Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Tol tidak naik 2019!! (kenaikan ditangguhkan)

Tol tidak naik 2019!! (kenaikan ditangguhkan)

Zik · Dec 27, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tol tak naik, tol,

Satu lagi berita baik dari kerajaan pakatan harapan. Mana yang baik kita sokong. Mana yang tak baik kita kritik bahas dan pidatokan. Amboi.

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara tahun depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan berjumlah RM994.43 juta.

Baca juga : 
Bantuan Sara Hidup diawalkan pada 18 januari 2019 

Beliau berkata, Kabinet pada 12 Disember lalu bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada 2019.

“Ia adalah satu penambahbaikan ketara kepada pengumuman Belanjawan 2019 pada 2 November lalu yang hanya membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar saja untuk tahun depan.

“Implikasi kewangan itu membabitkan pembekuan kenaikan kadar tol merangkumi 21 lebuh raya; kadar tol bagi bas di lapan lebuh raya berasingan dan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, pembekuan komprehensif itu berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup rakyat.

Beliau berkata, kerajaan menganggarkan pembekuan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya membabitkan kos bayaran pampasan sekitar RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.

“Manakala, pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Lebuhraya Laluan Kedua di Johor pula membabitkan bayaran pampasan sebanyak RM20 juta setahun,” katanya.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman harga tol kekal 2019, kenaikan harga tol ditangguhkan 2019, tol tak naik 2019

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.