Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)akan dilanjutkan dan kerajaan menggunakan kaedah terbaharu dalam melaksanakan BHSR kali ini.
Nampak gayanya, kerajaan betul-betul serius untuk melaksanakan BHSR supaya lancar dan kerajaan sekarang sedang mengumpul data penerima yang layak. Kalau dah kumpul, kenapa perlu kemaskini permohonan lagi? Sebabnya kemungkinan gaji ada naik ke, anak ada tambah lagi. Apa yang kurang perlu update dari semasa ke semasa setiap tahun. Ini penting untuk mendapatkan data yang lengkap dan membuat taburan data rakyat ini menjadikan satu statistik pendapatan rakyat b40 per kapita.
BSH UNTUK KATEGORI BUJANG TAKDA KE??
Untuk makluman, Kategori BSHR Bujang TIADA ya. Jangan tanya lagi, hehe. Boleh rujuk pada bajet 2019. Mungkin maksud bersasar itu lebih menjerumus kepada yang lebih memerlukan. Bujang dilihat masih ada lagi kudrat dan bebanan bulanan mungkin kurang berbanding dengan yang sudah berkeluarga.
Baca juga Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019
Kalau korang pergi ke laman web rasmi BSHR, info yang baru pihak berwajib baru kemasini tentang berikut:
1. Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
2. Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
3. Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai Januari 2019. Makluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat.
Kemaskini Permohonan & Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019
Seperti yang dinyatakan di dalam portal rasmi BSHR, tarikh pendaftaran permohonan atau tarikh kemaskini permohonan BSHR 2019 akan dibuka bermula Januari 2019.
Semua info berkaitan dengan tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat, jadi bersabarlah semua ok. Elakkan buat terlalu awal, siang pagi. Sebab dijangka, sistem mesti akan hang teruk. Malam.
Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019.
Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah akan mula diagihkan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina 2019. Ini bermakna, bayaran BSHR 2019 ini akan bermula pada penghujung bulan januari 2019,iaitu pada 28 Januari seperti yang telah dimaklumkan oleh kementerian kewangan (MOE), YB Lim Guang Eng.
Bank untuk Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019
Semasa membuat pendaftaran BSHR 2019 atau mengemaskini pendaftaran BSHR 2019, pastikan bank yang anda daftar termasuk dalam bank yang terlibat dalam proses pembayaran BSHR nanti. Antara bank yang terlibat dalam urusan pembayaran BSHR 2019 ialah:
- AFFIN BANK
- AGRO BANK
- ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
- AM BANK BERHAD
- AL RAJHI BANK
- BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
- BANK RAKYAT
- MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- CIMB BANK BERHAD
- CITIBANK BERHAD
- HONG LEONG BANK
- HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
- MAYBANK
- OCBC BANK
- PUBLIC BANK BERHAD
- RHB BANK BERHAD
- STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
- UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD
Kepada yang tidak mempunyai akaun bank, pihak berkenaan akan menghantar surat baucar kelulusan yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.
Pastikan no akaun yang anda masukkan adalah betul. Kalau tidak , memang ada masalah lah BSH punya bayaran. Nanti dekat laman BSH itu akan ada keputusan sama-ada layak atau tidak. Layak,tetapi ada sekian-sekian untuk diperbaiki. Tidak layak, sebab ada sekian-sekian. Masih boleh membuat rayuan sekiranya tidak lulus. Sama seperti tahun-tahun yang lepas.
Kategori BSHR mengikut kelayakan pemohon
Berbeza dengan kategori BR1M dahulu, BSHR memperkenalkan 5 kategori mengikut kelayakan pemohon :
- BANTUAN RM1,000 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
- BANTUAN RM750 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
- BANTUAN RM500 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
- BANTUAN RM120 : Untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 Orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur
- BANTUAN RM500 : Secara one-off bagi pesara kerajaan dengan pencen kurang daripada RM1,000
credit to bantuansarahidup.com.
*akan datang, cara nak kemaskini borang (update) bsh 2019.
Leave a Reply