Sedapnya makan fresh-fresh (erkk??)
Lebih kurang namanya dipanggil rumpai laut(sea weeds) , atau dikenali sebagai Rumput laut jenis Alga Coklat (Phaeophyceae) yang dapat digunakan untuk bahan dalam pembuatan ais krim, pengolahan tekstil dan fabrik farmasi.
Ramai orang sudah mula menggemari makanan rumpai laut yang mempunyai manfaat ini dan mula mengusahakannya dengan secara komersial, kerana mempunyai banyak khasiat dan manfaatnya kepada ekonomi negara. Indonesia negara jiran kita, sudah mula melangkah kehadapan dalam industri ini.
Asal usul bagaimana diperkenalkan.
Rumput laut telah ditemui pertama kali oleh bangsa Cina kira – kira tahun 2700 SM. Pada saat itu rumput laut banyak digunakan untuk tujuan sayu-sayuran dan ubat -ubatan. Pada tahun 65 SM, bangsa Romawi memanfaatkannya sebagai bahan asas kosmetik. Namun dengan perkembangan waktu, pengetahuan tentang rumput lautpun semakin berkembang. Sepanyol, Perancis, dan Inggeris menjadikan rumput laut sebagai bahan asas dalam pembuatan gelas.
Melalui cerita sejarah yang lalu, kegunaan rumput laut di Indonesia tidak ramai yang ambil tahu. Hanya pada waktu bangsa Portugis datang ke Indonesia sekitar tahun 1292, rumput laut telah dimanfaatkan sebagai sayuran. Ketika sebelum perang dunia ke – 2, tercatat bahawa Indonesia telah mengeksport rumput laut ke Amerika Serikat, Denmark, dan Perancis.
Ia dilihat sebagai nadi ekonomi dan menjadi satu seperti keperluan. Pada masa itu, di malaysia (tanah melayu ketika itu) giat memperdagangkan barangan rempah ratus yang bertujuan untuk memanaskan badan ketika musim sejuk.
Sushi disaluti seaweed!
Namun, hari ini jepun dikatakan mempunyai pelbagai produk dan mengusahakan secara komersial dengan meluas. Kebannyakkan rumput laut ini digunakan untuk menyediakan makanan dalam sushi, duk membungkus nasi. Sedap tuh!
Manfaat rumput laut bagi tubuh :
- Menggurangkan risiko terkena penyakit kanser payudara.
- Menghambat pertumbuhan sel – sel kanser secara efektif.
- Antioksidan Klorofil pada gangang laut hijau dapat berfungsi sebagai antioksidan. Zat ini membantu membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas yang sangat berbahaya bagi tubuh.
- Mencegah Kardiovaskular Para Ilmuwan Jepun merumuskan, ekstrak rumput laut dapat menurunkan tekanan darah pada penghidap penyakit hipertensi. Bagi pengidap stroke, mengambil ekstrak rumput laut juga sangat digalakkan kerana dapat menyerap kelebihan garam pada tubuh.
- Makanan Diet. Kandungan serat (dietary fiber) pada rumput laut sangat tinggi. Serat ini bersifat mengenyangkan dan memperlancarkan proses metabolisme tubuh sehingga sangat baik dihadam oleh penderita obesitas. Karbohidratnya juga sukar dicerna sehingga anda akan merasa kenyang lebih lama tanpa merasa dituh dah macam gemuk.
Kandungan yang bermanfaat dari rumput laut :
- Magnesium
- Serat
- Kalsium
- 4. Kalori
- Iodine
- Zat Besi
- Seng
- Protein
- Vitamin B 12
Tips memilih rumput laut :
Secara asasnya pilih rumput laut yang terlihat segar dan bentuknya utuh(tak layu lah)Â dan tidak terpecah seperti serpihan atau menjadi satu potongan – potongan yang kecil.
Akan datang , produk-produk popular rumput laut di pasaran hari ini. (berapa banyak akan datang da??, yang lama-lama pun tak siap lagi.)
Sumber :
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
chot@trainingforce says
Info yang bagus,banyak khasiat rumput laut ne yer!!!mak aku selalu buat agar-agar time bulan pose !!
Zik says
owh buat agar2… sedap tuh…
tengkorak emas says
kalau aku balik kg sarawak, rumpai laut ni memang sayur pilihan, sedap, lebih kurg macam makan bihun je
Zik says
aku biasa makan yang dah diproses jadi seaweed jer.. huhu..
iza says
Salam..
Agar2 yg kita selalu mkn tu kalau tak silap asal dari lumut laut kan? Rasanya, cikgu bagitau macam tu la dulu…
Benda tu sama spesis dgn benda ni tak? Cuba tgk kat sini…
Siapa Yang Pernah Jumpa Benda Ini
Zik says
tak samalah kak… itu lain tuh..
iza says
Owh…ya ka?
Thoha says
banyak manfaat rumput laut ni ye yang kita tak tahu..
Zik says
sedap nih.. kalau rasa.. cuma ada segelintir yang tak biasa.. katanya tak sedap.. huhu
adele says
kadang2 benda yg kita geli nak makan tu lah yg sedap bila dcmpur dlm mknan.. 😀
Zik says
yosh… tak terperasan.. bila discover… erk..
Miss Tira says
Rasa macam eewww je bila tengok rumpai air sebenar. Tapi sushi tu buat Tira lapar pulak. Hehehe.
Zik says
makan jugak ker sushi tuh..
Anip says
banyak juga kelebihan makan rumput laut nie, selalu org ltk kt shushi yer.. aku x reti makan shushi, asyik nak muntah jer. bwahahahha
Zik says
makan sea weed jer pun ok… nyum2
yakboktam says
ini kalau makan cicoh dengan budu sedap ni haha
Zik says
tak pernah pulak mencubanya.. huhu
Pemerhati Dunia says
Kawan saya pernah beri rasa makan rumput laut yang dikeringkan, tapi saya tidak dapat telan, rasanya pelik…
Pemerhati Dunia says
Kawan saya pernah beri rasa makan rumput laut yang dikeringkan, tapi saya tidak dapat telan, rasanya pelik… :sick:
Zik says
rasa pelik.. pahit ker??
bualai says
sy klu yg dah dproses memang tak suka….bau semacam. Tapi klu yg fresh….makan cam ulam jak….tak bau langsung…
Sabahan Bloggers Club says
Kalau kat semenanjung ni, mana nak cari rumpai laut ye?
Ikan laut pun takde yang segar…. 🙁
Zik says
ada banyak sebenarnya.. dekat tesco…
Lee says
rasenye aku penah telan bende ni…mmg best..
byk juga sbnrnya khasiat die ye..
tq bro zik, nice share!! 🙂
Zik says
sedap… memang sedap… makan begitu jer pun dah ok..
cascd says
suka makan rumput laut yang ‘kriuk2’ tu..tapi sgt sdikit..
nak mkan bnyak tapi mahal pulak… :cwy:
Zik says
boleh tahan harga dia tuh…. dapat rasa sikit pun jadilah kan.. huhu
johan syah says
saya pembekal d kawasan semporna ingin mencari pembeli sekiranya anda berminat sila hubungi no hp13-8869207,013-8738154 tq….
etomyam says
wow Sushi, terus teringat masa buat part time khoje Sushi King masa zaman belajar dulu2 😀
Zik says
owh yeker… banyak pengalaman nih…
tehr says
sebagai bahan asas pembuatan gelas?
boleh keras ke ni?
memang sedap makan benda ni
Zik says
boleh , bahan asas dia kira jadi bahan campuran…
eastbullet says
budak cina sekolah aku dulu makan rumput laut ni macam makan keropok je.. boleh plak offer kat aku… air telan sikit je pun dah rasa payau..
Zik says
yeker… aku mula2 pun macam tuh… tapi sekarang nie layan macam keropok… layan…
Bro Ery says
Agak geli geleman jugak tengok keadaan rumpai air yang sebenar. Tapi memandangkan khasiat dia yang begitu tinggi dapat permintaan yg byk. Bro makan sayur biasa je dah cukup laa. Ahahaha~
Zik says
sayur biasa pun ok… lagi banyak khasiat dia.. yehaa..
ciksembang says
kat malaysia ni ada ke jual sayur seaweed kat pasar.. ke kat pasaraya je.. nak tanya tengkorak emas.. nak masak apa sedap utk seaweed ni..
Zik says
kat pasaraya banyak kak… kat pasar.. jarang2 ada….biasa buat makan gituer jer…hehe..
saiful says
dekat tesco ada seaweed ni tapi tak pernah beli pun.Tak tahu khasiatnya sebelumni.Lepasni bolehla cuba2 makan.
Zik says
try2la… sekali sekala…
yoy says
em ni boleh wat niaga ni..hasilkan produk ngan rumpai laut..
Zik says
memang boleh sangat.. kalau kena caranya.. huhu
sw33tdarling says
i loike sushi sbb ada rumput tu…!!
Zik says
samalah.. kalau tak lain rasanya.. huhu
aktechpage.com says
Kat Pasaraya Malaysia ni ade jual ko Rumpai Laut ni??
ps: banner blog demo ado dh kt blog kawe, check it out … 😀
Zik says
ada bro… terima kasih bro… diatas banner..
decrewz says
Jai xpernah tengok depan mata (dlam tv pernah la).. Makan lagilah x pernah..hu3
Zik says
yeker….. erm… rasanya mendalah nie familiar…
decrewz says
Familiar? Mungkin jai terlepas pandang atau buat2 x pandang..hu3.
MDHAFiZ.NET says
info baru nih.. alhamdulillah..dpt ilmu yg baru….
tp x minat makan benda nih.. rasa nak muntah aku…bila adik aku beri aku sea weed tu yg keping punya.. 🙂
Zik says
mula2 aku pun macam tuh jugak… sekarang memang suka.. makan bendalah ni..
bualai says
makan yang fresh baru sedap……makan ngan iair ikan masak perah limau n letak cili api….sedap…..gerenti punya…nyam3
Ezany-Kun says
kat mane ade jual rumput laut ni.. mcm susah jer nak cari..
Zik says
ada senang sangat bro kat tesco ada…
syahrilhafiz says
banyak khasiat tuh..
makan jangan tak makan..
Zik says
lama tak makan mendalah nie….
Saya Laa Dia says
Assalamu’alaikum wbt..
Macam ni, kat Sabah banyak kan? Kat semporna.
Sebelum makang tu kena basuh dengan air panas kejap.
Keluarga saya makan je macam ni. Potong kecil-kecil, campur dengan tomato, halia, kicap, lada dan makan macam tu aja.
Oya, Pak Cik saya sendiri ada ‘menanam’ rumpai laut ni.
MashaAllah, rasa best je bila dah ‘musim’ menuai. ‘Tuai’ kat lautlah.
Masa memula nak ‘tanam’ tu pun best. Tapi perlukan kesabaran.
🙂
Zik says
owh yeker… sungguh tak sangka ya… bagus tuh…
fitri says
tak pernah makan le rumput laut..sedap ke?huhu
Zik says
sedap… tapi ada juga yang kata tak sedap… entahla.. lidah orang lain2.. huhu
Mus says
kat sabah ni banyak barang ni bro…
slimdiet2 says
info yang menarik. masa fresh tu geli je tgk. tapi bila dah jadi makanan sedap je
Ladfe Amir says
belum berkesempatan merasa dan menemuinya. mungkin boleh ..bila bercuti di sabah nanti kot.
tapi not sure lah..nak makan ke tak..
mancai says
untuk yang tinggal tepi laun elok buat bisnes ni…
Adam says
Asamualikum bro,lu betul nak rase ke?senag je,lu call je 014-7383604,diani ada sedikan es -campur rumput blaut.best gile boleh buat lidah bergoyang bro,rumput lau pun dia ada jual.
rinka Ari says
Baru baru ni akak berkesempatan beli yg kering kat Pasar Tawau. Nak Buat kerabu mcamana??