Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Kenapa manusia berperang??

Kenapa manusia berperang??

Zik · May 17, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Mereka yang tak berdosa menjadi mangsa

Peperangan bukan sesuatu yang asing.

Peperangan bukan lagi  sesuatu yang asing bagi kita. Setiap masa, peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara contoh peperangan yang disenaraikan  oleh para pengkaji sejarah  ialah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat.

Peperangan  sudah menjadi  kebiasaan dalam  tamadun kita kerana  ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Ertinya, bukan salah perang. Tapi, niat apa yang menyebabkan berlakunya peperangan itu? Kalau perang itu bertujuan membebaskan sesebuah negara daripada ancaman penjajah yang zalim, bersifat menindas maka perang itu adalah sesuatu hal yang baik dan wajib dilaksanakan. Anda semua setuju??

Teknologi menyebabkan peperangan.

Malah, internet juga tercipta pada asalnya dengan niat tentera Amerika ingin berperang. Lama-kelamaan ia menjadi senjata pasukan Yakjuj Makjuj pasca moden yang mencetuskan fenomena ‘cyber-war’, ‘cyber troopers’, ‘bloggers’ dan laman sesawang yang lain-lain diseluruh dunia ini.

Walaupun begitu, peperangan juga telah membawa satu kebaikan kepada kita, iaitu kemajuan teknologi. Banyak teknologi seperti bom berkuasa tinggi, alat perang seperti kereta kebal, jet pejuang, kapal terbang, dan sistem komunikasi yang lebih baik telah dicipta akibat desakan peperangan.

Teknologi ini tidak semestinya membawa kemusnahan kepada manusia, tetapi dapat juga membantu kita. Sebagai contohnya, teknologi nuklear merupakan teknologi penting dan sistem penjana kuasa elektrik.

Kod Morse yang merupakan sistem telegraf semasa Perang Dunia Kedua banyak membantu menyelamatkan dunia kerana hal ini menyukarkan pihak Pakatan Paksi untuk mentafsir informasi tentera Bersekutu. Selain itu, tanpa terciptanya teknologi perang, nyawa seseorang askar mungkin hanya akan melayang begitu sahaja. Dengan itu, sumbangan peperangan juga amat besar kepada kita.

Persoalannya, adakah peperangan sesuatu perkara yang berbaloi? Berdasarkan kemusnahan yang dibawa melebihi apa-apa yang disumbang, maka peperangan hanya satu pertelingkahan manusia yang bodoh dan kejam.

Maka, ilmu sirah banyak mencatatkan berapa banyak senjata tercipta dan bukannya berapa banyakkah senjata yang telah dibeli. Ini penting sekali. Senjata yang tercipta boleh direkodkan sebagai sejarah, tapi berapa banyakkah senjata itu dibeli, maka hal itu tidak boleh dikatakan sebagai sejarah.

Ini kerana, pembelian senjata bukanlah cerita pertumpahan darah. Ia hanya bakal menumpahkan darah. Mungkin senjata itu tidak sempat lagi digunakan untuk membunuh. Ada senjata yang dibeli dan akhirnya berlaku rampasan ke atasnya dan ada juga senjata yang akhirnya dimuziumkan sebagai bahan pameran sahaja.

Jadi, hal pembelian senjata perang itu bukanlah rekod sejarah. Tapi, bagaimanapun ia boleh dirakamkan untuk berita-berita akhbar yang hari ini dibacakan untuk dilupakan pada keesokan harinya. Itu saja. Sejarah tidak begitu. Ia adalah kenangan sehingga ke hujung nyawa dunia ini untuk dijadikan iktibar kerana setitik darah tertumpah turut dikupas sedalam-dalamnya dengan harapan agar kisah hitam itu tidak berulang.

Penutup.

Kesimpulannya, perperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh tercapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak  kita kehilangan orang yang tersayang  lantaran perbuatan nenek moyang kita yang tidak munasabah itu.  Oleh itu, janganlah kita menghilangkan apa-apa yang masih kita ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itu sendiri kerana sejarah pasti mendewasakan kita.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan kesan berperang, manusia gila kuasa, peperangan, perang dingin, perang mulut, punca manusia berperang

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.