• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Sajak: Ilmu itu….

Sajak: Ilmu itu….

Zik · Sep 30, 2011 · 14 Comments

Share this on WhatsApp

kelebihan berilmu, ilmu itu pelita hidup , ilmu itu cahaya, sajak ilmu, sajak ilmu pelita hidup,  contoh sajak ilmu,  kelebihan orang yang berilmu

Layan sajak pulak minggu ini. Nampaknya ada rakan blogger kita yang bakal mengerjakan ibadah haji. Kita doakan beliau semoga selamat sampai dan pulang. Teringin juga nak pergi, suatu hari nanti.

Ilmu itu…

Umpama madu, semua pasti mencari, semua pasti dambakan
manisnya tetap kekal, buat semua tertarik, nilainya tiada tara, hadir pasti dijunjung, hidup pasti disanjung, martabat tinggi menggunung
mana pergi jadi penaung…

Ilmu itu…

Satu nikmat yang tak boleh dibeli di kedai-kedai. Hatta berlian setinggi gunung evrest, ia takkan dapat dibeli. Nikmat apabila ia diamalkan dan disampaikan

Ilmu itu….

Harta sebagai bekalan hidup untuk bertemu dengan pencipta, ia tak boleh dikongsi, tetapi boleh digunakan, tetapi tidak sama seperti orang lain, sama tapi tak serupa.

Ilmu itu …

Cahaya yang menerangi hati nurani insan yang ingat kepada PenciptaNya, dalam mencapai kemanisan di hari kemudian, kita harus cekal menghadapinya..

Ilmu Itu…

 Cahaya, jahil itu bahaya, penampilan menarik menjadikan kita bergaya, penguasaan ilmu menjadikan kita berjaya.

Usah  kita padamkan cahaya itu itu penunjuk jalanmu pastikan ia terus bersinar agar terang jalanmu jalan tuju  ke destinasi milik abadi

Ilmu itu…..

Tanpa ilmu, pandangan akalnya akan kabur,
air liur tersembur, tetapi kata-katanya berterabur,
impiannya lebur, dan cita-citanya akan terkubur.

Tanpa ilmu, aura pengaruhnya malap, masa depan kian gelap, dan kerjanya sentiasa tersilap.

Ilmu itu….

terlalu luas, hinggakan jika air laut ini dijadikan dakwat, akan keringlah ia bahkan masih ada lagi ilmu yang lain…

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan contoh sajak ilmu, ilmu itu cahaya, ilmu itu pelita hidup, kelebihan berilmu, kelebihan orang yang berilmu, sajak ilmu, sajak ilmu pelita hidup

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. adele says

    September 30, 2011 at 7:27 am

    carilah ilmu selagi hayat dikandung badan..ilmu lah yg akan menerangkan kita di alam kuburan..insyaAllah..

    Reply
  2. chii says

    September 30, 2011 at 11:24 am

    dan tuntutlah ilmu itu sehingga ke negara china.ilmu xkan abih..dan ilmu juga yang menjadi bekal dan panduan kita..selain al-quran dan hadis

    Reply
  3. shah Blogger says

    September 30, 2011 at 2:06 pm

    Ilmu itu ibadah yang sangat berguna untuk hidup dan selepas kematian..
    Cantik bahasa ‘dalam’ ko bro.. sesekala dtg blog baca mcm ni jd tenang santai je dari kepenatan blogging. thanks 😉

    Reply
  4. azura says

    September 30, 2011 at 2:23 pm

    ilmu iman amal… jadilah kita orang yang punya sedikit ilmu zik…tak tahu semua, tapi fasih sesetengah perkara…

    Reply
  5. akubiomed says

    September 30, 2011 at 2:26 pm

    Ilmu penerangan jalan. Kalau tidak berilmu nanti jadi orang jahil

    Reply
  6. nizamghazi says

    September 30, 2011 at 2:45 pm

    sajak yg sungguh bermakna
    ilmu dan skill mmg sgt penting zaman skunk yg penuh saingan ni
    apa2 pun, ilmu utk bertemu Ilahi pling penting

    Reply
  7. suri says

    September 30, 2011 at 4:37 pm

    ilmu lagi d gali lagi byk yg kita tak tahu

    Reply
  8. suri says

    September 30, 2011 at 4:39 pm

    org kaya dgn ilmu org tak rugi apa2 tapi org tak berilmu ibarat laut yang cantik tapi isi d dalamnya kering kontang..

    Reply
  9. MR.Z says

    October 1, 2011 at 1:16 am

    memang penting ilmu ini. ilmu kita belajar hingga akhir hayat. dan diharap ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya..

    Reply
  10. muhammad fakhruddin says

    October 1, 2011 at 5:06 am

    Sekarang sedang mendalami definisi ilmu oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas 🙂

    Reply
  11. tehr says

    October 1, 2011 at 1:47 pm

    ilmu kena belajar sampai bila2
    tak pernah ada orang pandai yang berhenti belajar

    Reply
  12. nuriz says

    October 1, 2011 at 6:05 pm

    betul tu ilmu sampai ke kubur pun masih kena menuntut ilmu

    Reply
  13. bEe says

    October 5, 2011 at 4:40 pm

    hanya ilmu bekalan kita di akhirat kelak

    Reply
    • dieyana says

      April 15, 2012 at 3:24 pm

      ya betul….

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: