Di Malaysia setiap hari, sekurang-kurangnya 10 penduduk didiagnos mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik atau berada pada peringkat lima (teruk) dan memerlukan rawatan dialisis.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur. Obesiti, penyakit darah tinggi, merokok dan keturunan adalah faktor lain menyumbang kepada statistik berkenaan.
Bagaimanapun, berita baik kepada pesakit buah pinggang kerana selepas ini mereka tidak memerlukan rawatan dialisis lagi setelah peranti ginjal bioartificial yang ditanam dalam badan (implantable bioartificial kidney) direka.
Roy dan William Fissell merupakan pakar nefrologi di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville telah mengetuai satu pasukan yang terdiri daripada 45 kumpulan pekerja dalam mencari rawatan terbaru bagi merawat masalah penyakit ginjal peringkat akhir (ESRD), satu masalah kesihatan yang menjejaskan lebih daripada 650,000 penduduk di Amerika Syarikat (AS) termasuklah Malaysia. [Read more…] about Bionic Kidney pengganti rawatan Hemodialisis