• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / CARA KORANG MULAKAN BISNES KEDAI RUNCIT

CARA KORANG MULAKAN BISNES KEDAI RUNCIT

Zik · Jun 16, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

kedai runcit

Kedai runcit ialah kedai yang menjual barangan keperluan runcit seperti makanan dan minuman sama ada makan terus ataupun masak di rumah. Setiap kampung dan taman perumahan akan disediakan dengan premis kedai runcit untuk memudahkan penduduk tempatan membeli barangan dan tidak perlu ke pasaraya yang jauh.

Bagi mereka yang berminat untuk memulakan bisnes kedai runcit, korang perlulah ada kemahiran untuk menarik pelanggan pelanggan anda dengan style tersendiri.  Ini adalah cara untuk memulakan bisnes kedai runcit korang.

Promosi. 

Korang kenalah buat promosi barang di kedai dengan harga yang murah, tapi janganlah buat semua barang. Ia akan menarik minat masyarakat setempat membeli barang di kedai korang dan menjadi lebih suka ke kedai korang.

Korang cuma perlu tetapkan satu minggu atau hari bagi pastikan orang datang membeli produk korang. Keuntungan bukan masalah kerana menjual lebih banyak pun okay dari jual satu produk dengan harga yang mahal.

Iklan. 

Biasanya orang setempat akan tampal iklan bisnes local di surau ataupun kedai lain. Korang boleh gunakan manfaat ini untuk letak iklan barangan korang. Boleh juga bagi upah pada rakan rakan untuk cetak iklan korang di tempat tersebut. Cuma janganlah iklankan tentang kedai korang kerana penduduk dah tahu tentang kedai korang tapi iklankan barangan korang atau promosi untuk menarik minat penduduk beli barang di kedai.

Baucer diskaun. 

Kalau korang share baucer ini di sosial media, lebih ramai pelanggan berminat nak datang ke kedai korang. Mungkin tidak sejauh negeri lain tetapi jika berada di bandar sebelah seperti buka kedai di Damansara, mungkin penduduk dari Petaling Jaya akan datang beli barang di kedai korang dengan baucer itu.

 

Kerjasama badan bukan kerajaan (NGO). 

Korang tak perlulah panggil NGO yang besar-besar. NGO cawangan di kedai korang atau Persatuan penduduk pun sudah cukup untuk korang. Berikan mereka diskaun khas atau penajaan beberapa barangan bagi menarik minat NGO ini mempromosikan kedai runcit korang kepada ahli-ahlinya.

Kalau korang tidak mampu bagi diskaun untuk semua barang, berikan untuk sebahagian sahaja yang boleh menarik mereka pun sudah mencukupi. Contoh NGO yang aktif di Malaysia ialah Penggerak Komuniti Negara, Pemuda Negara dan Nation of Women(NOW).

Diskaun khas pelajar. 

Gunakan idea yang kreatif seperti bagi diskaun khas untuk pelajar-pelajar universiti, kolej ataupun sekolah. Apabila mereka datang membeli sesuatu, mestilah ibubapa mereka akan datang dan ibubapa juga mahu beli barang lain, jadi jualan kedai anda akan meningkat berganda banyaknya. Syarat diskaun khas adalah mesti dibawa oleh pemegang kad itu sendiri.

Semoga dengan cara ini korang dapat luaskan kuasa bisnes kedai runcit korang. Naik dan turun itu sudah biasa dalam alam perniagaan, asalkan kita terus istiqamah dalam kerjaya kita. Kalau korang ada kaedah lain untuk dikongsikan,  boleh tinggalkan di ruang komen.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Usahawan CARA KORANG MULAKAN BISNES KEDAI RUNCIT, cara mulakan bisnes kedai runcit, cara urus perniagaan kedai runcit, strategi tarik pelanggan kedai runcit alaf baru

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: