Sekadar gambar hiasan
Ajaran sesat semakin tenat menular dinegara kita.
Dewasa ini, diakhir zaman ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.
Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.
Definisi ajaran sesat.
Ajaran Salah/Sesat: Merupakan sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain.
Latar belakang ajaran sesat.
Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.
Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.
Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jenis-jenis Ajaran Sesat.
Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan (dikatakan beratus-ratus) saya tiada menjumpai jumlah yang tepat mengenai angka ini. Ini adalah diantaranya.
- Nasrul Haq
- Budi Suci
- Al-Watan
- Budi Suci Sejati
- Jawa Faradin
- Silat Sunda Pukulan Ghaib
- Tusuk Hikmat
- Ilmu Kebatinan
- Potong Maya
- Naluri
- Kaula
- Haqqullah Syahadah
- Rampai
- Wali Suci
- Kalimat Sakti
- Silat Pukulan Jarak Jauh
- Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
- Zikir Sha`ban Islam Haq
- Asal Wujud Garis Laksmana
- Al-Ma`zat
- “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
- Ilmu Kebatinan
- Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
- Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
- Kumpulan Ikhwan/al-Mas
- Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
- Mohd Nordin Putih
- Nasrun S.T.Qahar
- Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
- Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
- Wali Sembilan
- Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
- Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
- Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
- Al-Arqam
- Golongan Anti Hadis37.
- Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
- Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
- Ajaran Hj.Kadar Ahmad
- Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
- Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
- Tarikat Mufaridiah
- Ajaran Hassan Anak Rimau
- Tarikat Aurad Ismailiah
- Ajaran Martabat Tujuh
- Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
- Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
- Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
- Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
- Ajaran Mohd Nor Seman
- Ajaran Ayah Pin
- Ajaran Bahai
- Al-Ma`unah
- Ajaran Azhar Wahab
- Ajaran Hj.Banuar
Ciri-ciri ajaran sesat.
Setiap sesuatu mempunyai asas atau ciri-ciri tertentu untuk dikenal pasti. Pengenalan terhadap ciri-ciri sesuatu ajaran membantu kita untuk memahami posisi dan jenis ajaran sesat. Bahkan indikasi ajaran atau fahamannya pula bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Antara ciri-ciri ajaran salah atau sesat ialah:
- Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
- Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya
- Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
- Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
- Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w
- Mempercayai semua ajaran adalah sama
- Mengaku dirinya sebagai wali
- Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat
- Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
dan sebagainya yang boleh ditakrifkan membelakangkan agama Islam.
Penutup.
Kita semua umat islam, perlu berpegang teguh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu menggunakan disiplin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran al-Qur’an perlu merujuk mufassirin. Manakala huraian hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.
Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.Kepada yang sudah tersesat, pulanglah ke pangkal jalan. Sesungguhnya dosa mensyirikkan Allah adalah dosa yang tidak terampun.
Peringatan ini anda semua dan diriku ini sendiri.
Sumber dan diolah disini.
Mohd Firdaus says
assalamualaikum.. sy nk tnya.. di kawasan tmpat tggal sy ada kelas yg agak luar biasa.. iaitu KAJIAN HAQ, ia merupakan ajaran sesat juga ka? ada yg kata tidak dan ada yang kata ya..
Zik says
nanti saya akan tanya pihak MAIJ… dia ada amalan2 yang pelik tak???
zahirman says
bila dah tamat hati kita akan sentiasa myebut ALLAH setiap nafas kita akan meyebut ALLAH xda sebutpn bnda lain.berhentinya nafas kita xdak dah kitani kembalilah kita kpada ALLAH.Al Fatehah utuk paksu….yg tlah kembali kerahmatullah pd 06 dis 2011 telah dsemadikan di kg gertak sanggul
nasrul says
saya ingin tahu di tempt saya ada satu kelas yg mana kelas iaitu kajian haq di adakn pada setip jumaat & sabtu malm hari..cara kelas tersebut agak pelik,..yg mana setip ahli yg masuk perlu di munum segelas air putih..didialm air putih tersebut telah di baca beberapa potong ayt seperti ayat 44,ayat bisa dan kebal sari.. adakh semua nie bertentangan dengan agama?? ..ermm ayat 44 tersebut 1) bangunlah nak, bangunah si bangunan haq’
2) bangunalh kulit jangat sendi selerang ku haq,
3) abngunlah orat rantai semula ajdi ku haq’
4) bangun lah otak benak ku haq’
5) bangunlah si muhamat dalam diri batang tubuhku lahaulawala quwatailla billa
6) maka terdirilah besi qursani dalm diri batang tubuhku lahaulawala quwataillah bila
7) sandal maujud rasullaah s.w.
8) kuhuhun ajimaain alfatehah
9) ilal amri sai’un berbangkit la haulawala quwataillah bilah
10) ya hun kandar sai’un berbangkit lahaulawala quwatailla billah
11) asal ku teguh ilal liput aku dalam hu allah
13) lenyapla aku dlam kalaimah lailla haillah
14) diriku sekali qun hu allah
alah hu allah.. di bawa zikir ini hingga hanyut..senggga nmpk cahaya.. apabila dizikir kn allahu allh..maka guru akn memukul badan anak murid td sekut2nya..menguankn tangan dan juga besi..tetap apa yg sana nmpk ank murid tersebut tiada sebarang luka mahupn lebam walupn sedikit.
ayat bisa
1) asal katijah muahmmad lahir, bisa hidup. bisa mati..upa nan tedong nan bisa, turunlah engkau di besi maha lela. engkau bergalang tanah, akau bergalang bantal, sebab dik aku ajr eangkau pulang kpd allh..roborubukum bismillah.. jika anak murid tersebut menbaca ayt tersebut…bisa dalm badan akn kelur.. & mnolak sebarang kesakitan yg ada pd tubuh badan..seperti bisul,kurap,disengat binatang berbisa.. dan juga mushuh..ia berhasil
ayat kebal sari
1) ahdul jati
2) wahidun jati
3) kun’ jati
4) jati bismillah
5) allhu so’mad
6) astarfirulah..
di baca dengan ayat ini.. aku mendapt kata2 kadim,, bukan aku mendapt kata2 kadin muhammad mendapt kata2 kadim.
aku mendapt kata2 tuhan, bukan aku mendapt kata2 tuhan muhammad mendapt kata2 tuahn
hai besi qursana bangunlah engkau “QAH”
DI BACA AYAT INI TUBUH BADN AKN MENJADI KEBAL ..tiada senjata boleh menembusi badan kecuali haq allah..
begitu lah di terangkn dari seorg teman sy yg telah tamat belajar.. adakh semua ni bertentangn dengan syariaat.?? tempt kelas tersebut di kekek 7,taman indrawasih gurunya bernama paksu din
nasrul says
kebanyakan ustaz2 dari serata negeri telah menpelajari ilmu kajian haq ini..dan ada di antara nya..yg mengajar kuliah.. sy buntu adakh ia berada di jalan yg betul? sbb bnyk org2 alim dan ank muda mempelajarinya.
Badrul says
Dah dapat jawapan ka ilmu ni sesat ke x?kalau ilmu ni benar saya ingin belajar..harap saudara dapat membantu
razi says
kalau nak belajar..jgn belajar dari internet…
cari guru yg nyata…
TokLaut313 says
ok la tu_
dah amik “jalan Balik’ ke belum???
ahmad shukur bin azis says
Assalammualaikum toklaut. sy nak jln berpulang. boleh boleh bg no fon, nnti sy hubungi toklaut. atau hubungi sy, 0133243040
TokLaut313 says
ni memeng ilmu org Sesat_
ilmu org sesat yng nk cari jalan pulang_
org tua dgn Quran Buruk_
onedean says
wahai tok laut313..siapa kah anda hendak menjatuh kan hukum ..sesat ke tidak…itu dengan allah swt…umat muhammad semuanya mengaku islam..cuma nak terima satu sahaja..renung2kan lah…
razi says
memanglah ini ilmu orang sesat…hahaha
untuk orang yg sesat jalan….yg belum jumpa akan kebenaran…
kalau x sesat buat apa belajar…ekekeke…
budak2 kalau x paham bahasa memang suka hentam keromo…tau nak bantai orang jer…
jgn jadi melayu dungu bolehkan.. :p
fakhrul says
lambat pickup la ko ni.. hahaha
nampak sangat x paham kiasan.. 🙂
onedean says
salam nasrul..siapa kah kawan hang tu..dia tinggal dimana..kerja apa..boleh x bagi cont number dia..tq..
zahirman says
ayat 44pn hang salah tulis.mana ada pukui x lebam mana ada kebal.bukan QAH tapi HAQ’kena parangpn tetap brdarah.byk ayat2 tu yg hang salah tulis.mntk maap kalu mynggung perasaan.
razi says
ilmu yg luas hanya dipandag dari sudut dunia…
belajarlah ilmu mengenal diri…bukan ilmu kebal…
yg guru2 pukul2 anak murid tu…adalah untuk memastikan anak muridnya duduk di makam yg betul…bukan kebal yg nak diajar..tp kedudukan diri yg batin…
maaf kalau salah…
tp tolong betulkan niat…tujuan utama belajar ilmu haq..bukan untuk kebal…
tp untuk melepaskan diri…
kero ito says
ayat2 awk smer dngan aper yg sy pelajari
Zik says
Norma kehidupan
mie-G says
saya just nak tnye larh…ilmu makam @ lebih dikenali dgn ilmu sifat 20…benar @ tidak..??bg saya larh kan..jgn terus kite menghukum sesuatu tampa kita siasat berkenan ilmu tesebut…berat hukum nya klu kita trsalah menghukum boleh jatuh fitnah…saya sokong dengan tndakan tuan 2 kerana kami semua ney dpt kenal jnis2 ajaran sesat..tp kita manusia dianugerah satu anugerahkan yang x ternilai harnya iaitu akal..jadi gunalah akal sebaik2nye..
Asrul says
Betul dah tu
kun ta kint ey says
BUGIMAK ANDA… xperlu kot send semua ayat…
bugimak anda juga ilmu tu xde batas baik or buruk semua DIA punya
hidayah says
nak tanya mengenai ajaran di kg seronok p.pinang tue, betul ke keturunannya tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain selain dari keturunan mereka sendiri? saya dengar org di kg itu masih berpegang pada ajaran itu. nak tahu lebih lagi mengenai ajaran itu seperti apa yang mereka amalkan…
Zik says
say tak pernah dengar lagi ajaran seperti ini… mintak kita dijauhkan…
iffah says
assalamualaikum…. saya nk tnya ajaran pengamal akhlak mulia tu sesat ke sbab ada org percaya yng semut tu adalah nenek moyang mereka btul ke?
siti abjad says
salam.. Belajar ilmu haq?? Ilmu apa 2
razi says
saya cuba bantu saudara…jika saudara baru2 nak belajar ilmu2 haq..
tolong cari guru yg nyata yg mursyid dan sampai pada martabatnya..
coz..penerangan kat sini x cukup untuk menjelaskan kesemuanya..takut2 ada yg ambil bulat2 dan mengamalkannya tanpa baiah dan bimbingan…dikuatiri boleh sesat….
apa yg pasti…ilmu haq..adalah ilmu untuk mengenal diri…
‘barang siapa kenal diri maka kenallah akan tuhannya’
belajarlah dari sifir2 dahulu..seperti makam2 nafsu.. rukun islam..rukun iman.. rukun solat…baru belajar ke peringkat lebih tinggi…
asal kejadian…mengenal diri..
kenali sifat2 yg ada dalam diri manusia..terlalu banyk pecahan yg perlu dibuat..jadi berhati2..dalam membuat perkiraan…dan keputusan..
jgn berguru dengan buku mahupun di internet..takut iblis menyelak dan menyesatkan anda dikala anda memerlukan bimbingan..carilah guru sebenar2 guru diluar sana…rajin2lah campur orang surau.. jgn cari jalan singkat..biar lambat asal sampai..
samad says
Askum..razi. Saya juga anak murid arwah pak su din pada tahun 1994. Jadi sudi la kira nya razi hubungi saya di no 013 3567883. Saya berada di K L. T. Ksih.
bib says
slm…….nk bgtau pak su din dh meninggal…mamat yg tulis detail pasai ayat kajian haq tu..ayat dia ada yg slh tulis….kita manusia ada otak ada al quran dan hadis…kalau rs diri x cukup pandai bwk ayat2 tu p kt ustaz ka mufti mana2 atau alim2 ulama yg diiktiraf untuk mencari kesahihan……
samad says
Askum Bib. Apa kabar. Saya ingin hubungi anda. Saya samad anak murid arwah pak su din tahun 1994. Hubungi saya 013 3567883. T.kasih.
bib says
x dak ilmu kebal dlm dunia ni…arwah pak su din ckp “x dak manusia kebal dalam dunia ni nabi muhammad s.a.w pun cedera masa perang dulu”…….sebelum arwah pak su din meninggal dunia dia mengidap sakit lelah…..dia pernah ckp ‘hampa tengok tok guru pun kena pakai oksigen'(sambil ketawa)…..ini bermakna x dak manusia yang kuat atas muka bumi ni…tp sebagai manusia aku kena kena hormat dia sebagai guru…
bib says
sy pun masih mengkaji tentang ilmu kajian haq ni….klau ada bukti ilmu ni sesat bgtau sy….slm
sifat menyembah zat says
Itulah ilmu kekuatan tubuh badan (kursani)..jika nak dikatakan ilmu itu salah,maka salah la penciptaan Nabi Adam A.S.?begitu.?sesetengah orang yg tidak faham akan kejadian diri dan konsep sifat 20 Allah S.W.T amat mudah menjatuhkan hukum ilmu Haq ini syirik..siapa kamu hendak menjatuhkan hukum tersebut.?
robirobikum says
As’salam..kurang tepat ttg iLmu haq..
mee says
Ssh la mcm ne..bljaq ckit nak tnjuk ja kat org..smpan la bek2.n jga ayt2 2 bek x blh ka..kta x mtk izin lg dah tnjuk kat org..mcm ne ka jji kta pda arwah..org len pon bljaq jgk tp x dak la smpai mnunjuk kat org len..dah ayat2 2 pon slah..bg org bca plak..klu slap bca jd yg bkn2 mcm mna…pkiaq dlu sblum bt..dah jd bru nak mnyesai pon x gna
shah says
Walau ape pn ilmu atau amln yg dlakukn smstilh tidk melnggar hukum syariah serta brlndskn hadis & al quran
Zik says
Saya setuju…
seantero says
cari hak pulang sebelum pulang…
dah terang lagi bersuluh…
cari lah aku didalam aku …
aku bersembunyi didalam terang
Pak lang says
Antara ilmu2 sesat ni la yg buat kau hidup sampai sekarang…. Antara ilmu2 sesat ni la yg banyak ajar org jadi displin dalam ugama…. Yg empunya blog ni tulis macam yg haq milik dia… Dia yg tntukan sapa sesat, sapa kafir, sapa benar….
Zik says
Dah sesat, confirm2 sesat.. simpan bodoh lu tuh..
Jemi says
Siapa pengganti Paksu din
Farid ( gertak sanggul) says
Bagi anak2 murid Paksu Din yang tulen bilakah kita boleh mengadakan majlis tahlil untuk arwah Pak su.
shakir says
salam tuan . boleh sy thu di mna asal silat ni ? Dan arwah pksudin dahulunya tggal d mana ? mcm mna sy nak dpt info details tntang silat ni ?? terima kasih .
Saiful says
Jom….Saya setuju. On
saiful says
Assalammualaikum semua,
Ilmu Kajian Haq ini bukan Ilmu sesat. Ianya merupakan Ilmu yang banyak manfaat kepada Sesiapa yang mempelajarinya khususnya dalam mengenali sifat diri sendiri. Saya sendiri sudah mempelajarinya sejak tahun 2006 ketika berusia 20 tahun. Alhamdulillah, kalimah Allah S.WT sentiasa bermain di bibir.
Saiful says
Belajarlah. Tak rugi. Banyak manfaat.
Syarif says
Sy xsmpat bljr ngn pak su..time tu dia da skit da..tp alhamdulillah..sy dpt gk bljar ngn pak hassan..smga kita sllu dlm lindunganNya..
Tok sejati says
Lenyaplah aku dalam kalimah lailahailallah muhamad bergantung pada rasulullah diriku sekali kun ya hun kandar HU ALLAH
BENAR SEMUA DI ATAS CUMA AYAT TAK TER SUSUN SAHAJA