• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / PANDUAN/STRATEGI BUKA KEDAI RUNCIT SENDIRI

PANDUAN/STRATEGI BUKA KEDAI RUNCIT SENDIRI

Zik · Jun 19, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

kedai , kedai sendiri,

Buka kedai runcit ianya memang boleh dikatakan satu cabaran dan impian bagi mereka yang berminat menceburi dalam bidang perniagaan yang lebih berskala kecil sederhana dan besar. Bergantung kepada modal dan juga strategi kita. Sebab itu ada perlu ilmu untuk kita pelajari. 

Banyak cabaran yang korang kena tempuhi. Macam-macam isu kadang-kadang nak kena hadapi. Apepun ianya satu pengalaman dan satu peluang yang bagus untuk kita ceburi kalau benar-benar mahu pergi jauh. Cuma kena tahu bagaimana untuk buka kedai sendiri. Besar atau kecil perniagaan anda, kelebihan tetap ada.

 

Ini adalah strategi bagaimana untuk membuka kedai runcit sendiri.

 

  1. MODAL

Soalnya, berapa kos modal untuk membuka kedai runcit Ketika mula berniaga? Sebagai hipotesis yang ringkas, jika besar sesebuah perniagaan maka semakin besar modal yang dikeluarkan. Samalah juga konsepnya dengan bisnes kedai runcit ini.

 

Kalau nak buat anggaran untuk berapa jumlah modal membuka kedai runcit, ia bergantung kepada saiz perniagaan. Korang boleh mula dengan modal sebanyak RM10K kalau sekadar nak buka kedai runcit kecil kecilan untuk berniaga dari rumah. Boleh bermula secara kecil kecilan dengan menjual barangan asas sahaja.

 

Namun, berniaga kedai runcit secara kecil kecilan dari sebuah premis akan menjadikan anggaran modal tadi bertambah. Untuk tahun 2020, rasanya anggaran modal terendah yang bersesuaian untuk membuka kedai runcit di dalam premis adalah dalam sekitar RM30K.

 

  1. FOKUS DALAM MEMBUKA KEDAI RUNCIT

Antara perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin membuka kedai runcit adalah;

  • Lokasi
  • Senarai barangan yang dijual
  • Pembekal untuk berurusan
  • Tenaga kerja
  • Kos eletrik dan air
  • Kos sewa kedai

 

  1. KEHENDAK PELANGGAN

Kita perlu ada cara untuk mengambil hati pelanggan. Ia bergantung kepada kelebihan yang ada pada kedai runcit itu sendiri. Kita sebagai peniaga perlu tahu golongan manakah bakal pelanggan yang disasarkan, bergantung kepada lokasi premis itu sendiri.

 

Selesai mengenalpasti bakal pelanggan, jadi anda boleh menyediakan perkhidmatan yang sesuai dalam kedai anda. Contohnya servis top up, bayar bil online, penghantaran tong gas, penghantaran makanan dan lain lain.

 

  1. CHECKLIST KESEMUA BARANGAN

Penyenaraian suatu barangan yang perlu dijual di kedai runcit adalah perlu bagi setiap peniaga. Seorang peniaga perlulah menyenaraikan barangan yang wajib dijual.

Contoh barangan wajib dijual di kedai runcit ialah;

  • Gula
  • Garam
  • Telur
  • Minyak masak
  • Roti/biskut
  • Bahan asas minuman seperti milo, teh, kopi
  • Tepung

 

  1. MARGIN KEUNTUNGAN

Untuk pengetahuan, margin ataupun peritus anggaran untuk perniagaan kedai runcit tidaklah tinggi mana. Biasaya keuntungan untuk setiap barangan adalah dalam 50 sen ke atas sahaja untuk setiap satu barang yang berjaya dijual.

 

Tips untuk margin keuntungan untuk perniagaan kedai runcit adalah;

  • Lihat kos harga modal dan tambah margin(dalam 20%)
  • Survey harga barangan di kedai runcit yang berhampiran
  • Tanya Pembekal tentang retail recommended price
  • Margin bergantung kepada produk terutamanya yang ada harga kawalan

 

  1. PENGAMALAN BELI STOK SECARA CASH

Ada juga peniaga yang suka cara berhutang dengan supplier untuk tambah stok. Namun, cara begini boleh memberi masalah. Rahsia bisnes kedai runcit untuk kekal lama adalah dengan membeli stok dengan cara tunai dan Setiap barangan yang diambil hendaklah dibayar dengan tunai juga.

 

Itu sajalah perkongsian tentang strategi bisnes kedai runcit berskala kecil dan sederhana. Biasanya peruncit menggunakan cara menerima wang Cuma kena ada pengurusan akaun yang baik. Perlu juga fikir gaji dan cuti pekerja.

 

Sebelum membuat keputusan membuka kedai, perlulah belajar ilmu bisnes dari mereka yang berpengalaman. Buka satu kedai dan kembangkan secara sistematik. Berkat kesungguhan dan rancangan yang baik, insyaAllah ada rezeki membuka cawangan kedai runcit secara francais nanti. 

 

Kiriman

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Usahawan anggaran kasar nak buka kedai runcit, kos kasar nak buka kedai runcit, panduan buka kedai runcit, strategi buka kedai runcit

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: