
Ramai yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar Bantuan Sarah Hidup Rakyat (BSH) peringkat ketiga. Terutamanya bagi penerima BSH bagi edisi 2019, peringkat ketiga ini sudah pastinya mereka tertunggu-tunggu.
Saya memohon maaf kesalahan memberi info. Saya sudah edit kepada tarikh yang sebenar iaitu pada 28 ogos 2019.
Apepun, pada 3 ogos yang lepas, Kementerian Kewangan, KERAJAAN bersetuju supaya pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 dibuat mulai 28 OGOS 2019 bagi meringankan beban menyambut Hari Raya Aidiladha.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pembayaran berkenaan membabitkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
Beliau berkata, pembayaran itu menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan janji Manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sudah dimansuhkan, Kerajaan Persekutuan masih tidak mengalami bankrap seperti yang didakwa oleh kerajaan terdahulu, sebaliknya masih mampu terus memberi BSH tanpa hasil cukai berkenaan.
“Di samping itu, subsidi petrol sebanyak RM3 bilion sudah disediakan sehingga akhir tahun ini untuk menstabilkan harga RON95 dan diesel pada tahap RM2.20 dan RM2.18 seliter sungguhpun harga minyak antarabangsa naik 42 peratus kepada USD74 setong berbanding anggaran USD52 setong sebelum ini,” katanya dalam kenyataannya pada hari jumaat yang lepas.
Guan Eng menegaskan pembayaran RM1.6 bilion itu dibuat dalam keadaan kekangan kewangan kerana hutang Kerajaan Persekutuan yang mencecah RM1 trilion berikutan skandal kewangan 1MDB dan salah urus tadbir.
Beliau berkata, kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha nanti.
BSH Masuk macam mana??
Menurutnya, pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
“Bagi penerima yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
“Ingin saya tekankan bahawa kerajaan akan cuba sedaya-upaya untuk memberikan keutamaan kepada rakyat, khususnya golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my bagi sebarang pertanyaan lanjut segala permasalahan dan juga apa-apa yang berkaitan mengenai Info bsh bolehlah korang semua tanya.

Leave a Reply