

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Kalau dulu masa zaman kerajaan Barisan Nasional dipanggil BRIM. Bantuan Rakyat 1 malaysia. Namun ianya sudah digantikan setelah Kerajaan bertukar tangan kepada Pakatan Harapan.
Di bawah Belanjawan 2019 yang bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”,Dalam belanjawan kali ini juga, tiada golongan dan kaum tercicir dan tiada sentimen merendahkan martabat Bumiputera. Begitu juga dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ditambah baik dan diteruskan kepada golongan B40 dengan peruntukan lebih bersasar.
Jumlah KOS BSH 2019.
Dianggarkan lebih kurang 5 billion untuk kos BSH kali ini. Satu jumlah yang besar sebenarnya. Tetapi kalau dibandingkan dengan tahun lepas, peruntukkan 6.8 Billion. Sebab campur dengan bujang dulu dapat.
Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.
Kadar BSH yang ditentukan ialah RM1,000 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 pula akan menerima RM750 dan bagi yang berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000, akan menerima RM500.
Tambahan BSH sebanyak RM120 juga disediakan untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, namun terhad kepada empat orang, memberikan khabar gembira kepada golongan sasar. Dana ini memberi manfaat besar golongan B40.
Ternyata bantuan disalurkan betul-betul bijak dan tersusun, sekali gus menguntungkan rakyat. Nak kata bijak tuh takla jugak. Cuma ianya dilihat lebih tersasar. Namun banyak lagi yang
Menteri berkata peruntukan itu sejajar dengan keputusan kerajaan menambahbaik BSH kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.
Lim Guang Eng juga memperincikan 4 kategori yang menerima dalam BSH iaitu:
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
- Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada 4 orang, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.
Beliau mengumumkan langkah-langkah tersebut di pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari jumaat yang lepas pada 2 november 2018.
BSH Untuk Bujang Dihentikan.
Namun ada satu yang tertinggal , BRIM untuk bujang sudah tidak dapat. Jikalau sebelum ini kerajaan Barisan Nasional ada bagi RM 450.00 Bagi pendapatan bawah rm2000.00 sebulan. Sudah tiada peruntukkan untuk BSH bagi bujang.
Pada pendapat aku, BSH untuk Bujang wajar diteruskan tetapi ianya harus bersasar juga, mungkin ada had umur dia dan bagi yang tidak bekerja boleh lah bagi. Dan juga had gaji seperti biasa bagi berpendapatan bawah rm 2000.00 ke bawah. Pendapat sahajalah. Kita pun tak pasti berapa kadar penggangguran yang berlaku di negara kita. Ini belum lagi isu pengganguran mahasiswa di negara kita. Itu harus dipertimbangkan.
Namun ianya ada sebabnya yang lain mungkin kerajaan berpendapat, kotmitmen tanggungjawab kewangan berkeluarga berbanding dengan bujang lebih getir dengan ekonomi semasa yang lebih mencabar.
Penambahbaikkan BSH Bajet 2019.
Statistik penerima BR1M, 2012-2018-2019 (BSH)
____________________________________________________________________________
Tahun 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
____________________________________________________________________________
(RM bilion)
Penerima (juta) 4.1 6.8 6.9 7.4 7.4 7 7.2 7.0
Khairat Kematian.
Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima bantuan bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2019.
Waris perlu membawa dokumen berikut:
- Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
- Kad Pengenalan Asal Waris
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Ringkasan BSH 2019.
credit to astroawani.com
Kita akan update dari semasa ke semasa, dari segi isi borang dan update terkini mengenai BSR 2019 . Korang tunggu ok!!
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Sedihnya pada para pembujang. X dpt bsh. ? Kena kawin dulu baru dapat seribu.
takpalah, yang bujang kotmitmen tak banyak macam yang dah kahwin.. huhu