Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / 10 kandungan pelik yang kita tak tahu dalam Mi Segera!

10 kandungan pelik yang kita tak tahu dalam Mi Segera!

Zik · Sep 29, 2011 · 18 Comments

Share this on WhatsApp

bahaya makan meggi, kandungan racun dalam megi, megi dan kehidupan, maggi dan bahan kimia,

HAhhh!! Biar betul?? Selama ni makan maggi ok jer kot?? Itulah dialog bagi selalu makan maggi terutamanya pelajar universiti yang terpaksa mengikat perut kerana ingin kawal perbelanjaan dek kerana over budget atau duitnya dah habis beli gadget idaman seperti iphone 5(ceh!).

Untuk pengetahuan anda semua, kesannya mungkin bukan sehari dua. Ia akan memberi kesan ketika waktu  sudah tua (50-70) ataupun ketika pertengahan umur( 30-40).

10 bahan terlarang yang kita tanpa sedari!

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Ia lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium oksida: Digunakan untuk rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga (rictsect contohnya).

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. Butylated hydroxytoluene (BHT) : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestogen  (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (digunakan dalam bahan cuci, pinggan mangkuk), bahan smak untuk kulit juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, applikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylane Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neorologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin,  antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu untuk (menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan: (contohnya Sunset Yello FCF Tartrazine) ia menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak: mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf, dan mungkin boleh menjadi penyebab kanser.

Nota tambahan: Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia adalah dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Atas faktor itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Erkk!!! Aku pun makan meggi (stok banyak tuh) juga masa waktu student, nak buat macam mana, duit elaun pun sikit sangat. Tapi sekarang memang dah jaaaarang sekali makan meggi, syukurlah.

Tapi aku pun tak pasti dah berapa banyak dah aku makan ‘racun’ nie?? Peringatan untuk diri sendiri jerla,  kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya tetap merbahayakan kesihatan. Malah, akan lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. Perlu kita ingat, kesihatan tu lebih penting dari segalanya. Nikmat kesihatan, kurniaan Allah juga tuh.

Bersambung. ( Akan datang, kejutan Natrium dalam Mi Segera!).

Sumber : Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

Share this on WhatsApp

Kesihatan 10 bahan kimia dalam maggi, bahan kimia dalam maggi, bahan kimia dalam mee segera, bahan kimia yang kita tak tahu dalam mee segera, bahan terlarang dalam mee segera, bahay makanan segera, bahaya makan mee segera, kesan makan mee segera

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. bEe says

    September 29, 2011 at 9:55 am

    Mak aiihhh
    menakutkan sungguh ni zik
    sob sob~~~

    Reply
  2. azman says

    September 29, 2011 at 11:13 am

    Owh takut nya bila baca kandungan dalam mi segera tu.Thanks Zik!

    Anak suka makan patutlah aktif sgt.

    Reply
  3. chii says

    September 29, 2011 at 11:29 am

    perghh..byk gler…tu baru sepuluh..pasni x bape byk lgik yg akan kuar..

    sebab tu org kata..jarak nak makan megi..kena 3 hari kan..sebab nak menghilangkan segala dia pnya bahan dlm badan kita..akan amik masa..kalo x silap chii

    Reply
  4. yoy says

    September 29, 2011 at 3:31 pm

    peh. patut la sedap. hehe.

    Reply
  5. zakisawie says

    September 29, 2011 at 4:47 pm

    hahaha baru ptg semalam semangkuk mee segera aku makan……… thank bro atas maklumat……. kena pikir 10 kali juga nak makan mee instant…

    Reply
  6. tehr says

    September 29, 2011 at 5:43 pm

    fuh, macam2 ada tu, bro
    aku memang tak suka makan mi segera ni

    Reply
  7. MR.Z says

    September 29, 2011 at 9:12 pm

    benda ni la paling popular di kalangan pelajar universiti dikala kekurangan wang.. hehe

    Reply
    • anis says

      October 1, 2011 at 12:05 pm

      ade lg mknan yg leh save bajet bro~

      Reply
  8. W.R says

    September 29, 2011 at 10:39 pm

    patut la sedap semcm jer huhuhu

    Reply
  9. Omar says

    September 30, 2011 at 5:49 am

    Tak sangka, makanan ruji aku time kat kolej dulu.. ada ubat julap.. erk~

    Reply
  10. nizamghazi says

    September 30, 2011 at 3:00 pm

    Pergh.. meggi my fav tu. alamak
    Dah lah smoker. Kombinasi yg baik lepas mkn meggi, isap rokok sebentar
    Mmg jahanam badan nnti ;(

    Reply
  11. titan says

    September 30, 2011 at 10:43 pm

    pehh, patutlah sedap. macam-macam ada. hehe..

    Reply
  12. anis says

    October 1, 2011 at 12:01 pm

    ermm..knp ek org sinonimkan mkn meggi ni dgn student or org2 yg dh pokai?? sy student gak..tp siyes meggi bukan la care save bujet yg betul n baik. sape kate meggi murah??purata harge 4.50 sumting like dat la kn..so, sepeket tu dlm 0.9 to rm1 la kn?(sorry klu silap sbb xslalu beli meggi). i think ade lg mkanan yg lebih murah n berkhasiat..sumthing like nestum, oat dll..more cheapers than meggi.. buang le jauh2 meggi tu..x elok! dats all~ juz sharing

    Reply
  13. nuriz says

    October 1, 2011 at 6:11 pm

    aiyo banyak nya kandungan yg pelik pelik tapi orang suka makan gak

    Reply
  14. akubiomed says

    October 4, 2011 at 12:42 pm

    Masa belajar ini adalah makanan kegemaran kerana mudah untuk disediakan perlu air panas sahaja

    Reply
  15. inno says

    April 22, 2012 at 3:51 pm

    mohon share…. thank you!

    Reply
  16. anies says

    July 12, 2012 at 5:27 pm

    Aduhhh….takot dahlah nk mkn maggi…apapon…terima kasih sbb bg info ni…:)

    Reply
  17. faten says

    July 15, 2012 at 9:03 pm

    aku dulu tiap ri makan maggi..lau xda maggi x lalu makan n sgup berlapar..ramai yang tegor tp aku xlayan…akhirnya padah aku tanggung sendiri… jauhkanlah dari maggi…….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.