Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Bionic Kidney pengganti rawatan Hemodialisis

Bionic Kidney pengganti rawatan Hemodialisis

Zik · Jul 10, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bionic kidney

Di Malaysia setiap hari, sekurang-kurangnya 10 penduduk didiagnos mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik atau berada pada peringkat lima (teruk) dan memerlukan rawatan dialisis.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur. Obesiti, penyakit darah tinggi, merokok dan keturunan adalah faktor lain menyumbang kepada statistik berkenaan.

Bagaimanapun, berita baik kepada pesakit buah pinggang kerana selepas ini mereka tidak memerlukan rawatan dialisis lagi setelah peranti ginjal bioartificial yang ditanam dalam badan (implantable bioartificial kidney) direka.

Roy dan William Fissell merupakan pakar nefrologi di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville telah mengetuai satu pasukan yang terdiri daripada 45 kumpulan pekerja dalam mencari rawatan terbaru bagi merawat masalah penyakit ginjal peringkat akhir (ESRD), satu masalah kesihatan yang  menjejaskan lebih daripada 650,000 penduduk di Amerika Syarikat (AS) termasuklah Malaysia.

Pada masa ini satu-satunya pilihan rawatan adalah pemindahan buah pinggang tetapi sentiasa dibatasi oleh kekurangan penderma buah pinggang dan dialisis yang biasanya memerlukan tiga kali rawatan dalam seminggu ke pusat perubatan untuk menyaring  toksin dalam darah pesakit.

Roy dan Fissell telah mengetuai sebuah  projek yang dinamakan Kidney Project  bagi mencari    alternatif ketiga iaitu implantable bioartificial kidney.

Peranti ini yang berukuran  bersaiz cawan kopi dan  ditanam sepenuhnya di dalam badan menggabungkan elemen reka bentuk yang diinspirasi daripada  alam sekeliling  yang secara langsung menggabungkan sel-sel dalam badan manusia.

Ia menggunakan pendekatan dua peringkat untuk membersihkan darah pesakit yang mana ginjalnya sendiri tidak lagi mampu berfungsi.

Pertama, peranti ini menggunakan kekuatan jantung pesakit sendiri untuk mengepam darah melalui penapis untuk memisahkan toksin bagi menghasilkan ultrafiltrat berair.

Ultrafiltrat ini kemudiannya dikitar melalui bioreaktor yang diisi dengan sel-sel tiub ginjal, seterusnya menyerap semula elektrolit dan sebahagian besar air serta akhir sekali menghantar toksin dan air berlebihan ke pundi kencing.

Peranti implantable bioartificial kidney

Peranti implantable bioartificial kidney bersaiz cawan kopi.

Share this on WhatsApp

Uncategorized alternatif rawatan hemodialisis, apa itu bionic kidney, Bionic Kidney pengganti rawatan Hemodialisis

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.