Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for bsh 2019

bsh 2019

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini (BSH peringkat kedua)

Zik · Jul 1, 2019 · Leave a Comment

BSH

Berita baik untuk penerima BSH yang tak lulus untuk peringkat kedua, mungkin ada masalah dari segi dokumen atau gaji  seisi rumah dan sebagainya.

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019.

Jadinya kepada penerima atau yang memohon bsh tidak layak, boleh membuat permohonan rayuan kali ini besertakan dengan dokumen yang diperlukan untuk permohonan kali ini. Harapnya pastikan dokumen itu betul dan juga buat senarai semak apa yang harus kena buat . Kalau ada satu je yang tak lepas hari itu, buat yang satu tuh ok.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan, berkata ia bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

“Dengan adanya proses rayuan ini, mereka yang tidak layak masih diberi ruang mengemukakan rayuan berserta dengan dokumen berkaitan untuk pengesahan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/, atau dengan hadir ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN,” katanya.

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan mulai 28 Mei lalu berdasarkan kategori, merangkumi bilangan anak atau tanggungan dan jumlah nilai BSH 2019 yang akan diterima.

Katanya, pembayaran dibuat setelah proses pengesahan dijalankan, membabitkan 3.6 juta penerima yang diluluskan dan setakat ini, jumlah keseluruhan pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 adalah RM2.62 bilion.

“Bayaran fasa kedua ini membabitkan peruntukan RM1.42 bilion, termasuk bayaran untuk tanggungan membabitkan 3.2 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang, kecuali anak orang kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif menangani masalah dan isu yang timbul sepanjang pelaksanaan BSH.

“Kerajaan juga akan sentiasa menambahbaik program BSH bagi memastikan bantuan yang diberikan berkesan dan mencapai kumpulan sasar ditetapkan, terutama golongan B40 dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Credit to bharian.com.my

 

(KEMASKINI)Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH Peringkat 2 sudah masuk 28.5.2019

Zik · May 29, 2019 · 1 Comment

BSH

Syukur-syukur kepada penerima bantuan sara hidup rakyat untuk kali kedua. (fasa 2 ) 2019. Ada yang sudah dapat ada yang belum ikut jenis bank yang korang masukkan. Kepada yang letak akaun BSN , semalam 28 mei kebanyakkannya sudah masuk ke akaun masing-masing.

Sedikit sebanyak dapatlah menampung kekurangan yang ada sempena nak menyambut raya tak lama lagi minggu hadapan.

Ada yang dah masuk ada yang belum. Kenapa?? [Read more…] about (KEMASKINI)Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH Peringkat 2 sudah masuk 28.5.2019

Cara nak semak status bsh peringkat 1,28.1.2019 (rm300)

Zik · Jan 20, 2019 · Leave a Comment

 

bantuan sara hidup rakyat, bsh 2019,

Bagaimana untuk menyemak status bantuan sara hidup anda untuk tahun 2019? Seperti yang telah dimaklumkan pada bajet 2019, bsh akan diberi sebanyak rm1000 kepada yang mempunyai pendapatan seisi rumah bawah rm 2000 ke bawah. Atas rm 2000, bantuan rm 900.00 .

Baca juga syarat, kelayakkan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019.

STEP1. 

Pergi ke laman web bsh.

https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx

 

[Read more…] about Cara nak semak status bsh peringkat 1,28.1.2019 (rm300)

  • Page 1
  • Page 2
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.