Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Ajaran sesat di malaysia semakin parah

May 17, 2010 by Zik 39 Comments

Ajaran sesat di malaysia semakin parah

Share this on WhatsApp

hot ILabur.com hot  

hot Bidadari.My hot  

hot Saji.MY hot  

hot Ammboi.com hot

ajaran sesat,

Sekadar gambar hiasan

Ajaran sesat semakin tenat menular dinegara kita.

Dewasa ini, diakhir zaman ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.

Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.

Definisi ajaran sesat.

Ajaran Salah/Sesat: Merupakan  sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain.

Latar belakang ajaran sesat.

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jenis-jenis Ajaran Sesat.

Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan (dikatakan beratus-ratus) saya tiada menjumpai jumlah yang tepat mengenai angka ini. Ini adalah diantaranya.

  1. Nasrul Haq
  2. Budi Suci
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis37.
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  39. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  40. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  41. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
  42. Tarikat Mufaridiah
  43. Ajaran Hassan Anak Rimau
  44. Tarikat Aurad Ismailiah
  45. Ajaran Martabat Tujuh
  46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  47. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
  48. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  49. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
  50. Ajaran Mohd Nor Seman
  51. Ajaran Ayah Pin
  52. Ajaran Bahai
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar

Ciri-ciri ajaran sesat.

Setiap sesuatu mempunyai asas atau ciri-ciri tertentu untuk dikenal pasti. Pengenalan terhadap ciri-ciri sesuatu ajaran membantu kita untuk memahami posisi dan jenis ajaran sesat. Bahkan indikasi ajaran atau fahamannya pula bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Antara ciri-ciri ajaran salah atau sesat ialah:

  1. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
  2. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya
  3. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
  4. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
  5. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w
  6. Mempercayai semua ajaran adalah sama
  7. Mengaku dirinya sebagai wali
  8. Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat
  9. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk

dan sebagainya yang boleh ditakrifkan membelakangkan agama Islam.

Penutup.

Kita semua umat islam,  perlu berpegang teguh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu menggunakan disiplin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran al-Qur’an perlu merujuk mufassirin. Manakala huraian hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.

Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.Kepada yang sudah tersesat, pulanglah ke pangkal jalan. Sesungguhnya dosa mensyirikkan Allah adalah dosa yang tidak terampun.

Peringatan ini anda semua dan diriku ini sendiri.

Sumber dan diolah  disini.

More from my site

  • Kelebihan berzikirKelebihan berzikir
  • Salam maulidur rasul 1439H, 2017/18 (Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara)Salam maulidur rasul 1439H, 2017/18 (Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara)
  • Selamat menyambut awal muharram 1435H, bersatu bersama bergerak ke hadapan!!Selamat menyambut awal muharram 1435H, bersatu bersama bergerak ke hadapan!!
  • Selawat pelindung diri Selawat pelindung diri
  • Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1434, 2012/2013MasihiSelamat menyambut MAAL HIJRAH 1434, 2012/2013Masihi
  • Keputusan penuh rasmi PRK P.091 Rompin 5.5.2015Keputusan penuh rasmi PRK P.091 Rompin 5.5.2015

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kerohanian/Keagamaan Tagged With: ajaran sesat, ajaran sesat di malaysia, jenis-jenis ajaran sesat di malaysia


Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Comments

  1. Mohd Firdaus says

    September 15, 2011 at 10:03 pm

    assalamualaikum.. sy nk tnya.. di kawasan tmpat tggal sy ada kelas yg agak luar biasa.. iaitu KAJIAN HAQ, ia merupakan ajaran sesat juga ka? ada yg kata tidak dan ada yang kata ya..

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 12:22 am

      nanti saya akan tanya pihak MAIJ... dia ada amalan2 yang pelik tak???

