
Drama “Langit Ke Tujuh” adalah sebuah siri televisyen Malaysia yang diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd dan diarahkan oleh Heykal Hanifah. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Zamarul Hisham, Nora Danish, Farahdhiya, Faezah Elai, Chacha Maembong, Nafiz Muaz, dan Datuk Fauziah Nawi. Ia mula disiarkan secara eksklusif di Tonton bermula 23 Januari 2025, setiap Isnin dan Khamis.
Sinopsisnya mengisahkan kisah gelap mengenai ketaasuban terhadap ajaran sesat yang mampu meruntuhkan kehidupan. Drama ini berpusat di sebalik pagar sebuah komuniti terpencil bernama Tanah Surgo, di mana Ayah Abdul, seorang pemimpin karismatik (dilakonkan oleh Zamarul Hisham), membawa pengikutnya ke dalam kepercayaan yang dianggap sebagai jalan menuju syurga. Namun, amalan tersebut penuh dengan manipulasi dan penindasan.
Lebih kurang apa yang berlaku sekarang ini, cuma tak nak sebut nama kumpulan itu kan. Benda masih dalam perbicaraan dan sebagaiya. Cuma dari segi kegiatan ekonomi dia takda dalam cerita ini.
Ayah Abdul mempunyai tiga isteri, Kalsom (Nora Danish), Zainab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai), yang diawasi ketat olehnya. Ketika seorang wanita muda bernama Zahara (Chacha Maembong) datang untuk menjadi isteri keempat, dia mula meragui kesucian ajaran tersebut dan cuba mencari jalan untuk membongkar rahsia gelap yang disembunyikan oleh Ayah Abdul.
Sementara itu, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pulangan ke Tanah Surgo untuk mencari ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), dan mula curiga dengan perubahan sikap ibunya serta keadaan di sekeliling. Drama ini membawa penonton menyelami dunia manipulasi, ketaasuban, dan pengaruh sesat, dengan penuh ketegangan dan emosi, membuka mata tentang bahaya ketaasuban dan ajaran sesat.
Jika anda ingin menonton “Langit Ke Tujuh”, anda boleh melakukannya melalui laman web www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton yang tersedia di Google Play dan App Store.
SENARAI PELAKON DAN WATAK.

Leave a Reply