Bila cerita macam nih, semua orang pening kepala, risau pun ada. Itu ini nak bayar. Loanlah, rumahlah, kereta, motor, anak-anak, isteri dan macam-macam lagilah. Kita selaku manusia memang tidak akan lari dari masalah kewangan kalau tidak diuruskan dengan bijaksana. Sebab tuh korang kena buat satu formula dan fikir cari jalan. Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja. Baru je yang lepas aku ada cerita ramalan ekonomi malaysia 2017. Menakutkan, takda apa yang perlu kita takut sebenarnya.
Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri. Korang tengah cari tip nak jimatkan duit?
Tips1 : Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Anda pernah kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (sarapan, tengahari, minum petang dan makan malam?
Ramai yang mengaduh. Masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih kuranglah RM30 – RM50 sehari). Ikut tempat dan korang punya bajet berapa. Haha…
So kita sekarang berdepan dengan realiti. Harga makanan dah semakin mahal.
Penyelesaian.
Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja. Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul? Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.
Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Seronok bukan? Yang menjadi penghalang ialah kita sendiri yang pandai ke tak pandai nak masak nih? Tak pandai, kena belajar, korang boleh google dan tengok apa menu yang berkhasiat dan apa-apa menu masakan yang korang boleh rotate dalam seminggu kita bekerja tuh, sekali sekala tukarla menu tuh. Takkan nak setiap hari korang nak balun kari jer. Tekak pun nak merasa jugak makanan lain.
Kalau dah kahwin bagi lelaki, mungkin sudah selamat contohnya penulis ini sendiri. Memang banyak jimat banyak. Yela orang rumah aku tak bekerja. So aku yang kena struggle banyak sekarang ini.
Tip 2: Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.
Ini memang aku dah selalu tekankan, sebelum ini. Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.Tak semua orang suka simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota. Dan tak perlu terkejut. Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita. Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya?
Dah cuba jumlahkan kos ini? Berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.
Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”. Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah. Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.
Senang je. Korang boleh download appliasi dari google play, apple store ada beratus aplikasi smartphone yang membantu uruskan hal ini secara efisyen. Bm punya ada, english pun ada. Masukkan jer amount yang korang dah belanja tuh. Dia dah bagi siap-siap semua statistik pun ada punya. Macam-macam apps ada .
Tip 3: Jenama tak terlalu penting.
Mari kita kaji dan kira. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan ini setiap bulan?Kalau nak buat perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan.
Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos ekstra untuk jenama yang terkenal. Bayangkan. Berapa banyak boleh kita jimatkan apabila membeli barangan isi rumah yang tak berjenama?
Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah. Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama. Bukan setakat boleh buat kerja rumah macam biasa. Malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.
Tip 4: Latih diri menahan nafsu berbelanja.
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot. Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.
Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit. Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.
Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli. Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.
Tip 5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.
Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.
Antara contoh yang boleh kita buat seperti:
- Kurangkan/ tak payah (lagi bagus) melepak kat luar pada hujung minggu,
- Tak perlu pergi pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar, (download jer, hehe) mampus rugi pasaran tempatan.
- kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.
Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh. Beri perhatian kat perkara seperti keahlian gym, astrolah, pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.
Kalau tak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar. Fikir untuk masa depan kita bro. Jangan nak loyalty sangat.
Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik. Kita tengok orang yang terkaya macam warrent buffet, memang dia kaya, tapi jimat dia tahap kedekutnya mengalahkan haji bakhil. Semua apa yang dia jimat, ada sebabnya.
Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif. Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri korang sendiri, bukan orang lain.
Ada lagi bersambung…
Movie Marvel atau DC macam terpanggil jugak nak pegi tengok wayang haha… sebab layan special effect kat skrin besaq lagi puaih hati huhu….
tahun 2017 ni akan lebih mencabar…gst bagai dan barang semua naik…rakyat semakin tercekik!!
Saya sudah lama bawa bekal dan pastikan sarapan dirumah sebelum keluar pergi kerja. Naik motor dan tidak naik kereta.