• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Tentera akan dikerah mulai Ahad ini -Covid 19

Tentera akan dikerah mulai Ahad ini -Covid 19

Zik · Mar 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

askar, tentera ,

Oleh kerana masih lagi ramai yang berdegil tidak mengikut arahan. Tentera akan bantu polis pantau keadaan pastikan rakyat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan mulai Ahad – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri.

Baca juga : Kes terkini covid 19 

Pihak tentera akan dipanggil bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau keadaan susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri.

“Mesyuarat hari ini memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis di dalam memantau keadaan yang berlaku hari ini terutama untuk pastikan pematuhan rakyat kepada arahan supaya rakyat berada dalam rumah masing-masing.

“Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini, jadi kita yakin bantuan dari pihak tentera kawalan akan lebih lagi dapat dilaksanakan. Kita berharap rakyat akan terus patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.

“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.

“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.

Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan,” katanya.

Namun, menurut Ismail Sabri, pembabitan tentera itu bukanlah satu perintah darurat sambil menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.

“Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, ‘posting’ dalam Facebook yang mengatakan menteri ertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.

“Saya tidak tahu menteri pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya,” katanya.

Ismail Sabri turut menjelaskan bahawa, mengikut undang-undang, menteri kesihatan mempunyai hak untuk melantik mana-mana kementerian bagi membantu untuk memantau perintah kawalan pergerakan.

“Saya ingin jelaskan bahawa di bawah seksyen 5 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, kuasa menteri kesihatan untuk melantik atau memberi kuasa kepada mana-aman agensi kerajaan yang difikir perlu untuk mengawal atau melaksana peraturan

“Sebab itu pihak polis dapat surat kuasa dari menteri kesihatan.

“Kita percaya kementerian pertahanan juga dapat surat kuasa sama. Jadi tak perlu persoalkan apa saja yang diperintah oleh kerajaan,” katanya.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman covid 19, covid19, khidmat tentera digunakan pada ahad ini kawal keadaan negara, tentera ambil alih tugas polis jaga keadaan negara

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Nota peperiksaan online PTD n29 2021
  • 5 Idea Bisnes Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini
  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

COVID-19: Peratusan PKP ingkar masih serius – ATM

Share this on WhatsApp Ini memang kita tak dapat nafikan. Tetapi yang ingkar ini…

Kesihatan

Dr M nasihat rakyat M’sia jarakkan diri dari orang lain-Covid 19

Share this on WhatsApp Izinkan saya bercakap sedikit berkenaan penyakit yang tel…

Isu semasa

Bilangan Kes terkini Covid 19 16.3.2020

Share this on WhatsApp Kita akan kemaskini mengenai perkembangan Covid 19 setiap…

%d bloggers like this: