• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Punca hutang gagal dilangsaikan ikut jadual

Punca hutang gagal dilangsaikan ikut jadual

Zik · Aug 18, 2011 · 18 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

pelajar yang dibebani hutang selepas bekerja

Masalah hutang yang tidak dapat diselesaikan ini bukan benda yang baru dan ianya begitu serius dinegara kita sendiri, iaitu Malaysia. Satu badan AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini, berkata peningkatan hutang yang gagal diuruskan dengan baik (tak bayar langsung pun ada, lagi banyak bilangannya).

Masalah ini harus kita pandang serius.

Ia ada kena mengena dengan entri mengapa kita gagal menyimpan wang setiap bulan. Puncanya adalah seperti berikut:

  • Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu. Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

bankrup, mereka yang bankrup, keratan akhbar yang bankrup

Hutang yang disebabkan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

Setakat Oktober tahun lalu 2010 (tahun lepas), 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

  • Selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan. Dan penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, hanya mewakili 15 peratus.

hutan, debt, hutang yang melambak

Hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

beban hutang, hutang dari kpdnkk, hutang yang banyak dari kad kredit

Salah satu keratan laman kerajaan kpdnkk.

Kemudian lagi satu ialah kadar bunga (interest) dari bank yang terlalu tinggi dan mencengkam menyukarkan mereka yang berpendapatan sederhana dan kecil.

Nah, fikir-fikirkan pemberat (timbang-tara) sebelum membuat hutang. Sekiranya ada kepentingannya untuk jangka masa yang panjang, apa salahnya. Namun, dapatkan khidmat yang pakar dan orang ramai yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam menguruskan hutang dengan bijaksana.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi hutang yang gagal dilangsaikan mengikut jadual, kenapa hutang tak bayar, punca hutang gagal dilangsaikan, sebab gagal langsai hutang, sebab hutang gagal dilunaskan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    August 18, 2011 at 9:17 am

    Tradisi berhutang tu sendiri yang menyebabkan ramai yang terperangkap! Masa belajar hutang PTPTN, masa kerja hutang Kad Kredit, Sewa Beli…dan sebagainya.

    Kalaulah ibu bapa dapat menyediakan peruntukan dana untuk menampung anak-anak belajar berkemungkinan isu ini tidak akan jadi parah.

    Reply
  2. yusuf laili says

    August 18, 2011 at 9:26 am

    Salam;
    dlm islam hutang wajib dibayar sebelum mati bkn sekadar hutang wang ringgit apa2 saja dinamakan hutang..sebelum berhutang fikir2kanlah.

    Reply
  3. muhammad fakhruddin says

    August 18, 2011 at 10:44 am

    Kalau bab hutang waktu belajar, mungkin kita kena sediakan tabungan pendidikan macam yang dah lama diamalkan segolongan masyarakat kita.

    Tak payah tunggu pinjaman apa-apa pun, siap boleh hantar anak depa fly sendiri lagi. Yang penting, bijak uruskan hutang…

    Reply
  4. nasslimdiet2 says

    August 18, 2011 at 11:33 am

    kalau rasa tak boleh nak kawal perbelanjaan jangan lah guna kad kredit. sape yang lom ada kad kredit tu jangan apply. sape yang dah ada tu pulang la balik kat bank. saya dah pulangkan. aman hidup tanpa kad kredit. hehehe

    Reply
    • afiq aiman says

      August 18, 2011 at 11:55 am

      wah. siap pulangkan balik, semangat betul nak lari dari hutang erk hihi. bagus2

      Reply
  5. afiq aiman says

    August 18, 2011 at 11:58 am

    saya lebih suka pinjam MARA dari berhutang dengan PTPTN. tapi apakan daya, IPTA payah nak dapat pinjaman MARA ni, dah terikat dengan PTPTN, kecuali kalau pandai, boleh la apply scholar. hidup dengan hutang je, umur baru 19 dah belajar hutang PTPTN, adoi

    Reply
  6. Pacifista - X says

    August 18, 2011 at 3:33 pm

    dahsyat la kad kredit ni.siap boleh bankrup lagi tu.uih,bahaya…

    Reply
  7. adele says

    August 18, 2011 at 4:09 pm

    masalah hutang mmg tak boleh dipandang remeh..sbb tu dlm al-quran, ayat yang paling panjang ialah berkaitan hutang….risaunya kalau ada hutang yg tak berbayar… 🙁

    Reply
  8. MR.Z says

    August 18, 2011 at 5:07 pm

    aku sendiri terperangkap dengan hutang ptptn.. nak buat camana, dah terpaksa kan sebab nak sambung blajar.. nak pinjam kat mara tak boleh…

    Reply
  9. azura says

    August 18, 2011 at 7:58 pm

    saya bukan pengguna kad kredit…tapi kalau hutang tak bayar kita rugi, interest lagi…

    Reply
  10. akubiomed says

    August 18, 2011 at 9:02 pm

    Masa belajar saya ada buat pinjaman MARA. Alhamdulillah telah selesai bayar dan mula membayar sejak mendapat gaji pertama. Bila sudah berkeluarga buat pinjaman jangka panjang seperti beli rumah. Guna duit KWSP untuk pelaburan unit amanah dan skim insuran pencen sebagai persediaan hari tua.

    Kalau sudah berhutang perlu disiplin bayarnya jangan sesekali tangguh dan mengabaikannya 🙂

    Reply
  11. zulkbo says

    August 19, 2011 at 12:17 am

    salam..
    saya setuju..
    retilah bayar hutang
    manusia ni selalu begitu
    pinjam suka, bayar susah kan?

    Reply
  12. Juan says

    August 19, 2011 at 1:23 am

    takut juga jika satu hari nanti jadi mcm tu, beringat sebelum kena

    Reply
  13. tehr says

    August 19, 2011 at 2:08 am

    saya memang takut sangat dengan beban hutang ni
    sekarang hanya ada hutang rumah je

    Reply
  14. titan says

    August 19, 2011 at 11:05 pm

    ada trik nak bagi ptptn ni habis bayar cepat. Tapi memang kena super disiplin la. hehe..kalau malas..sampai kiamat pun tak habis bayar..

    Reply
  15. aimannajmy says

    August 20, 2011 at 7:24 am

    erkhhh utang PTPTN aku punya ciput baru bayar..bila tahun agaknya ek nak abih ni

    Reply
  16. kopisoda says

    August 20, 2011 at 2:20 pm

    dulu memang pernah pakai “kad kredit yahudi” ni.
    susah sebenarnya bila bunga @ faedahnya tinggi.
    nasib baik aku da setel. teruskan patahkan kad. selesai~

    Reply
  17. En Zam says

    March 15, 2012 at 4:44 pm

    Assalamualaikum,

    Hanya ini sahaja yang dapat saya bantu, pihak saya telah mumulakan projek ini sejak 2 tahun yang lalu. Sebelum projek ini terlaksana pihak saya juga telah di tipu hidup-hidup oleh agen yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.Hampir 2 K duit saya burn begitu sahaja. Semua ini berlaku kerana saya ingin melangsaikan hutang PTPTN isteri saya yang berjumlah RM 17 K ++ . Alhamdulillah ALLAH maha berkuasa, pikiaq punya pikiaq akhirnya projek yang dibuat akhirnya berjaya disiapkan dan berjaya diaplikasikan. Mengikut plan asal jika tiada sebarang ganguan atau kacau bilau dalam tempoh 2 tahun hutang PTPTN ini akan berjaya diselesaikan.Kalau nak apply dekat hutang yang lain pun boleh tetapi saya lebih fokus kepda PTPTN sebab ada kena mengena dengan pihak saya. Malangnya pihak saya hanya mampu support sekadar RM25 K ke bawah sahaja. Amount yang lain-lain mungkin untuk projek masa akan datang.Inshaallah.

    Bagi yang berminat atau ingin tahu bagaimana caranya, sila hubungi pihak saya kembali.

    Sekian terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi

Mustahil hidup tanpa hutang?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hutang…

%d bloggers like this: