Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
You are here: Home / Ekonomi / 5 strategi tawan pasaran dan pelanggan

November 19, 2010 by Zik 40 Comments

5 strategi tawan pasaran dan pelanggan

Share this on WhatsApp

hot ILabur.com hot  

hot Bidadari.My hot  

hot Saji.MY hot  

hot Ammboi.com hot

customer, customer always right, decison in customer, how to capture customer heart, to be a market leader, jadi ketua pasaran, tawan hati customer,

Salam sejahtera.

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh dekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan juga pelanggan anda.

Perniagaan datang bersama persaingan. Bagi tandingi persaingan yang sengit, berikut adalah beberapa strategi menawan pasaran dan pelanggan anda!

1. Kualiti tinggi.

Kita sedia maklum, kualiti sesuatu produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tertipu dengan belian mereka.

Bukan setakat itu, khabar (mulut orang) bahawa perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah disebarkan oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati kepada "calon-calon pelanggan" anda.

Tawan pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan bagi jangka masa yang panjang sekiranya kualiti produk dan perkhidmatan anda sentiasa diperbaiki mutunya.

2. Perkhidmatan terbaik.

Pada zaman sekarang ini, pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang sempurna dan cepat. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layan dengan cepat dan sempurna. Sekirnya pelanggan membawa barangan yang rosak ke kedai anda, baiki dengan cepat dan segera. Sekiranya pesaing anda memberikan perkhidmatan penghantaran dalam masa dua hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa sehari.

Permintaan kini menerapkan kecepatan dan jangka masa menjadi faktor utama bagi pelanggan membuat pilihan. Kalau kita tengok sekarang ini, tidak hairanlah restoran-restoran makanan segera (Mcd, KFC, burger king) mendapat permintaan yang tinggi, sebab customer (termasuklah aku) memang tak suka menunggu lama-lama beb!

3. Harga lebih rendah.

Dalam pasaran yang kompetetif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini ialah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberikan produk  dan perkhidmatan pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah bagi memenangi hati pelanggan dari kedai tepi-tepi jalan sehinggalah promosi Air-Asia yang kita tenggok dia punya moto "Now everyone can fly".

4. Beri lebih daripada apa yang disangka.

Memberi apa yang disangka oleh pelanggan anda akan memuaskan hati mereka. Tetapi ingat, memberi lebih jangan sangka akan menggembirakan mereka.

Beri lebih daripada apa yang disangka kepada para pelanggan anda, dan pulangannya ialah pasaran yang lebih luas. Ini kerana pelanggan yang gembira akan berkongsi pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka. Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan lebih ramai pelanggan yang setia.

5. Jadi ketua pasaran (Market leader).

Dengan menjadi ketua pasaran, anda sebenarnya memberi pelbagai kesan yang baik kepada perniagaan anada. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering kali lebih dikenali berbanding pesaingnya.

Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu indusri. Contohnya, Coca cola merupakan ketua pasaran bagi minuman berkabonat, kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasiki pasaran tersebut. Sehingga kini, kalau nak minum air bergas berunsurkan coke/float, mesti ada cakap, eh kau minum coca cola ker? Walaupun air itu adalah pepsi, sarsi cap ayam.

Penutup.

Sekiranya strategi ingin digunakan, ciptalah satu kelainan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza berbanding pesaing sedia ada. Ini akan membuka peluang pernigaan anada kepada pasaran baru dan menjadi ketua pasaran  Strategi yang sukar, tetapi dengan implemtasi yang betul pasti akan dapat menawan pasaran yang besar.

Sumber. IK (irfan khairi, Jutawan internet Malaysia).

More from my site

  • Psikologi HargaPsikologi Harga
  • Cara Menghadapi Persaingan dalam business (perniagaan), Tanpa Menurunkan HargaCara Menghadapi Persaingan dalam business (perniagaan), Tanpa Menurunkan Harga
  • Sampul duit raya kreatif dan unik 2011, korang dah ada??Sampul duit raya kreatif dan unik 2011, korang dah ada??
  • 4 jenis strategi meletakkan harga dalam perniagaan4 jenis strategi meletakkan harga dalam perniagaan
  • Gambar proton iriz di pandu oleh tun dr mahatdhir ke pavilionGambar proton iriz di pandu oleh tun dr mahatdhir ke pavilion
  • Buah kelapa sawit, satu tandan??Buah kelapa sawit, satu tandan??

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Ekonomi Tagged With: 5 strategi tawan pasaran dan pelanggan, cara untuk jadi ketua pasaran, cara untuk menawan hati pelanggan, strategi tawan pelanggan, to be a market leader


Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Comments

  1. intankuterpilih says

    November 19, 2010 at 3:32 pm

    mahal sikit takper...asal kualiti tu baik...

    Reply
    • syahrilhafiz says

      November 19, 2010 at 6:49 pm

      setuju!!!

      Reply
      • RedBoys says

        November 20, 2010 at 7:20 am

        aku pon stuju je.. hehe

        Reply
        • syahrilhafiz says

          November 20, 2010 at 11:26 am

          hehe..
          setuju je..
          ini semua untu kita =)

          Reply
          • RedBoys says

            November 20, 2010 at 1:13 pm

            yolah bro..
            ingat, kita ada kuasa.. "kuasa pengguna".. haha..

            Reply
  2. Jamal Rafaie says

    November 19, 2010 at 4:00 pm

    Terima kasih, ada semangat nak promot barang2 HPA.. Produk Halal Tanggungjawab bersama..

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:28 am

      semangat dah ada... good3..

      Reply
  3. Anwar Osman says

    November 19, 2010 at 4:31 pm

    Lagi satu pilihan yang penting sebagai kriteria memulakan perniagaan ialah Margin untung yang tinggi. Bukan bermaksud margin rendah x boleh untung, tapi sebagai org baru dalam perniagaan, pilihla produk yang mempunyai margin untung yang tinggi dan tawarkan harga mampu milik kepada penggunanya. InsyaAllah, perniagaan kita akan mampu sustain sehingga seterusnya menapak ke tahap maju.

    Pastu baru boleh pelbagaikan produk, termasukla produk yang margin untung rendah dan harga jualan yang murah serta kompetitif.

    Sekadar pandangan peribadi terhadap topik ini. Sekian.

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:29 am

      nak cari barang /stok yang margin tinggi nieh selalunya kena beli dalam kuantiti yang banyak... modal dah la ciput... adoi...

      Reply
  4. syahrilhafiz says

    November 19, 2010 at 6:54 pm

    personal..
    sebenarnya perniagaan melayu kita boleh pergi jauh lagi..
    disebabkan takut bersaing, risiko besar..takut jatuh
    tu la punca utama nak masuk market antarabangsa tak lepas..
    cth bisnes perniagaan Eman Cafe dn seangkatan tu amik peluang cuba dekati pelanggan secara maya bukan direct sales, marketing apa tu..(baru lagi dengaq kata jual dalam internet)..cuba google Longd2u

    Reply
    • RedBoys says

      November 20, 2010 at 7:21 am

      wah2.. penerangan yg panjang lebar tp ada isi yg nak diketengahkan.. bagus2.. stuju..

      Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:30 am

      owh ok nanti aku try google Longd2u tuh..

      Reply
      • syahrilhafiz says

        November 21, 2010 at 10:10 am

        bagus2!

        Reply
  5. donny says

    November 19, 2010 at 10:02 pm

    kualiti memang penting kalau nak beli barang..

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:17 am

      kalau tak ... cepat rosakla jawabnya...

      Reply
  6. dnoBiz says

    November 20, 2010 at 12:43 am

    Menarik Zik 😀
    1/4 modal
    1/4 Rolling
    1/4 back up plan
    1/4 Rolling untuk back up plan
    Ps : Jumlah modal terbaik ialah seminimum mungkin

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:21 am

      owh macam tuh bro buat... nak try modal yang seminimum tuh...

      Reply
  7. akubiomed says

    November 20, 2010 at 12:53 am

    Pendapat saya, pengguna perlu menjadi pengguna yang bijak dengan membuat rujukan kerana produk berkualiti tidak boleh dinilai samada pada harga tinggi dan rendah. Jenama dan tidak berjenama belum tentu dapat menjamin kualiti yang baik. Cuma penggunanya di Malaysia(bukan fakta) suka pada harga murah dan kuantiti yang banyak.

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:22 am

      itu realitinya sekarang nie... mahu tak mahu kena buat homework dulu..sebelum beli barang nie...

      Reply
  8. etomyam says

    November 20, 2010 at 3:52 am

    kualiti memang tidak dinafikan amat penting untuk tarik kesetiaan pengguna 😀

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:26 am

      contoh macam adidas...nike... kualiti tuh..

      Reply
  9. fendidahada says

    November 20, 2010 at 7:34 am

    betul2..tthe power of brand kata orang..macam ubat gigi..rata2 orang ckp pergi beli colgate..bukan beli ubat gigi..huhu...

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:26 am

      aku beli darlie.. hehe..

      Reply
  10. fitri says

    November 20, 2010 at 9:08 am

    bagi banyak free gift..mesti pelanggan suka..hehehe

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:27 am

      banyak sangat pening nanti.....

      Reply
  11. Hadi Rofiee says

    November 20, 2010 at 9:50 am

    Blog Irfan Khairi di antara laman yang menjadi kegemaranku untuk menambah pengetahuan & pengalaman. 😎

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:27 am

      sifuew... tuh..

      Reply
  12. Ali ridha says

    November 20, 2010 at 6:49 pm

    Pc Fair selalu lawan harga.
    telinga aku tak larat nak
    dengar.

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 1:27 am

      pc fair tuh memang.... bila lalu kat tempat internet... cepat2 cabut...

      Reply
  13. Ali ridha says

    November 20, 2010 at 6:51 pm

    paling pelik sekali.
    beli dapur gas.
    kena tambah RM20
    dapat kuali.ikutkan
    harga pasaran kuali tu
    RM40 lebih. :angel: :angel: :angel:

    Reply
    • dnoBiz says

      November 22, 2010 at 12:13 am

      itu teknik nilai tambah tu Bro 😀
      macam yang selalu digunakan oleh KFC atau Mc D,
      dan teknik ni terbukti berkesan,
      dan yang pasti peniaga tu masih lagi mendapat untung dari hasil jualan kuali tu (cuba bayangkan berapa je modal sebenar kuali tu)
      dan lagi satu, untung untuk dapur tu pun sebenarnya dah cukup untuk cover harga kuali tu
      Ps : ni semua kelebihan beli secara pukal (kuantiti yang banyak) dan terus dari kilang :tongue:

      Reply
  14. Ali ridha says

    November 20, 2010 at 10:56 pm

    waktu hujung bulan.gaji masuk.
    anak apa lagi.masa ni la
    nak minta mainan.

    Reply
  15. Ali ridha says

    November 20, 2010 at 10:59 pm

    kualiti barang biar la terjamin.
    ini tidak.jaminan 2 bulan atau satu
    tahun.dah mula buat hal.

    Reply
    • suri says

      November 24, 2010 at 2:00 pm

      hujung bulang mmg dah byk cut nak2 separuh dari gaji suri dah di tolak ke akaun simpanan pendidikan anak2 :whistle:

      Reply
  16. Ali ridha says

    November 20, 2010 at 11:21 pm

    ''sila anda bandingkan dengan harga kami''

    bayar dengan kad kredit kena caj%.

    Reply
  17. Rahsia Buah Pinggang Sihat says

    November 22, 2010 at 1:55 am

    Antara tip lagi untuk menawan hati pelanggan ialah dengan melakukan servis berulang secara percuma.Mesti pelanggan anda suka.

    Tapi pastikan ianya masih lagi memberikan pulangan kepada anda.Pastikan servis ulangan itu tidak melebihi bajet anda.

    Reply
  18. suri says

    November 24, 2010 at 1:59 pm

    kena pandai budget lebih2 yg berkeluarga..suri suka beli ikut kemampuan.yg penting brg tu tak membebankan kita kelak..
    :dizzy:

    Reply

Trackbacks

  1. 5 strategi tawan pasaran dan pelanggan « news@yoys says:
    November 19, 2010 at 4:05 pm

    [...] More: 5 strategi tawan pasaran dan pelanggan [...]

    Reply
  2. Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di Malaysia | zikrihusaini.com says:
    November 20, 2010 at 10:30 pm

    [...] juga cuba mempraktikkan strategi menawan pelanggan dengan harap dapat sales.  Dari psikologi harga rm68 sebulan (macam murah) tapi hampeh!, [...]

    Reply
  3. Dimensi dunia fotografi di malaysia | zikrihusaini.com says:
    November 23, 2010 at 10:33 am

    [...] Kadang-kadang siap ada promotion, beli kamera + kursus. All in one pakcage katanya. Itu satu contoh strategi pemasaran yang menarik. Pastikan ia [...]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Kerja, Guna Microsoft Word. Cantik, Simple & Menarik!
  • 4 Contoh Resume Terbaik Untuk Lepasan SPM, STPM, Fresh Graduate. Ringkas & Lengkap
  • Permohonan MRSM Tingkatan 1, Tingkatan 4 (2019)
  • Permohonan SBP Tingkatan 1, Tingkatan 4 (2019)
  • Berapakah Gaji Minimum (2019) di Malaysia?

Sponsored Links :


 

hotSiapa Cakap Nak Bercuti Macam Neelofa Kena Pakai Duit Banyak Giler?hot

 

 

hotSEMAKAN ONLINEhot

hotPENYATA GAJIhot

 

eBook Google Ads For Newbie: 15 Minit Google Ads!

Buat duit dengan Applikasi Andriod, OIS Jana 10usd sebulan sekurang-kurangnya!!




Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan


Buat Duit Dengan Blog Part1

Ada blog? Buat duit dengan blog denganPOPCASH.NET!!

Promosi barang mudah di LAZADA CEPAT!! 

Jom Shopping ke JD SPORT

Jana Income 4-5 angka Shopee Sebulan!!





 




Recent Posts

  • Live streaming Ulsan Hyundai vs Perak kelayakkan piala afc 19.2.2019
  • Video gol highlights selangor 0-4 pkns liga super 17.2.2019
  • Live streaming selangor vs pkns liga super 17.2.2019
  • Live streaming pknp vs petaling jaya fc 16.2.2019
  • Live streaming kedah vs felda united liga super 16.2.2019

Kategori/Sitemap

Archives

Langgan artikel blog ini ke email anda secara percuma!!

Enter your email address:




Delivered by FeedBurner



Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
Follow

Copyright © 2019 · Generate Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
%d bloggers like this: