Berita baik untuk penerima Brim aka (bantuan sara hidup rakyat) (BSHR,) KERAJAAN bersetuju dan komited supaya pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 dibuat mulai 15 Ogos ini bagi meringankan beban menyambut Hari Raya Aidiladha. Kalau ikut jadual sepatutnya ialah pada 20 haribulan ogos 2018 hari isnin. Lagi dua hari kita nak sambut hari raya korban, so takut tak sempat kita nak prepare apa yang patut nanti. Huhu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pembayaran berkenaan membabitkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
Beliau berkata, pembayaran itu menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan janji Manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sudah dimansuhkan, Kerajaan Persekutuan masih tidak mengalami bankrap seperti yang didakwa oleh kerajaan terdahulu, sebaliknya masih mampu terus memberi BSH tanpa hasil cukai berkenaan.
“Di samping itu, subsidi petrol sebanyak RM3 bilion sudah disediakan sehingga akhir tahun ini untuk menstabilkan harga RON95 dan diesel pada tahap RM2.20 dan RM2.18 seliter sungguhpun harga minyak antarabangsa naik 42 peratus kepada USD74 setong berbanding anggaran USD52 setong sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Guan Eng menegaskan pembayaran RM1.6 bilion itu dibuat dalam keadaan kekangan kewangan kerana hutang Kerajaan Persekutuan yang mencecah RM1 trilion berikutan skandal kewangan 1MDB dan salah urus tadbir.
Beliau berkata, kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha nanti.
Menurutnya, pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
“Bagi penerima yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
“Ingin saya tekankan bahawa kerajaan akan cuba sedaya-upaya untuk memberikan keutamaan kepada rakyat, khususnya golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.
Sebarang pertanyaan mengenai masalah apa yang patut dalam BSH ini, atau orang komen sebagai BASAH.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my bagi sebarang pertanyaan lanjut.
BRIM legasi DSN yang sukar dilupakan
Mahu tak mahu, dulu dikenali sebagai BRIM, sekarang BSH, (basah). Tapi orang sekarang tetap panggil BRIM lagi. BR1M. ianya sukar untuk dilupakan. Apepun brim yang terakhir untuk tahun ini, adakah akan diteruskan atau dimansuhkan tahun hadapan kita tak tahu, tunggulah sahaja dari pihak berwajib atau tunggu untuk laporan bajet 2019 bulan 9atau 10 nanti yang akan diumumkan nanti.
Pada pendapat penulis, inilah kali pertama perdana menteri yang membuat satu bantuan bentuk wang kepada rakyat, tetapi dalam pada yang sama gst yang dilihat tidak mampu memberi impak yang positif kepada rakyat jelata. GST ini bagus, cuma dari segi perlaksanaanya dan kesannya memberi kemarahan kepada rakyat.
Leave a Reply