Sekadar gambar hiasan
Ajaran sesat semakin tenat menular dinegara kita.
Dewasa ini, diakhir zaman ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.
Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.
Definisi ajaran sesat.
Ajaran Salah/Sesat: Merupakan sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain.
Latar belakang ajaran sesat.
Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.
Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.
Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jenis-jenis Ajaran Sesat. [Read more…] about Ajaran sesat di malaysia semakin parah