      Reply
      • zahirman says

        December 3, 2012 at 10:44 pm

        bila dah tamat hati kita akan sentiasa myebut ALLAH setiap nafas kita akan meyebut ALLAH xda sebutpn bnda lain.berhentinya nafas kita xdak dah kitani kembalilah kita kpada ALLAH.Al Fatehah utuk paksu....yg tlah kembali kerahmatullah pd 06 dis 2011 telah dsemadikan di kg gertak sanggul

        Reply
  2. nasrul says

    November 17, 2011 at 5:53 pm

    saya ingin tahu di tempt saya ada satu kelas yg mana kelas iaitu kajian haq di adakn pada setip jumaat & sabtu malm hari..cara kelas tersebut agak pelik,..yg mana setip ahli yg masuk perlu di munum segelas air putih..didialm air putih tersebut telah di baca beberapa potong ayt seperti ayat 44,ayat bisa dan kebal sari.. adakh semua nie bertentangan dengan agama?? ..ermm ayat 44 tersebut 1) bangunlah nak, bangunah si bangunan haq'
    2) bangunalh kulit jangat sendi selerang ku haq,
    3) abngunlah orat rantai semula ajdi ku haq'
    4) bangun lah otak benak ku haq'
    5) bangunlah si muhamat dalam diri batang tubuhku lahaulawala quwatailla billa
    6) maka terdirilah besi qursani dalm diri batang tubuhku lahaulawala quwataillah bila
    7) sandal maujud rasullaah s.w.
    8) kuhuhun ajimaain alfatehah
    9) ilal amri sai'un berbangkit la haulawala quwataillah bilah
    10) ya hun kandar sai'un berbangkit lahaulawala quwatailla billah
    11) asal ku teguh ilal liput aku dalam hu allah
    13) lenyapla aku dlam kalaimah lailla haillah
    14) diriku sekali qun hu allah
    alah hu allah.. di bawa zikir ini hingga hanyut..senggga nmpk cahaya.. apabila dizikir kn allahu allh..maka guru akn memukul badan anak murid td sekut2nya..menguankn tangan dan juga besi..tetap apa yg sana nmpk ank murid tersebut tiada sebarang luka mahupn lebam walupn sedikit.

    ayat bisa
    1) asal katijah muahmmad lahir, bisa hidup. bisa mati..upa nan tedong nan bisa, turunlah engkau di besi maha lela. engkau bergalang tanah, akau bergalang bantal, sebab dik aku ajr eangkau pulang kpd allh..roborubukum bismillah.. jika anak murid tersebut menbaca ayt tersebut...bisa dalm badan akn kelur.. & mnolak sebarang kesakitan yg ada pd tubuh badan..seperti bisul,kurap,disengat binatang berbisa.. dan juga mushuh..ia berhasil

    ayat kebal sari
    1) ahdul jati
    2) wahidun jati
    3) kun' jati
    4) jati bismillah
    5) allhu so'mad
    6) astarfirulah..
    di baca dengan ayat ini.. aku mendapt kata2 kadim,, bukan aku mendapt kata2 kadin muhammad mendapt kata2 kadim.
    aku mendapt kata2 tuhan, bukan aku mendapt kata2 tuhan muhammad mendapt kata2 tuahn
    hai besi qursana bangunlah engkau "QAH"

    DI BACA AYAT INI TUBUH BADN AKN MENJADI KEBAL ..tiada senjata boleh menembusi badan kecuali haq allah..

    begitu lah di terangkn dari seorg teman sy yg telah tamat belajar.. adakh semua ni bertentangn dengan syariaat.?? tempt kelas tersebut di kekek 7,taman indrawasih gurunya bernama paksu din

    Reply
    • nasrul says

      November 17, 2011 at 5:55 pm

      kebanyakan ustaz2 dari serata negeri telah menpelajari ilmu kajian haq ini..dan ada di antara nya..yg mengajar kuliah.. sy buntu adakh ia berada di jalan yg betul? sbb bnyk org2 alim dan ank muda mempelajarinya.

      Reply
      • Badrul says

        September 23, 2012 at 5:47 pm

        Dah dapat jawapan ka ilmu ni sesat ke x?kalau ilmu ni benar saya ingin belajar..harap saudara dapat membantu

        Reply
        • razi says

          March 21, 2013 at 9:25 pm

          kalau nak belajar..jgn belajar dari internet...
          cari guru yg nyata...

          Reply
    • TokLaut313 says

      May 5, 2012 at 2:33 am

      ok la tu_
      dah amik "jalan Balik' ke belum???

      Reply
      • ahmad shukur bin azis says

        October 30, 2018 at 10:50 am

        Assalammualaikum toklaut. sy nak jln berpulang. boleh boleh bg no fon, nnti sy hubungi toklaut. atau hubungi sy, 0133243040

        Reply
    • TokLaut313 says

      May 5, 2012 at 2:37 am

      ni memeng ilmu org Sesat_
      ilmu org sesat yng nk cari jalan pulang_
      org tua dgn Quran Buruk_

      Reply
      • onedean says

        November 11, 2012 at 4:21 pm

        wahai tok laut313..siapa kah anda hendak menjatuh kan hukum ..sesat ke tidak...itu dengan allah swt...umat muhammad semuanya mengaku islam..cuma nak terima satu sahaja..renung2kan lah...

        Reply
        • razi says

          March 21, 2013 at 9:24 pm

          memanglah ini ilmu orang sesat...hahaha
          untuk orang yg sesat jalan....yg belum jumpa akan kebenaran...
          kalau x sesat buat apa belajar...ekekeke...
          budak2 kalau x paham bahasa memang suka hentam keromo...tau nak bantai orang jer...
          jgn jadi melayu dungu bolehkan.. :p

          Reply
        • fakhrul says

          October 26, 2014 at 6:20 pm

          lambat pickup la ko ni.. hahaha
          nampak sangat x paham kiasan.. 🙂

          Reply
    • onedean says

      November 11, 2012 at 4:13 pm

      salam nasrul..siapa kah kawan hang tu..dia tinggal dimana..kerja apa..boleh x bagi cont number dia..tq..

      Reply
    • zahirman says

      December 3, 2012 at 10:30 pm

      ayat 44pn hang salah tulis.mana ada pukui x lebam mana ada kebal.bukan QAH tapi HAQ'kena parangpn tetap brdarah.byk ayat2 tu yg hang salah tulis.mntk maap kalu mynggung perasaan.

      Reply
      • razi says

        March 21, 2013 at 9:31 pm

        ilmu yg luas hanya dipandag dari sudut dunia...

        belajarlah ilmu mengenal diri...bukan ilmu kebal...
        yg guru2 pukul2 anak murid tu...adalah untuk memastikan anak muridnya duduk di makam yg betul...bukan kebal yg nak diajar..tp kedudukan diri yg batin...
        maaf kalau salah...
        tp tolong betulkan niat...tujuan utama belajar ilmu haq..bukan untuk kebal...
        tp untuk melepaskan diri...

        Reply
    • kero ito says

      April 10, 2014 at 3:40 pm

      ayat2 awk smer dngan aper yg sy pelajari

      Reply
      • Zik says

        April 10, 2014 at 3:57 pm

        Norma kehidupan

        Reply
    • mie-G says

      July 3, 2015 at 9:51 am

      saya just nak tnye larh...ilmu makam @ lebih dikenali dgn ilmu sifat 20...benar @ tidak..??bg saya larh kan..jgn terus kite menghukum sesuatu tampa kita siasat berkenan ilmu tesebut...berat hukum nya klu kita trsalah menghukum boleh jatuh fitnah...saya sokong dengan tndakan tuan 2 kerana kami semua ney dpt kenal jnis2 ajaran sesat..tp kita manusia dianugerah satu anugerahkan yang x ternilai harnya iaitu akal..jadi gunalah akal sebaik2nye..

      Reply
    • Asrul says

      August 8, 2018 at 1:40 am

      Betul dah tu

      Reply
    • kun ta kint ey says

      October 16, 2018 at 3:36 pm

      BUGIMAK ANDA... xperlu kot send semua ayat...
      bugimak anda juga ilmu tu xde batas baik or buruk semua DIA punya

      Reply
  3. hidayah says

    March 21, 2012 at 8:09 pm

    nak tanya mengenai ajaran di kg seronok p.pinang tue, betul ke keturunannya tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain selain dari keturunan mereka sendiri? saya dengar org di kg itu masih berpegang pada ajaran itu. nak tahu lebih lagi mengenai ajaran itu seperti apa yang mereka amalkan...

    Reply
    • Zik says

      March 26, 2012 at 12:34 am

      say tak pernah dengar lagi ajaran seperti ini... mintak kita dijauhkan...

      Reply
  4. iffah says

    May 1, 2012 at 12:54 pm

    assalamualaikum.... saya nk tnya ajaran pengamal akhlak mulia tu sesat ke sbab ada org percaya yng semut tu adalah nenek moyang mereka btul ke?

    Reply
  5. siti abjad says

    October 3, 2012 at 5:15 pm

    salam.. Belajar ilmu haq?? Ilmu apa 2

    Reply
    • razi says

      March 21, 2013 at 9:50 pm

      saya cuba bantu saudara...jika saudara baru2 nak belajar ilmu2 haq..
      tolong cari guru yg nyata yg mursyid dan sampai pada martabatnya..
      coz..penerangan kat sini x cukup untuk menjelaskan kesemuanya..takut2 ada yg ambil bulat2 dan mengamalkannya tanpa baiah dan bimbingan...dikuatiri boleh sesat....
      apa yg pasti...ilmu haq..adalah ilmu untuk mengenal diri...

      ‘barang siapa kenal diri maka kenallah akan tuhannya’
      belajarlah dari sifir2 dahulu..seperti makam2 nafsu.. rukun islam..rukun iman.. rukun solat...baru belajar ke peringkat lebih tinggi...
      asal kejadian...mengenal diri..
      kenali sifat2 yg ada dalam diri manusia..terlalu banyk pecahan yg perlu dibuat..jadi berhati2..dalam membuat perkiraan...dan keputusan..
      jgn berguru dengan buku mahupun di internet..takut iblis menyelak dan menyesatkan anda dikala anda memerlukan bimbingan..carilah guru sebenar2 guru diluar sana...rajin2lah campur orang surau.. jgn cari jalan singkat..biar lambat asal sampai..

      Reply
      • samad says

        October 5, 2014 at 2:42 am

        Askum..razi. Saya juga anak murid arwah pak su din pada tahun 1994. Jadi sudi la kira nya razi hubungi saya di no 013 3567883. Saya berada di K L. T. Ksih.

        Reply
  6. bib says

    January 31, 2013 at 2:59 pm

    slm.......nk bgtau pak su din dh meninggal...mamat yg tulis detail pasai ayat kajian haq tu..ayat dia ada yg slh tulis....kita manusia ada otak ada al quran dan hadis...kalau rs diri x cukup pandai bwk ayat2 tu p kt ustaz ka mufti mana2 atau alim2 ulama yg diiktiraf untuk mencari kesahihan......

    Reply
    • samad says

      October 5, 2014 at 2:56 am

      Askum Bib. Apa kabar. Saya ingin hubungi anda. Saya samad anak murid arwah pak su din tahun 1994. Hubungi saya 013 3567883. T.kasih.

      Reply
  7. bib says

    January 31, 2013 at 3:14 pm

    x dak ilmu kebal dlm dunia ni...arwah pak su din ckp "x dak manusia kebal dalam dunia ni nabi muhammad s.a.w pun cedera masa perang dulu".......sebelum arwah pak su din meninggal dunia dia mengidap sakit lelah.....dia pernah ckp 'hampa tengok tok guru pun kena pakai oksigen'(sambil ketawa).....ini bermakna x dak manusia yang kuat atas muka bumi ni...tp sebagai manusia aku kena kena hormat dia sebagai guru...

    Reply
  8. bib says

    January 31, 2013 at 3:20 pm

    sy pun masih mengkaji tentang ilmu kajian haq ni....klau ada bukti ilmu ni sesat bgtau sy....slm

    Reply
  9. sifat menyembah zat says

    May 27, 2013 at 1:58 pm

    Itulah ilmu kekuatan tubuh badan (kursani)..jika nak dikatakan ilmu itu salah,maka salah la penciptaan Nabi Adam A.S.?begitu.?sesetengah orang yg tidak faham akan kejadian diri dan konsep sifat 20 Allah S.W.T amat mudah menjatuhkan hukum ilmu Haq ini syirik..siapa kamu hendak menjatuhkan hukum tersebut.?

    Reply
    • robirobikum says

      October 20, 2013 at 3:43 am

      As'salam..kurang tepat ttg iLmu haq..

      Reply
  10. mee says

    May 28, 2014 at 12:59 am

    Ssh la mcm ne..bljaq ckit nak tnjuk ja kat org..smpan la bek2.n jga ayt2 2 bek x blh ka..kta x mtk izin lg dah tnjuk kat org..mcm ne ka jji kta pda arwah..org len pon bljaq jgk tp x dak la smpai mnunjuk kat org len..dah ayat2 2 pon slah..bg org bca plak..klu slap bca jd yg bkn2 mcm mna...pkiaq dlu sblum bt..dah jd bru nak mnyesai pon x gna

    Reply
  11. shah says

    June 20, 2014 at 2:55 am

    Walau ape pn ilmu atau amln yg dlakukn smstilh tidk melnggar hukum syariah serta brlndskn hadis & al quran

    Reply
    • Zik says

      June 20, 2014 at 11:44 am

      Saya setuju...

      Reply
  12. seantero says

    November 14, 2014 at 6:09 pm

    cari hak pulang sebelum pulang...
    dah terang lagi bersuluh...
    cari lah aku didalam aku ...
    aku bersembunyi didalam terang

    Reply
  13. Pak lang says

    January 6, 2018 at 12:16 pm

    Antara ilmu2 sesat ni la yg buat kau hidup sampai sekarang…. Antara ilmu2 sesat ni la yg banyak ajar org jadi displin dalam ugama…. Yg empunya blog ni tulis macam yg haq milik dia… Dia yg tntukan sapa sesat, sapa kafir, sapa benar….

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2018 at 12:58 pm

      Dah sesat, confirm2 sesat.. simpan bodoh lu tuh..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Kerja, Guna Microsoft Word. Cantik, Simple & Menarik!
  • 4 Contoh Resume Terbaik Untuk Lepasan SPM, STPM, Fresh Graduate. Ringkas & Lengkap
  • Permohonan MRSM Tingkatan 1, Tingkatan 4 (2019)
  • Permohonan SBP Tingkatan 1, Tingkatan 4 (2019)
  • Berapakah Gaji Minimum (2019) di Malaysia?

Sponsored Links :


 

hotSiapa Cakap Nak Bercuti Macam Neelofa Kena Pakai Duit Banyak Giler?hot

 

 

hotSEMAKAN ONLINEhot

hotPENYATA GAJIhot

 

eBook Google Ads For Newbie: 15 Minit Google Ads!

Buat duit dengan Applikasi Andriod, OIS Jana 10usd sebulan sekurang-kurangnya!!




Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan


Buat Duit Dengan Blog Part1

Ada blog? Buat duit dengan blog denganPOPCASH.NET!!

Promosi barang mudah di LAZADA CEPAT!! 

Jom Shopping ke JD SPORT

Jana Income 4-5 angka Shopee Sebulan!!





 




Recent Posts

  • Live streaming Ulsan Hyundai vs Perak kelayakkan piala afc 19.2.2019
  • Video gol highlights selangor 0-4 pkns liga super 17.2.2019
  • Live streaming selangor vs pkns liga super 17.2.2019
  • Live streaming pknp vs petaling jaya fc 16.2.2019
  • Live streaming kedah vs felda united liga super 16.2.2019

Kategori/Sitemap

Archives

Langgan artikel blog ini ke email anda secara percuma!!

Enter your email address:




Delivered by FeedBurner



Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
Follow

Copyright © 2019 · Generate Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
%d bloggers like this: