Salam sejahtera.
Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh dekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan juga pelanggan anda.
Perniagaan datang bersama persaingan. Bagi tandingi persaingan yang sengit, berikut adalah beberapa strategi menawan pasaran dan pelanggan anda!
1. Kualiti tinggi.
Kita sedia maklum, kualiti sesuatu produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tertipu dengan belian mereka.
Bukan setakat itu, khabar (mulut orang) bahawa perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah disebarkan oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati kepada “calon-calon pelanggan” anda.
Tawan pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan bagi jangka masa yang panjang sekiranya kualiti produk dan perkhidmatan anda sentiasa diperbaiki mutunya.
2. Perkhidmatan terbaik.
Pada zaman sekarang ini, pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang sempurna dan cepat. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layan dengan cepat dan sempurna. Sekirnya pelanggan membawa barangan yang rosak ke kedai anda, baiki dengan cepat dan segera. Sekiranya pesaing anda memberikan perkhidmatan penghantaran dalam masa dua hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa sehari.
Permintaan kini menerapkan kecepatan dan jangka masa menjadi faktor utama bagi pelanggan membuat pilihan. Kalau kita tengok sekarang ini, tidak hairanlah restoran-restoran makanan segera (Mcd, KFC, burger king) mendapat permintaan yang tinggi, sebab customer (termasuklah aku) memang tak suka menunggu lama-lama beb!
3. Harga lebih rendah.
Dalam pasaran yang kompetetif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini ialah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
Tawan pengguna dengan memberikan produk dan perkhidmatan pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah bagi memenangi hati pelanggan dari kedai tepi-tepi jalan sehinggalah promosi Air-Asia yang kita tenggok dia punya moto “Now everyone can fly”.
4. Beri lebih daripada apa yang disangka.
Memberi apa yang disangka oleh pelanggan anda akan memuaskan hati mereka. Tetapi ingat, memberi lebih jangan sangka akan menggembirakan mereka.
Beri lebih daripada apa yang disangka kepada para pelanggan anda, dan pulangannya ialah pasaran yang lebih luas. Ini kerana pelanggan yang gembira akan berkongsi pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka. Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan lebih ramai pelanggan yang setia.
5. Jadi ketua pasaran (Market leader).
Dengan menjadi ketua pasaran, anda sebenarnya memberi pelbagai kesan yang baik kepada perniagaan anada. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering kali lebih dikenali berbanding pesaingnya.
Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu indusri. Contohnya, Coca cola merupakan ketua pasaran bagi minuman berkabonat, kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasiki pasaran tersebut. Sehingga kini, kalau nak minum air bergas berunsurkan coke/float, mesti ada cakap, eh kau minum coca cola ker? Walaupun air itu adalah pepsi, sarsi cap ayam.
Penutup.
Sekiranya strategi ingin digunakan, ciptalah satu kelainan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza berbanding pesaing sedia ada. Ini akan membuka peluang pernigaan anada kepada pasaran baru dan menjadi ketua pasaran Strategi yang sukar, tetapi dengan implemtasi yang betul pasti akan dapat menawan pasaran yang besar.
Sumber. IK (irfan khairi, Jutawan internet Malaysia).
mahal sikit takper…asal kualiti tu baik…
setuju!!!
aku pon stuju je.. hehe
hehe..
setuju je..
ini semua untu kita =)
yolah bro..
ingat, kita ada kuasa.. “kuasa pengguna”.. haha..
Terima kasih, ada semangat nak promot barang2 HPA.. Produk Halal Tanggungjawab bersama..
semangat dah ada… good3..
Lagi satu pilihan yang penting sebagai kriteria memulakan perniagaan ialah Margin untung yang tinggi. Bukan bermaksud margin rendah x boleh untung, tapi sebagai org baru dalam perniagaan, pilihla produk yang mempunyai margin untung yang tinggi dan tawarkan harga mampu milik kepada penggunanya. InsyaAllah, perniagaan kita akan mampu sustain sehingga seterusnya menapak ke tahap maju.
Pastu baru boleh pelbagaikan produk, termasukla produk yang margin untung rendah dan harga jualan yang murah serta kompetitif.
Sekadar pandangan peribadi terhadap topik ini. Sekian.
nak cari barang /stok yang margin tinggi nieh selalunya kena beli dalam kuantiti yang banyak… modal dah la ciput… adoi…
personal..
sebenarnya perniagaan melayu kita boleh pergi jauh lagi..
disebabkan takut bersaing, risiko besar..takut jatuh
tu la punca utama nak masuk market antarabangsa tak lepas..
cth bisnes perniagaan Eman Cafe dn seangkatan tu amik peluang cuba dekati pelanggan secara maya bukan direct sales, marketing apa tu..(baru lagi dengaq kata jual dalam internet)..cuba google Longd2u
wah2.. penerangan yg panjang lebar tp ada isi yg nak diketengahkan.. bagus2.. stuju..
owh ok nanti aku try google Longd2u tuh..
bagus2!
kualiti memang penting kalau nak beli barang..
kalau tak … cepat rosakla jawabnya…
Menarik Zik 😀
1/4 modal
1/4 Rolling
1/4 back up plan
1/4 Rolling untuk back up plan
Ps : Jumlah modal terbaik ialah seminimum mungkin
owh macam tuh bro buat… nak try modal yang seminimum tuh…
Pendapat saya, pengguna perlu menjadi pengguna yang bijak dengan membuat rujukan kerana produk berkualiti tidak boleh dinilai samada pada harga tinggi dan rendah. Jenama dan tidak berjenama belum tentu dapat menjamin kualiti yang baik. Cuma penggunanya di Malaysia(bukan fakta) suka pada harga murah dan kuantiti yang banyak.
itu realitinya sekarang nie… mahu tak mahu kena buat homework dulu..sebelum beli barang nie…
betul2..tthe power of brand kata orang..macam ubat gigi..rata2 orang ckp pergi beli colgate..bukan beli ubat gigi..huhu…
aku beli darlie.. hehe..
bagi banyak free gift..mesti pelanggan suka..hehehe
banyak sangat pening nanti…..
Blog Irfan Khairi di antara laman yang menjadi kegemaranku untuk menambah pengetahuan & pengalaman. 😎
sifuew… tuh..
Pc Fair selalu lawan harga.
telinga aku tak larat nak
dengar.
pc fair tuh memang…. bila lalu kat tempat internet… cepat2 cabut…
paling pelik sekali.
beli dapur gas.
kena tambah RM20
dapat kuali.ikutkan
harga pasaran kuali tu
RM40 lebih. :angel: :angel: :angel:
itu teknik nilai tambah tu Bro 😀
macam yang selalu digunakan oleh KFC atau Mc D,
dan teknik ni terbukti berkesan,
dan yang pasti peniaga tu masih lagi mendapat untung dari hasil jualan kuali tu (cuba bayangkan berapa je modal sebenar kuali tu)
dan lagi satu, untung untuk dapur tu pun sebenarnya dah cukup untuk cover harga kuali tu
Ps : ni semua kelebihan beli secara pukal (kuantiti yang banyak) dan terus dari kilang :tongue:
waktu hujung bulan.gaji masuk.
anak apa lagi.masa ni la
nak minta mainan.
kualiti barang biar la terjamin.
ini tidak.jaminan 2 bulan atau satu
tahun.dah mula buat hal.
hujung bulang mmg dah byk cut nak2 separuh dari gaji suri dah di tolak ke akaun simpanan pendidikan anak2 :whistle:
”sila anda bandingkan dengan harga kami”
bayar dengan kad kredit kena caj%.
contoh macam adidas…nike… kualiti tuh..
Antara tip lagi untuk menawan hati pelanggan ialah dengan melakukan servis berulang secara percuma.Mesti pelanggan anda suka.
Tapi pastikan ianya masih lagi memberikan pulangan kepada anda.Pastikan servis ulangan itu tidak melebihi bajet anda.
kena pandai budget lebih2 yg berkeluarga..suri suka beli ikut kemampuan.yg penting brg tu tak membebankan kita kelak..
:dizzy: