Sumber gambar dari sini.
Salam sejahtera.
Buah pala merupakan satu buah yang agak asing jika kita tak ketahui ada dia punya kebaikannya dalam kesihatan seharian. Ya, kita tahu, buah pala ada juga dibuat jeruk, dan juga sebagai pemanis mulut dikala menonton televisyen ataupun diwaktu lapang. Ia juga merupakan buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan.
Nama betul buah pala.
Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans
Melegakan Kembung Perut,
Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut ubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.
Caranya ialah dengan mengambil daunnya atau buah pala yang telah ditumbuk halus kemudian direbus separuh setengah cawan, kemudian airnya diminum.
Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.
Kebaikan yang lain-lain.
- Kandungan zat buah pala adalah zat kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat.
- Baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.
- Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm. Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.
- Air rebusan yang sama boleh digunakan sebagai julap untuk mencuci perut. Selain daun dan buahnya, air rebusan biji buah pala yang telah ditumbuk halus juga boleh diminum untuk mengubati penyakit tersebut.
- Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur.
- Sabun pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau seriawan mulut.
Tetapi ingat, buah pala ini dimakan jangan terlalu banyak, (cukuplah memadai secukup rasa) kerana mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut.
Sumber disini.
Buah pala sebenarnya dapat nama dari kepala. Pala tu singkatan dari perkataan kepala. Namanya diambil kerana khasiatnya yang sering menyembuhkan sakit kepala. :w00t:
hahaha..
macam macam la kau ni bro
Haha tu la pasal.. memang belum disahgkan lagi kesahihannya.
ada logiknya tu, aku sokong
xtau plak khasiat buah pala ni..
nama “ubat salap” pun baru gue dengar..
heheee
merangsang nafsu syahwat? haha…kalau orang tau nie, banyak la syarikat yang akan ekstrak dan dicampurkan kedalam kopi…hehe
Hahaha,betul tu.Tambah lagi satu jenama kopi untuk tenaga batin.
hehe aku biase amkan ni time raya π
Terkini : Mati Dipijak Gajah
lama x makan buah pala..mm sedap. dan memang berkhasihat..
teringat time pergi penang hari tu,semua orang pun nak kirim buah pala..
tak berapa minat sgt hee..kekadang makan pahit huhu..klu manis makn lagi..pahit buang terus huuu..
sungguh byk manfaatnya.. :cheerful:
uiii..tengok gambar atas tru je dah buatkan aku kecor…sedap buah pala nie..aku suka..
huhu pernah buat jeruk buah pala ni..memang sodap.. :biggrin:
Kalau makan buah pala jeruk tu ada khasiat juga ke?
jeruk pala tu dapat menghilangkan buah pinggang π
Den tak berapa gemar buah palo ,tapi kalau salap palo tue ok.Selalu poning2 sapu kek kepalo
buah apa ni?? x pernah lihat pun….
banyak khasiat rupanya buah pala ni.
dulu selalu makan tapi tak gemar sangat.
sekarang ni kena gemarkan la nampaknya hehe
salam..
rasanya zaman dulu..buah pala
ini sebahagian daripada yang
di kategorikan sebagai rempah
dan diperdagangkan di sini..
Suka makan jeruk buah pala tapi tak suka minyak angin buah pala kerana pijau
minyak angin? yang balm tiger tu ke :ninja:
selalu juga makan buah palabila abg ipar turun Penang..sekali beli sekilo bagi kat sedara mara π
jeruk pala pernah makan..buah pala real punyer tak pernah lagi..=)
owh…camtu rupanya….kalau tau khasiatnya dah lama aku mkn byk. huhuhu…:)
pasni blh borong kat pasar kat tepi jln hee :face:
komen paling best!
kalau makan banyak, dapat pahala lagi banyak π
tak suka jeruk buah pala w/pun kawan2 selalu bawa pulang dari p.pinang
aku tak minat makan buah pala ni..jeruknya lagilah aku tak suka
Saya suka makan jeruk buah pala sebab sedap, apatah lagi kalau dapat free bila sepupu yang dok kat penang balik kampung. Selama ni tak kisah pun tentang khasiat ke apa, main kunyah telan jer… :tongue:
Huh, banyak juga khasiatnya. Memang sedap kalau makan jeruk buah pala. :happy:
Jeruk buah pala sedap di makan. Dulu2 amat popular.. Skrg mcm payah nak cari. Kalau ada pun, tak sesedap dulu. Maybe sebab pakai mesin.. π Tak sangka byk khasiatnya lak. Kalau tahu, aku bedal byk2 time budak2 dulu…
Hoho.. buah pala memang saya tak boleh makan walaupun ada khasiat. sebabnya saya ada asthma. lagipun buah pala bukan jeruk kegemaran saya. hehe..
klu mak kt melaka suka masak lemak..masuk dlm kuah heee π
bnyk khasiat jgk. nice . tq berkongsi π
:heart:
Mengingatkan saya pd pulau mutiara…
lama aku tak makan buah pala.
ada masa nak pegi beli la.
sedap buah pala.ayah aku suka
jeruk.
rumah i ade buah pala. π
salam kwn smua..mmg benar pun buah pala ni bkn semua yg suka memkn nya..org dlm ngri p.pinang pun xsemua yg suka..walaupun mreka tau khasiatnya ..tp saya xkira tu smua.saya merekacipta jus buah pala mmm sedap..!!saya buat 2jenis adajus saya reka taruh biji/bunganya..ada jus saya reka tanpa biji/bunganya..cara mmbuat jus saya belajr dr MARDI ..alhamdulillah..saya bersyukur sgt2 rekaan saya brhasil saya pasarkn disekitar utara..agen saya mghntar kwsn seltn..cubala rasa jus buah pala saya..rasaknla keenknnya..!!!!!ada agen dtg mghntar botol/stiker nya sndiri/saya cuma mngisikn saja..(k.kretif)..dn saya rohani mh enterprise dari balik pulau,penang.(0174304698) ok byeeeeee