• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Imam muda minggu ke 4 2011 (krisis identiti)

Imam muda minggu ke 4 2011 (krisis identiti)

Zik · May 22, 2011 · 26 Comments

Share this on WhatsApp

crisis identity, krisis identiti, gambar krisis identiti, gambar orang, people

Minggu lepas, iaitu minggu ke3 kita melihat prestasi 10 imam muda memberangsangkan dengan semua mendapat markah yang tinggi baik teori mahupun praktikal. Tiada penyingkiran dilakukan untuk minggu lepas.

Kedudukan imam muda minggu ke3:

  1. IM Hassan
  2. IM Azlan
  3. IM Fakrul
  4. IM Nazrul
  5. IM Ammar
  6. IM Fatah
  7. IM Najdi
  8. IM Mujahid
  9. IM Ali
  10. IM Fadli
  11. IM Zikri Husaini (huhu)

Tema minggu ke4 : Krisis Identiti

Nampaknya tugasan untuk minggu ke4 semakin mencabar, para IM telah diberi  tugasan untuk menyelami kehidupan golongan yang mengalami krisis identiti ialah  gelaran yang lebih tepat ialah”mak nyah”Mereka asalnya lelaki, namun diatas sebab-sebab yang tertentu telah menyebabkan mereka ini terkeluar dari landasan asal kejadian.

Sebelum tugasan:

Sebelum tugasan, para imam muda mencuba untuk berlakon sebagai seorang mak nyah. Lakonan IM Nazrul memang menjadi. Kelihatan IM Ali merasa agak geli dengan telatah nazrul tersebut. Lain pulak dengan version IM Fatah ,Amar dan Fadli. Mereka cuba berhadapan dengan situasi dengan seperti itu.

Jadinya mereka bertanya kepada Ustaz Dato Zawawi untuk tangani dan berhadapan dengan situasi seperti ini. Banyak perkara yang ditekankan iaitu jadi pendengar yang baik, selami dan cuba memberi sokongan.

Hari tugasan:

Pada hari tersebut, setiap Imam muda ditugaskan untuk menemubual dan cuba menyelami setiap hati mak nyah yang terlibat dalam program tersebut.

Dalam pada itu juga, 10 IM ini turut serta dalam program AIDS AWARE di jalan Chowkit  tak pasti apa program dia, hari aids sedunia. Mendekati para mereka yang terjebak dan pendedahan tentang bahaya aids ini. Menyelami masyarakat yang hidapi HIV dan cuba sebaik mungkin memberi sokongan kepada golongan ini.

10 IM ini menemu ramah golongan mak nyah yang bermacam-macam ragam. Dan ramai juga yang bertanyakan persoalan keagamaan kepada imam muda. Ada yang ada yang tak, sebab pengalaman yang ada mungkin boleh mendalami masalah ini dengan sebaik mungkin.

Siapa jadi pembaca khutbah dan tazkirah.

IM Fadli – Tazkirah , IM Ali – Khutbah di  Masjid Saidina Osman,Bandar Tun Razak.

IM terbaik untuk minggu ke 4

IM Hassan telah dipilih sebagai peserta terbaik untuk minggu keempat. Ianya dikira berdasarkan kesungguhan dan semangat yang ditonjolkan oleh imam muda pada minggu ini, bukan dari markah teori dan praktikal semata-mata. Sebagai ganjaran, IM Hassan dihadiahkan pakej perlancongan 3 hari 2 malam di Acheh, Indonesia tajaan AEROWANA TRAVEL. Wah bestlah IM Hassan.

Soal jawab bersama ustaz Zulkarnain.

Pelbagai persoalan yang ditanyakan kepada Imam Muda. Ia pernah disentuh mengenai jenis khunsa. Kalau tak silap, apa yang ditanya ada dua. DAn kalau diterangkan memang ada pecahan yang tertentu .

5 Soalan imam muda :

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan hidayah Allah ?
  2. Terangkan takrifan ajaran sesat?
  3. Terangkan 3 ciri yang didapati dalam ajaran ajaran sesat di Malaysia ?
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan AL- MUSAHAQAH ?
  5. Sebutkan dua kesan negatif homoseksual ?

Jawapan:

1. Hidayah adalah petunjuk dari Allah yang dikhususkan kepada orang orang yang tertentu.
2.  Ajaran sesat ialah ajaran yang menyeleweng dari agama islam

3.

  • Mengaku dirinya sebagai nabi dan mendakwa menerima wahyu.
  • Mempercayai nabi lain selain Nabi Muhammmd SAW.
  • Mendakwa semua agama adalah sama.

4.    Wanita yang melakukan hubungan seksual dengan wanita.

5.
  • Tidak tertarik kepada wanita.
  • Penyakit kelamin seperti AIDS dan lain lain.

Penyingkiran:

Masa inilah yang ditunggu dan mendebarkan buat para IM kita dan tuan Mur, tiga Imam muda mendapat markah terendah antara 10 imam Muda. Iaitu IM yang selalu dipanggil hampir setiap minggu: IM Najdi,IM Ali, dan IM Fadli.

Semasa Mudir Hassan ingin mengumumkan Imam muda yang bakal terkeluar, IM NArul tampil kehadapan memohon agar tuan mudir tidak menyingkirkan mereka semua bertiga. Namun, tuan mudir dia akan berbincang dengan semua tuan mursyid untuk membuat perkiraan.

Komen dari tuan musyid:

Hargai masa, ujian bertulis harus ditumpukan sepenuh dengan study , nota-nota dan sentiasa sama-sama berusaha. Jangan pentingkan diri sendiri. Apabila dalam peperiksaan bertulis, murshid tidak dapat membantu. Wujudkan suasana keluarga, bantu membantu. Penilaian IM semua dengan ujian praktikal tiada masalah. Cuma masalah dari segi teori.

 

Keputusannya:

Dan setelah keputusan dibuat, berdasarkan kuasa veto yanga ada pada Mudir dan para Murshid bersetuju untuk mengekalkan ketiga tiga Imam Muda tersebut. Dan ini sangat menggembirakan IM Nazrul dan Imam Muda yang lain. Kelihatan ketiga tiga Imam muda tersebut sebak dan menitiskan air mata  melihatkan usaha IM Nazrul yang cuba sebaik mungkin. Mereka semua ini dah macam adik beradik dah , mesra bangat sih.

Resolusi IM Krisis Identiti:

  1. Kami menyokong fatwa antarabangsa yang menegah segala jenis “menggubah ciptaan ALLAH” tanpa sebarang yang diiktiraf oleh pakar.
  2. Masyarakat jangan terus menghukum golongan mereka ini, namun pendekatan dakwah yang sebenar ialah mendekati dan menyelami perasaan mereka sebelum membimbing ke jalan yang diredhai oleh ALLAH.

Untuk menonton boleh dibawah ini :

 

Cr to guatv.com dan copy paste dari hazman abdullah.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan aktiviti imam muda 2011, gambar imam muda, imam muda 2, imam muda 2011, imam muda minggu ke 4 2011, kedudukan imam muda 2 2011 minggu ke4, kedudukan imam muda minggu ke4, kedudukan imam muda semasa 2011, krisis identiti imam muda 2011, ringkasan imam muda 2 minggu ke4, siap tersingkir imam muda pertama 2011, tema minggu ke 4 imam muda 2, tonton video imam muda, tonton video imam muda minggu ke 4, tugasan imam muda 2011, youtube imam muda2 2011 minggu ke4

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. muhammad fakhruddin says

    May 22, 2011 at 7:14 am

    Nampak gayanya Imam Muda kali ini lebih mencabar. Boleh kata Imam Muda mesra rakyat temanya πŸ˜‰

    Reply
    • Zik says

      June 4, 2011 at 4:31 am

      tugasan yang bukan mudah.. ditambah dengan aktiviti yang sangat padat… mereka nie penat sebenarnya…

      Reply
  2. tengkorak emas says

    May 22, 2011 at 7:25 am

    ada dua orang mursyid tu ustaz aku..hehe

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 4:57 pm

      owh yang mana agaknya??

      Reply
      • tengkorak emas says

        June 7, 2011 at 6:14 pm

        Mursyid Ikmal Zaidi dan Izhar Ariff, tapi ust Izhar dah pindah ke ukm

        Reply
  3. MDHAFiZ.NET says

    May 22, 2011 at 11:08 am

    ada pulak IM Zikri Husaini no 11 tuh..insyaAllah dengan izinNya zik dpt masuk tahun depan πŸ™‚

    Reply
    • bEe says

      May 24, 2011 at 3:05 pm

      chaiyok!!! Kami sokong zik. hehehe

      Reply
  4. nizam says

    May 22, 2011 at 12:14 pm

    semakin minggu tugasan yang diberkian kepada IM makin mencabar..semoga mereka dapat menghadapi tugasan yang akan datang sebelum bergelar juara ..

    Reply
  5. Sabahan Bloggers Club says

    May 22, 2011 at 4:52 pm

    Imam muda kena krisis identiti ke?
    Memang best ni tapi saya tak dapat tengok ler plak….. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 6:27 pm

      bukan IM yang kena… orang lain… huuhu..

      Reply
  6. Fadzmie says

    May 23, 2011 at 12:38 am

    Betul sangat tu.
    Mereka yang mengalami krisis identiti ni tak boleh guna cara keras untuk menegur mereka.
    Guna cara lembut, baru makan.
    Lagi keras pendekatan kepada mereka, makin ‘keras’ la jadinya.

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 6:47 pm

      sama-samalah kita berusaha… dan doakan yang terbaik untuk mereka… agar pulang ke pangkal jalan

      Reply
  7. Zida says

    May 23, 2011 at 12:48 am

    mangai. susah gilaaa. memang sangat menguji minda, fizikal dan lain-lain. Memang hebatla kalau dapat laksanakan tugas ni dengan baik.

    Fuh yang ke-11 tu tak menahan. Cubalah tahun depan ye insyaALLAH!

    dan

    tahun ni melepas lagi nak tengok IM live. huhu

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 6:50 pm

      takpe tak join pun… dah ada tanggungjawab disini..

      Reply
  8. tehr says

    May 23, 2011 at 3:54 am

    payah juga nak teruskan cabaran dalam iman muda ni nampaknya
    kalau aku… memang dah kalah sebelum masuk senarai
    huhu

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 6:53 pm

      ada banyak peringkat sebelum masuk IM nih… huhu

      Reply
  9. suri says

    May 23, 2011 at 11:30 am

    tidak dapat mengikutinya huu…namun suka akan rancangannya πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 6:53 pm

      suka tang mana ??

      Reply
  10. s2m3r says

    May 23, 2011 at 11:33 am

    ari tu tak sempat tgk
    tak sangka ada rumusan kat sini..thanks…

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 6:55 pm

      ada video dekat youtube rasanya

      Reply
  11. adele says

    May 23, 2011 at 7:18 pm

    mantap mereka ni..tugasan yg diberi bukanlah tugasan yg ringan..huhu..patutlah hasilnya adalah yg terbaik..

    Reply
    • Zik says

      June 7, 2011 at 6:58 pm

      syukurlah…. harapkan kekalkan momentum, semasa dan akan datang…

      Reply
  12. bEe says

    May 24, 2011 at 3:27 pm

    Alamak, tak tahan bila baca tang nape ****** oakai tudung. Reason clash wif bf! WTH……………………….. aiyak!!!

    Reply
    • Zik says

      June 6, 2011 at 1:13 am

      entahler.. semoga Allah buka pintu hati mereka..

      Reply

Trackbacks

  1. Imam muda 2, 2011 minggu ke5 (hendonisme) | Zikri Husaini says:
    May 29, 2011 at 5:51 am

    […] lepas, dimana IM Nazrul tampil kehadapan apabila tuan mudir Imam Hassan ingin mengumumkan penyingkiran pada minggu…, memohon agar bertoleransi dan tidak menyingkirkan ketiga-tiga IM yang berada kedudukan dibawah […]

    Reply
  2. Imam muda 2, 2011 minggu ke5 (hedonisme) | Zikri Husaini says:
    May 29, 2011 at 11:29 pm

    […] lepas, dimana IM Nazrul tampil kehadapan apabila tuan mudir Imam Hassan ingin mengumumkan penyingkiran pada minggu…, memohon agar bertoleransi dan tidak menyingkirkan ketiga-tiga IM yang berada kedudukan dibawah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: