• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Cara kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

Cara kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

Zik · Nov 13, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

bantuan sara hidup rakyat, bsh 2019,

BANTUAN Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019 yang telah dibentangkan oleh Yb Lim Guang Eng pada 2 november 2018 ianya akan disalurkan kepada mereka yang layak lebih kepada golongan b40 lebih kurang 40% rakyat malaysia kita ini termasuk sabah dan sarawak.

Bila dah boleh update (kemaskini). Kita belum mendapat maklum dari pihak berwajib,so sekarang ini belum dibuka lagi untuk permohonan kemaskini BSHR 2019. Dijangka hujung bulan 12 atau bulan 1 2019. Sebab BSHR mungkin ada dapat sebelum raya tahun baru cina punya tuh. Tiga peringkat kan, satu sebelum raya cina, sebelum raya puasa, dan last bulan 8 gitulah.

 

Panduan Kemaskini BSHR 2019. 

Lebih kurang sahaja macam tahun lepas, dulu dikenali sebagai BR1M, so mungkin dia ada tukar lain sikitlah.

  1. Layari portal rasmi di https://bsh.hasil.gov.my
  2. Pilih menu SEMAKAN STATUS dan klik SEMAKAN STATUS
  3. Masukkan No. MyKad (12 angka) ke dalam ruangan yang disediakan
  4. Klik butang HANTAR.

Antara respons daripada portal adalah:

  • Paparan borang permohonan- jika data belum wujud (pemohon baharu)
  • Kotak mesej dengan mesej “No Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan.”- jika No. MyKad tidak wujud dalam data JPN
  • Kotak mesej dengan mesej “Permohonan telah wujud dengan no. MyKad: XXXXXXXXXXXX. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan.”- jika data telah wujud. Pemohon perlu mengemas kini maklumat peribadi di menu yang dinyatakan.

2. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN A- MAKLUMAT PEMOHON

RUANGAN

BUTIRAN/ ARAHAN

Nama*

  • Nama penuh pemohon seperti yang tertera dalam MyKad
  • Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan.

No. MyKad*

  • Akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad.

Tarikh Lahir*

  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.

Umur*

  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud
  • Jika tiada paparan, isikan umur pemohon pada Januari 2019.

Jantina*

  • Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.

Status Perkahwinan*

  • Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
  • Pilihan: Kahwin/Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda/Bujang.

Tarikh Perceraian/ Kematian Pasangan

  • Masukkan tarikh perceraian/kematian pasangan jika status perkahwinan pemohon adalah Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda.
  • Tarikh ini mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.

No.Telefon Rumah

  • Masukkan nombor telefon rumah terkini pemohon, jika ada (contoh: 03-12345678)

No.Telefon Bimbit*

  • Masukkan nombor telefon bimbit terkini pemohon (contoh: 013-1234567)

Pekerjaan*

  • Pilih jenis pekerjaan pemohon dari menu
  • Pilihan: Bekerja Sendiri/Penggajian (Makan Gaji/Upah)/ Tidak Bekerja

Nama Bank*

  • Pilih nama bank yang dilanggani pemohon dari menu
  • Contoh: CIMB BANK BERHAD

No. Akaun Bank*

  • Masukkan nombor akaun bank pemohon di bank yang telah dipilih

Alamat e-Mel

  • Masukkan alamat e-mel pemohon yang aktif

Alamat Surat-Menyurat Terkini*

  • Masukkan alamat surat-menyurat terkini pemohon, poskod, bandar/daerah dan negeri.
  • Bandar/Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika poskod yang dimasukkan adalah sah.
  • Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan.

Perhatian: Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi.

3. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN B- MAKLUMAT SENDIRI/AHLI ISI RUMAH

Sendiri

  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM).
  • Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”.
  • Jika status perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi.

Pasangan

  • Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No. Pengenalan pasangan.
  • Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.

Tanggungan

  • Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol “+” (berwarna biru) di kanan halaman terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat tanggungan.
  • Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan nombor pengenalan tanggungan.
  • Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
  • Klik pada simbol  “x” (berwarna merah) di kanan halaman jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi.
  • Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
  • Klik ‘OK’ jika pasti dan MAKLUMAT SENDIRI/ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
  • Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal.
  • Jika maklumat pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN/Agensi, kotak mesej dengan mesej “Sila kemukakan salinan pengenalan ke cawangan LDNHM berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat” akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.

4. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS

Pilihan Waris

  • Sama ada ADA waris atau TIADA waris

Ada

  • Ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi.
  • Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan/tanggungan di Bahagian B.
  • Pilih hubungan (contoh: Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik).
  • Pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris
  • Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.
  • Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN.

Tiada

  • Jika tiada waris, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi.

5. AKUAN PENGESAHAN

  1. Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. Ini adalah untuk mengesahkan anda bukan sebuah robot atau perisian automatik.
  2. Klik butang HANTAR.

6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN

  1. Sebuah kotak mesej dengan akuan pengesahan dan terma dan syarat akan dibuka.
  2. Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.
  3. Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  4. Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat pindaan.

7. CETAK PERMOHONAN

  1. Klik butang CETAK untuk cetak permohonan
  2. Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali kepada laman utama
  3. Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon Adobe Reader (berwarna merah) untuk memuaturunnya.

Ada masalah??

Mungkin kita akan hadapi masalah dari segi nak isi borang secara online ini, atau ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan boleh sahaja hubungi dibawah ini.

HUBUNGI  (BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT):

Hotline MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566

Faksimili MOF :
03-8882 3933

Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM :
1-800-88-2716
Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m

Sekretariat MOF:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

 

Selamat mengisi borang. Sekarang belum available lagi. Tunggulah dalam hujung tahun atau awal tahun. Kena isi awal, dan tengah waktu malam ke, sebab server mungkin akan sesak waktu puncak atau waktu bila dah umumkan BSH sudah dibuka dan boleh update untuk tahun 2019 punya. So buat secepat mungkin jangan lewat. ok. Lagi bagus buat online. Isi borang dengan betul , jangan tersalah isi maklumat. Sekian terima kasih.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman borang bsh 2019, bsh 2019, isi borang bshr 2018, kemaskini bshr 2019, panduan isi borang bsh 2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum
  • BPN 2.0 sudah masuk 21.1.2021, semak secara online/atm

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini (BSH peringkat kedua)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berita baik untuk penerima BSH yang tak lulus…

Pengumuman

Cara nak semak status bsh peringkat 1,28.1.2019 (rm300)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG  Bagaimana untuk menyemak status bantuan…

Ekonomi

Bajet 2019, Bantuan Sara Hidup Rakyat(BSH) diteruskan (rm1000,750,500,) Bujang tiada!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Kalau dulu m…

%d bloggers like this: