• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / SAHIFAH: LEMBARAN HADIS RASULULLAH SAW

SAHIFAH: LEMBARAN HADIS RASULULLAH SAW

Zik · Dec 10, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

tahukah anda,

 

SAHIFAH: LEMBARAN HADIS RASULULLAH SAW

Apakah itu Sahifah? Bilakah sahifah ditulis? Apakah isi yang terkandung didalamya? Bilakah sebenarnya penulisan hadis bermula? Dan apakah bukti yang menunjukkan sudah ada penulisan di zaman Rasulullah? Dan adakah Rasulullah membenarkan penulisan tersebut?

Setiap ilmu yang dipelajari mempunyai sejarahnya yang tersendiri termasuklah dalam dunia ilmu hadis. Ilmu hadis mempunyai beberapa peringkat sehingga hadis-hadis tersebut berada di tahap seperti yang kita lihat pada hari ini. Hadis-hadis tersebut telah dipelihara daripada awal sampailah sekarang dimana jika sesebuah hadis itu tidak menepati kaedah periwayatan hadis, ia tidak akan ditulis, dikumpulkan, dibukukan dan tidak diterima sebagai sebuah hadis.

Apakah itu sahifah? Sahifah merupakan lembaran yang mengandungi hadis yang ditulis pada zaman Rasulullah. Sahifah yang paling terkenal adalah al-Sahifah al-Sadiqah yang ditulis oleh ‘Abd Allah bin ‘Amru bin al-‘As. Dimana didalamya dikatakan mengandungi 1000 buah hadis Rasulullah. Beliau berkata inilah sadiqah yang didengari sendiri olehnya. Justeru itu, sahifah ini dianggap mempunyai kepentingan sejarahnya yang tersendiri kerana ia merupakan satu dokumen sejarah yang menjadi bukti bertulis menunjukkan penulisan hadis telah pun bermula sejak zaman Rasulullah lagi dan ianya ditulis di hadapan dan dengan izin khusus dari baginda.

Begitu juga dengan Sahifah Ali ibn Abi Talib pula yang mengandungi beberapa hukum syara’ khususnya mengenai diyah, hukum tentang tawanan perang, kesucian Kota Madinah serta hukum orang Islam membunuh orang kafir. Selain dari itu, terdapat lagi beberapa suhuf yang ditulis oleh beberapa orang sahabat seperti Sahifah Abu Bakar As-Siddiq, Sahifah Sa’d ibn ‘Ubadah, Sahifah Jabir ibn Abd Allah, Sahifah Samurah ibn Jundab, Sahifah Abu Musa al-Ansari dan Sahifah ‘Abd Allah ibn Abi Awfa dan lain-lain lagi. Walaupun sahifah-sahifah ini tidak mempunyai bukti yang jelas bahawa ia ditulis pada zaman Rasulullah s.a.w., namun ia sedikit sebanyak dapat menyokong dan menguatkan kenyataan bahawa penulisan hadis telah pun bermula pada zaman Rasulullah s.a.w.

Tahukah anda mengapa Rasululah menegah daripada menulis hadis pada peringkat awalnya? Kenapa?? Pada hakikatnya, baginda Rasul sememangnya ada melarang menulis hadis akan tetapi larangan tersebut hanyalah pada awal-awal Islam sahaja. Al-Khatib al-Baghdadi menjelaskan beberapa sebab mengapa hadis tidak ditulis pada awal-awal Islam dan beliau mengatakan bahawa larangan itu hanyalah bersifat sementara.

Al-Khatib menyatakan bahawa antara perkara yang menyebabkan hadis tidak ditulis ialah baginda s.a.w tidak mahu umat Islam ketika itu sibuk dengan perkara selain dari al-Quran. Sedang al-Quran masih lagi diturunkan. Baginda s.a.w takut ia akan menyebabkan masyarakat keliru antara ayat al-Quran dan hadis lantas mencampur-adukkan antara hadis dengan al-Quran. Hal itu kerana hadis dan al-Quran kedua-duanya dalam bahasa Arab.

Langkah itu juga dilakukan agar para sahabat lebih mengutamakan dan dan memberi perhatian yang lebih terhadap al-Quran berbanding hadis. Semasa hayat Nabi, secara umumnya para sahabat menghafal hadis Rasulullah, kemudian memindahkannya pula kepada sahabat lain secara lisan. Ini kerana salah satu keistimewaan Sahabat Baginda ialah mempunyai daya ingatan yang tinggi dan dapat mengingati dengan cepat dan banyak.

Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa mempelajari ilmu hadis amatlah penting bagi kita. Sesiapa yang berusaha dalam ilmu ini dan memberikan tumpuan yang baik kepada ilmu ini, maka dia akan mencapai kemuliaan yang tinggi, ganjaran yang besar dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ibn Mubarak apabila ditanya bilakah beliau akan berhenti daripada menulis hadis? Beliau menjawab: “Sehingga suatu perkataan yang saya perolehi manfaat daripadanya saya tidak dapat mendengarinya lagi (meninggal dunia).

Begitu juga apabila Imam Ahmad rahimahullah. (w241H) ditanya sampai bilakah seseorang itu akan menulis hadis? Beliau menjawab: “Sampai mati”. Begitulah perhatian mereka terhadap ilmu hadis Nabi Muhammad saw. Mereka telah menghambakan diri mereka untuk mencari ilmu dan telah menjadikannya sebagai tujuan hidup mereka. Sifat inilah yang sepatutnya dicontohi oleh setiap insan. Kecintaan ilmu oleh orang-orang terdahulu yang terlalu mendalam tidak dapat ditandingi dalam lipatan sejarah peradaban manusia sehinggalah hari ini.

Disediakan oleh. 

-Wan Afifah Syakirah Binti Wan Kamarudin

-Nurul Najihah Binti Ramli

-Siti Hawa Binti Ramli

-Siti Norsoleha Binti Abu Hassan

PELAJAR KURSUS ULUM HADIS SESI 2019/2020 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Kerohanian/Keagamaan apakah itu sahifah, lembaran hadis rasulullah, SAHIFAH: LEMBARAN HADIS RASULULLAH SAW

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021
  • Live streaming JDT VS KEDAH piala sumbangsih 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Doa menaiki kenderaan

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSebelum kita menaiki kenderaan bacalah doa ini…

Akademik

Permainan Yoyo , trend masa kini??

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Aku pemain pro yoyo nih!! Sejenis permainan y…

Akademik

Cerita pelajar baru naik sekolah 2014, tersepit kepala di kerusi

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGHurm tahun 2014, melihat telatah anak-anak diz…

%d bloggers like this: