedoman hidup ini dengan berusaha menimba ilmu pengetahuan supaya tidak dijadikan katak di bawah tempurung sebaliknya dapat menjadi modal insan negara yang cemerlang.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia, Karangan Contoh karangan SPM- Kepentingan Menguasai Ilmu, karangan kepentingan menguasai ilmu, Kepentingan Menguasai Ilmu

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.