Salam semua.
Nampak mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir sekali lagi membantah tindakan kerajaan untuk membina jambatan separuh ke langkawi.
Komen Tun Dr Mahadthir.
Merosakkan keindahan semula jadi pulau langkawi.Kemungkinan besar memang betul, biasalah manusia akan rakus,
Kesesakan jalan lalu lintas. (dah kerja polis traffik kena kerja sanalah pulak).
Sebenarnya memang ada pro dan cons mengenai pembinaan jambatan ini, tapi ada beberapa point yang boleh kita fikirkan.
Rasional kepada pembangunan negara.
Pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Pembinaan jambatan separuh, menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.
Projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.
Disamping jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit.
Peluang pekerjaan. Since negara kita memang ramai penganggur, tak tahu berapa jumlah penganggur di negara kita.
Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.
Keburukan lain.
Ekosistem langkawi terjejas. Biasalah manusia yang rakus, akan membuang sisa bahan binaan ke dalam laut. Haiyo, mana boleh itu macam.
Masalah penyuludupan yang sukar dikawal. Pulau langkawi yang bebas cukai menjadikan sindiket-sindeket cuba membawa masuk barang-barang yang dikawal, untuk mengaut keuntungan yang besar.Mahu elak cukai le tuh. Tapi memang dah ada pun, sekarang nie, bila dah ada jambatan, lagilah menjadi-jadi.
Anda ada perkara yang lain ingin dibincangkan. Setuju ke tak? Vote dulu kat atas. Namun projek ini masih lagi dalam peringkat cadangan. Mungkin ada banyak perkara akan dinilai secara halus. Fikir betul-betul.
Pembangunan memang sangat penting, tetapi bila tengok manusia yang sangat rakus untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesannnya kepada ekosistem dan juga penduduk setempat, ia tidak berbaloi untuk semua. Adakah generasi akan datang masih dapat menikmati keindahan alam yang kita kecapi hari ini?
Susah juga jadi negarawan/ ahli politik dan juga orang atasan nie, berbanding jadi orang seperti hidup seorang blogger nie? hehe.
Sumber disini
Hadi Rofiee says
Pendapat saya..
Saya seperti kurang setuju juga dgn cadangan ini..lebih baik dipertingkatkan lagi perkhidmatan feri yg sedia ada. :face:
jambatan separuh? mcm na tu?.. :pouty:
ishak says
:ninja: jambatan separuh…saya pun tak berapa faham jugak jambatan apa… π
Zik says
jambatan bengkok…
rashid says
I take for no…really2 tak ade kebaikan…sangat sokong pendapat Dr M..pembinaan semata-mata untuk kemajuan, itu semuanya helah…yang paling penting, kalau dah ada jalan nanti, dah tak ada keseronokan naik ferri atau kapal…so tak kan semua pulau nak kena ada jambatan baru boleh maju…
Zik says
biarkan macam nie pun dah ok… rosak keindahan pulau tuh nanti…
etomyam says
baru sekali pergi langkawi..tu pun naik tldm punya frigate…nak kena ada jambatan jugak ke?
Zik says
belum confirm lagi.. baru cadangan jer tuh….
syahrilhafiz says
tak sokong..
membazir..kalau naik feri lagi better…
situ dah la pemandangan cantik..abih la rakus kalau diluluskan…
kat tambak johor tu, patut..
sebabnya..ramai org kita berulang alik kerja dari sana..
dah makan minum diorang kat singapore, so terima je lah….=)
Zik says
hurm betul tuh… kat johor tuh memang patut kena buat…
syahrilhafiz says
yeah!!
jom membantah..kihkih
suri says
suka naik feri lebih menjimatkan , dapat suasan tenag dan damai. π
Zik says
π π
DonHa says
aku pun turut membantah. mana cool. dah tak jadi tempat bercuti yang best la. dah boleh pg naik kereta. kata orang, dah tak rare la! :ninja:
Zik says
mari kita membantahnya!!
kulanz says
tak pernah datang langkawi.. tapi aku dapat agak keadaannya lebih kurang macam pulau labuan juga..
pandangan aku, rasanya tak perlulah buat jambatan separuh.. tempat tu pun bukannya susah sangat nak dihubungi.. feri banyak. Mungkin lebih baik guna kos tu untuk bina jalan perhubungan di kawasan lain yang benar-benar memerlukan
lazaac says
sokong dengan pendapat bro kulanz… isu ni dah lama timbul kat pulau Labuan.. tak sangka skrg dah dipanjangkan ke Pulau Langkawi pula..
apa yg lazaac pernah dengar, ada yg mengatakan sekiranya pulau2 ini dihubungkan dengan tanah besar, kelebihan sebagai pulau bebas cukai akan berkurangan… entah betul entah tidak…
Zik says
owh macam tuh rupanya… dekat pulau labuan pun nak buat jambatan jugak ya…
lazaac says
yer bro… tapi tu la, cadangan jer.. rasanya takkan jadi, sbb andaikata dah ada jambatan, status pulau bebas cukai akan ditarik balik…
sori kalau salah fakta, hujah berdasarkan pembacaan lampau.. :devil:
pawaka19 says
sokong mahadhir..naik ferry lagi feel nak berjalan..lagipon ferry merupakan aset dan tradisional langkawi..dan lagi satu ini adalah pemziran..duit rakyat juga depa duk cekaw..
“Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya”
Zik says
diaorang nak untung lebih jer nie…
sufian says
marah la toke feri..
ps: dah tukar theme baru ya
Zik says
tak confirm lagi tuh bro… bukan theme baru.. tukar header baru jer… yang backgound tuh memang boleh tukar bila2 jer..pakai twenty theme…
ashraf says
aku rasa tak perlu, tapi kalau nak buat juga mesti melalui kuala perlis.. π
Zik says
kalau buat memang diaorang buat dari negeri perlis….
Mr.Z says
aku tidak setuju la dengan projek ni..
boleh merosakkan struktur dan khazanah alam..
Zik says
selamatkan bumi hijau kita…
anuarkarimz says
baik gunakan duit utk bina jambatan kpd benda2 yg beri manfaat kpd rakyat terutama golongan miskin
Zik says
bagi kepada mereka yang memerlukan..
ishak says
π aku sokong dengan DR M tidak setuju dengan projek ni baik kita ambik nasihat DR M mungkin ada faedahnya…biasalah otai politik :sleeping:
Zik says
berpandangan jauh…
Saya Laa Dia says
Salam~
Setuju dengan Tun Mahathir. Lebih baik pihak kerajaan mantapkan perkhidmatan yang ada. Jangan hendak mempelbagaikan perkhidmatan, tetapi akhirnya semua nanti akan jadi tunggang langgang.
Pembinaan jambatan akan memakan kos yang besar, maka kesan sampingan pada ekonomi juga akan ketara. Mungkin akan dikeluarkan lagi agenda baru dalam ekonomi. Dan akhirnya, rakyat juga yang makan hati sendiri.
Banyak dah rancangan pembangunan sedang dibangunkan. Mantapkan terlebih dahulu. ^^ Laksanakan konsep2 1 Malaysia tu. Baru rakyat akan menaruh kepercayaan yang lebih. ^^
Zik says
mantapkan yang sedia ada dulu…setuju!!
Blinkky says
Saya tak tahu nak kata macam mana. Susah nak bagi pendapat ni =)
Zik says
alamak 50-50 ke bro..
Sir Marcello says
aku pun tak setuju…kejadahnya nak bina jambatan? nak memudahkan kereta2 no duty tax keluar makan angin ke?
come on ler…langkawi tempat peranginan…kan molek naik ferry then berkereta..baru mencabar aktiviti travel tue…ye dak?
Zik says
satu2nya tempat peranginan yang patut kita jaga
Kamal Mustafa says
Pulau Langkawi nie pun bukanya besar sangat.Kenapa nak buek jambatan yang berjuta2.Feri ado,kapal terbang ado.Hilanglah uniknya.
Zik says
sampan pun ado..hehe… tulah pulau nie memang kecik jer pun…
khairolghani says
setuju dengan Tun..banyak sangat keburukan yg akan timbul lepas jambatan siap..Tun ni jenis berfikiran jauh..kalau kita tengok sebelum2 ni pun,banyak benda yg Tun bagi pendapat dalam pentadbiran kerajaan sebab Tun nampak ada yg tak kena..sepatutnya mereka2 yg terlibat kena hormat pada pandangan Tun..
Tak best la kalau pergi Langkawi dengan kereta..pergi dengan feri juga baru syok..
Zik says
pendapat orang yang mempunyai pengalaman jauh… dalam negara kita..
Ali ridha says
jambatan xperlu dibina.
tambah feri je………..
Zik says
tambah feri… boleh jugak tuh..
donnyien says
pernah p langkawi anik feri..x jauh pun..duit kerajaan ni patut digunakan sebaik yg mungkin,usah membazir..ramai lg org susah dipendalaman sana
Zik says
berapa minit, 40 minit kalau tak silap… dekat jerk..
hyprobulksms says
Saya sokong chedet sepenuhnya! buat apa setuju denagn pembinaan jambatan kerana ianya kurang memberi manfaat, erti kata lain pembaziran budget kerajaan sahaja!. :ninja: dan menyebabkan Langkawi kurang nila ekslusif sebagai tempat peranginan tersohor.
hanif says
aku pun setuju ngan Tun Dr Mahadthir,kesan jangka panjang memang banyak buruknya..cari ler alternatif lain
Zik says
short term dan long term kena amik kira tuh…. kira tun dr mahadthir memang visionary leader..
zezebel says
Rasanya kalau ada jambatan ramai yang tak dapat cari mkan kat langkawi tu.
terutama pengusaha bas dan kereta sewa. Hotel pun mungkin akan turut terjejas sebab orang akan pegi duduk kat hotel yang lagi murah kat tanah besar.
Zik says
kemungkinan besar jugak tuh… dah sesak jalan kot… harap2 tak jadila..
Lee says
kena fikir sehabis2 nya ni..kalau x, buat rugi je nanti..
anyway, bagi mengutamakan keindahan pulau langkawi, rasenye tak payah la..baru enjoy sket journey nak ke langkawi… π
Zik says
keindahan alam semula jadi harus dikekalkan..
zackpantai says
isu jambatan ni, ramai orang yang akan gulung tikar. tp bisnes baru juga yang akan muncul.
Zik says
business baru yang menguntungkan tak banyak pihak tak berapa bagus tuh…
x-po says
aku setuju dgn Tun M..kalau ada jambatan, tak ada keistimewaan lagi la pulau langkawi..nama pun pulau kan, so baik naik bot atau feri nak gi sana..baru ada feel hehe.
Zik says
lepas nie panggil apa kalau jambatan dah pasang…hehe.. selamatkan ekosistem pulau cantik itu…
tehr says
banyak duit nak guna lagi ni
projek mega tu, tak sesuai dengan ekonomi sekarang
Zik says
hurm memang tak sesuai ….. lagi. buat masa sekarang nie.. dan akan datang.
Zik says
pulau itu nanti tercemar dengan bahan2 sisa toksik.. bahan binaan… susah tuh
ST says
Aku rasa banyak lagi menda lain yang lebih penting la… contohnya siapkan bangunan sebelah puduraya yang separuh tiang tu… huhuhu.
p/s: Puduraya masih belum boleh bukak sebelum raya..
Zik says
alamak terbengkalai tuh…
puteri says
banyak benda lagi boleh dibangunkan untuk kebaikan masyarakat Malaysia. pentingkan yang lebih penting dari yang penting.
Zik says
mungkin hospital perlu dibangunkan disana…
Zulhiflee Mohd Sarip says
Pembangunan bandar baru biasanya memang lengkap dengan semua kemudahan asas bertaraf global jika ianya dibangunkan di langkawi yang setaraf dengan statusnya
yoy says
setuju ngn dr. M..xde maknenya jimat mase, tgk jambatan p.pinang..mau berejam nak sampai..lgpun langkawi kan pulau pelancongan..rasanya keindahan lagi perlu dikekalkan berbanding pembangunan..pandangan aku la..
Zik says
kena kaji betul2 tuh… ia ikut kesannya jangka panjang …
nizam says
salam bagi pdpat sy… perlu dibina jambatan… Sbagai pekerja awam di Langkawi… sy rasa mmg perlu… tiap2 tahun ramai pekarja2 yg mohon bertukar.
a) kekangan masa… jadual perlu ikot jadual feri..
b) pkidmatan feri: pnahkah anda naik feri pada musim ombak kuat.. sangat menakutkan.
c) pkidmatan feri tiada pada waktu malam… bmakna kalau kecemasan, kena tggu esok… byangkan situasi ini berlaku pada diri anda…
tapi kalau prjek ni nk dijlnkan.. harap jgn diswatakan,,,, beban untuk pgguna nanti.
Zik says
satu pandangan yang bernas… ada banyak perkara kita perlu pertimbangkan… lagi2 orang yang betul memang bekerja disana..tentu tahu keadaan yang sebenarnya…
none says
Aku pun setuju..
Zik says
hehe… pandangan yang menarik tuh… kita kaji yang lebih ,secara saintifiknya tuh…
titan says
seperti yang ramai setuju. ada pro dan kontranya.
ARieF says
rasanye lebih baik biarkan transport ke langkawi 2 feri je..
betol cakap mahathir 2..
takot rosak laut nnti..
btw ejaan mahathir kt title 2 cam salah je..
heehe :tongue:
mancai says
lebih baik duit tu di gunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah… kalau duit dah tak tau apa nak buat (banyak sangat) baru boleh la kot…
Zulhiflee Mohd Sarip says
…berfikiran lama ni shekh…janganlah gitu, kena proaktif & kretif menjana ekonomi…
ibnujusup says
100% bantah…. the beauty of our nature should be conserve at all cost…. π takde gunenye pembangunan tanpa alam sekitar…. first thing first…
Wan says
ahha nak menghubungkan ke kampung aku nih
kalau ikut logik aku setuju ja. hahahaha
roy says
saya ingin mencadangkan jambatan pulau pinang digantikan dengan membuat monorel dari kuala perlis ke pulau langkawi merentasi lautan..kita buat 2 way, so kesesakan kenderaan tidak akan berlaku,tiada pencemaran udara..kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaat dari segi tarikan pelancong dan ekonomi..jd fikir-fikirkanlah..
Zulhiflee Mohd Sarip says
Jambatan dri p.pinang ke Langkawi terlalu jauh & terdedah kpd resiko perjalanan yg lama, eloklah gunakan lebuh raya yang sedia ada yg boleh memacu ekonomi setempat, peangkutan feri juga beresiko dengan gelombang ombak & angin kecang, beresak-esak bila ramai…keseronakan menaiki feri gantikan dengan mempertingkat feri persiaran pulau ke pulau sudah memadai meningkat serampang dua mata dari segi ekonomi pelancungan
slimdiet2 says
saya kurang setuju. lebih baik tingkatkan perkhidmatan feri sedia ada.
zack says
proceed jer lahh….
meelangkawi says
jambatan langkawi kena bina,bygkan pnduduk di sini nak ke darat kena kumpul duit bru bleh keluar,anda semua tak rasai kesusahan sbb anda bkn tinggal di langkawi,anda mai cuti shj,nak tau langkawi ni kecil ke besar hijrah la ke langkawi,harap PM teruskan bina jambatan langkawi
Zik says
kena fikir jauh … kesan kepada ekosistem dan juga masalah2 lain….
Zulhiflee Mohd Sarip says
Banyak teknologi untuk menstabilkan ekosistem yang sedia ada tidak terlalu disentuh, pembangunan bandar baru disyaratkan tebus guna laut yang terpilih sahaja.
jeng jeng says
urmm abis t feri buang org dah xguna….kreta sewa pon dah hilang pndaptan….
Zulhiflee Mohd Sarip says
Saya sokong kerana saya berasal dari kampung luar bandar dan kebiasaan keluar daerah di kepulauan borneo juga pulau, DEMI MASA… kemajuan & kemudahan hanya akan terbentuk bila adanya jaringan komukasi udara, darat & udara termasuk jambatan yang bersepadu untuk menjana ekonomi dan keharmonian persaudarana setempat dapat dilaksanakan on time terpantas.
fina fento says
Kalau buat jambatan dari K. Perlis ke Langkawi, hilanglah status duty free pasni..
Zulhiflee Mohd Sarip says
Tak ada kena mengena hilang status duty free dengan jambatan yg akan dibina, zone duty free tetap kekal malah dipertingkatkan kecekapannya dengan ditambah dengan berbagai industri akan dihujutkan…
Zulhiflee Mohd Sarip says
PEMBINAAN JAMBATAN YANG BERBENTUK APAPUN ASALKAN IANYA JAMBATAN (SEKURANG-KURANGNYA 3 LORONG SEHALA) MEMANG RASIONAL KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA DAN PENDUDUK TEMPATAN MENJANA EKONOMI YANG LEBIH BESAR DAN MELUAS TERMASUK LIMPAHAN KEMAKMURAN KEPADA KESEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PANDAI MEMANFAATKANNYA.., UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM MESTI KEHIDUPAN SEHARIAN BERLANDASAN…”DEMI MASA…”
Petikan komen pemilik blogger ini…”Pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Pembinaan jambatan separuh, menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.
Projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.
Disamping jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit.
Peluang pekerjaan. Since negara kita memang ramai penganggur, tak tahu berapa jumlah penganggur di negara kita.
Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.”
KENYATAAN DI ATAS BENAR DAN DISOKONG SEPENUHNYA JIGA PEMIMPIN2 TERTINGI NEGARA MALAYSIA YANG SENTIASA MEMIKIRKAN KEMAKMURAN RAKYAT DIDAHULUKAN TIDAK BOLEH TIDAK UNTUK SETUJU MENYOKONGNYA…
HARUS DI ABAIKAN KENYATAAN DI BAWAH…
Keburukan lain.
Ekosistem langkawi terjejas. Biasalah manusia yang rakus, akan membuang sisa bahan binaan ke dalam laut. Haiyo, mana boleh itu macam.
Masalah penyuludupan yang sukar dikawal. Pulau langkawi yang bebas cukai menjadikan sindiket-sindeket cuba membawa masuk barang-barang yang dikawal, untuk mengaut keuntungan yang besar.Mahu elak cukai le tuh. Tapi memang dah ada pun, sekarang nie, bila dah ada jambatan, lagilah menjadi-jadi.
Anda ada perkara yang lain ingin dibincangkan. Setuju ke tak? Vote dulu kat atas. Namun projek ini masih lagi dalam peringkat cadangan. Mungkin ada banyak perkara akan dinilai secara halus. Fikir betul-betul.
Pembangunan memang sangat penting, tetapi bila tengok manusia yang sangat rakus untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesannnya kepada ekosistem dan juga penduduk setempat, ia tidak berbaloi untuk semua. Adakah generasi akan datang masih dapat menikmati keindahan alam yang kita kecapi hari ini?
NOTE:
Ekosistem langkawi yang sedia ada memang wajib dikekalkan dengan tidak sedikitpun mencantas gunung ganang terpilih (keindahannya) yang sedia ada, Memandangkan sekeliling lautan samudera Langkawi adalah luas persempadanannya, Pembangunan Bandar Baru hendaklah di buat dengan cara tebus guna laut (reclamation of sea) di kawasan-kawasan tertentu yang tidak mencemarkan pantai sedia ada.
Mengatasi bahan buangngan & sampah; Incinerator waste-to-Energy Solution
Pengegasan yang fleksibel adalah teknologi tenaga dipercayai bersih (kitar semula) yang boleh bertukar pelbagai bahan feedstock bernilai rendah kepada produk bernilai tinggi, membantu mengurangkan pergantungan kita kepada minyak asing dan gas asli, dan boleh menyediakan sumber alternatif yang bersih dari beban eletrik, baja kimia dan bahan api serta bahan kimia lain (Teknologi Hijau)
PENGUATKUASAAN KENA TEGAS DENGAN DISPLIN YANG KONSISTEN
Mudah2an dengan keyakinan saya sendiri akan berusaha memajujan sebidang tanah berkonsep Pembangunan Bercampur dengan kemudahan marina serta taman tema bertaraf dunia serta taman industri tinggi yang lebih mesra alam, insyallah…
Langkawi boleh lebih maju mengatasi P.Pinang & Singapore, insyallah
nazirul says
salam,
saya sangat tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan kuala perlis ke langkawi…
cuba anda bayangkan,sekiranya pembinaan itu di laksanakan..
hidupan laut akan terancam dan ekosistem di dasar laut akan terjejas..
selain itu,nelayan-nelayan akan hilang punca rezeki kerana ikan-ikan laut akan berpindah ke tempat lain dan berkemungkinan akan mati..
dari segi lain pula,jika pembinaan ini terlaksana..keadaan di pulau langkawi akan menjadi sesak kerana pengunjung akan mudah keluar masuk tanpa had dan keseronokkan menaiki feri tidak dapat dirasai oleh generasi yang akan datang..