Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Terowong dasar laut Malaysia-Singapura siap 2018??

Terowong dasar laut Malaysia-Singapura siap 2018??

Zik · Sep 25, 2010 · 41 Comments

Share this on WhatsApp

pembinaan terowong bawah laut, terowong johor bahru- singapura, terowong jb singapura mesra alam, pembinaan terowong, terowong bawah laut siap 2018

Setelah perjanjian yang telah dimeterai diantara singapura dan malaysia pada bulan 5 Mei yang lalu. Kini kedua-dua negara perlu timbang tara mengenai projek ini.

Bukan projek main-main nie beb!

Kerajaan seharusnya serius dalam projek ini, dan jangan jadikan buah pisang berbuah dua kali. Cukuplah kita telah banyak menanggung kerugian dengan pembatalan jambatan bengkok yang  menghubungkan Johor Bahru -Singapura.

Bila dijangkakan Siap?

Insyallah kalau takda masalah apa (haha macam PM lak aku nie), dijangkakan akan siap 2018. Sistem pengangkutan awam yang membabitkan trek sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dan aku tak tahu berapa juta kos pembinaannya??

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata walaupun ia membabitkan kos yang tinggi, namun ia adalah pilihan yang lebih mesra alam. (betul ker??)

“Kita sudah pun mempunyai beberapa pilihan tapi masih perlu duduk berbincang secara serius dengan pihak Singapura untuk dikemukakan dengan perjanjian berhubung cara untuk sama-sama membangunkannya,” Tambahnya beliau menyatakan pilihan lain termasuklah untuk membuat satu lagi tambak bagi menghubungkan kedua-dua negara, yang membabitkan kos yang lebih murah namun tidak mesra alam.

Beliau berkata, membina jambatan juga adalah pilihan, namun jenis jambatan itu perlu ditentukan kerana laluan selat Johor masih dilalui kapal dagang.

“Saya berpendapat pembangunan pada masa depan berhubung hubungan antara Malaysia dan Singapura kita tidak boleh bergantung melalui tambak saja. Tren itu mungkin dua atau tiga perjalanan saja sehari tetapi bagi aliran manusia secara berterusan antara Singapura dan Johor Bahru, kita perlukan pengangkutan yang lebih berkesan dan tetap, selain teksi dan bas,” katanya.

Dikatakan akan dilaksanakan oleh 100 firma paling dinamik di dunia.

Pembinaan sistem transit aliran massa bandar bersepadu yang menghubungkan ke Singapura menerusi sistem rel kelajuan tinggi dan usaha menarik masuk 100 firma paling dinamik di dunia adalah antara projek-projek yang dikenal pasti untuk dilaksanakan di Greater Kuala Lumpur di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Memulihkan semula Sungai Klang menjadi satu daerah warisan dan komersial juga merupakan antara 10 projek permulaan (EPP) bersama empat dimensi yang dikenal pasti untuk dilaksanakan di Greater Kuala Lumpur di bawah NKEA.

Pertumbuhan aktiviti ekonomi Greater KL dijangka meningkat dengan jumlah pekerjaan daripada 2.5 juta pada 2010 kepada 4.2 juta menjelang 2020.

Butiran terperinci ini diumumkan oleh anggota makmal yang ditubuhkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Ahmad Suhaili Idrus di Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, hari ini.

Wawasan NKEA Greater Kuala Lumpur adalah untuk menjadi bandar raya yang mencapai secara serentak rangking 20 terbaik dalam pertumbuhan ekonomi bandar raya di samping menjadi antara senarai 20 bandar raya paling sesuai untuk didiami di dunia menjelang 2020.

Greater KL, yang sudahpun berada dalam peta dunia sebagai satu daripada bandar raya ikon di Asia Tenggara dan akan dikenali sebagai mercu tanda terkenal dunia seperti Menara Berkembar Petronas, merupakan gabungan unik pelbagai budaya dan warisan, rangkaian jalan raya meluas dan perkhidmatan asas berkualiti tinggi seperti bekalan air dan elektrik.

Sumber bharian.com.my

Share this on WhatsApp

Ekonomi pembinaan jambatan bengkok yang dibatalkan, pembinaan terowong singapura johor bahru, perlu ke bina terowong singapura jb, rasional pembinaan terowong singapura ke johor bahru, terowong jb singapura

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. elmo b says

    September 25, 2010 at 3:30 am

    ala kalau dah siap pun belum tentu boleh pegi sane… sob. sob.

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:23 pm

      sebabnya??? takda pasport ek…

      Reply
  2. Amir Said says

    September 25, 2010 at 10:03 am

    eh x tau plak aku psl terowong ni… tp bagus jgk dorg buat terowong instead of jambatan. cuma satu je, jangan buat kerja separuh2. buat sampai siap.

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:24 pm

      hah tuhla pasal…. memang malaysia jerla yang tanggung kerugian…

      Reply
  3. haru says

    September 25, 2010 at 11:15 am

    2 la dulu Tun M nak suh wat pastu smpai Paklah diorg cancel sgt..tgk skrg coz sume dah naek..xke mhal..

    Reply
    • Hadi Rofiee says

      September 25, 2010 at 11:26 am

      Malaysia mesti tegas. :angry:

      Reply
    • syahrilhafiz says

      September 25, 2010 at 2:16 pm

      setuju!!!!

      Reply
    • iza says

      September 25, 2010 at 2:47 pm

      Tunggu dan lihat…..
      bila berubah kepimpinan, pasti ada yg tak beres…..
      Masih ramai lg rakyat malaysia yg memerlukan bantuan kewangan, ramai anak2 yg tak bersekolah sbb tak mampu nk beli keperluan….

      Reply
      • nash says

        September 25, 2010 at 7:47 pm

        yup2..setuju…
        ramai orang Malaysia masih hidup susah..
        lagi2 rumah ayah aku masih tak siap2 terbengkalai…
        tensennyer….
        harap2 rumah family aku yang da 10 tahun tak siap2 disiapkan! tak yah bazir duit buat bende nie…

        Reply
  4. Hadi Rofiee says

    September 25, 2010 at 11:16 am

    Kepentingan Malaysia juga MESTI perlu dijaga. :getlost:

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:24 pm

      ya betul….

      Reply
  5. Mama Murai says

    September 25, 2010 at 12:11 pm

    Mesra alam? betulkah begitu lestari? walau segah mana pun kertas kerja yang kononnya projek lestari ia tetap tidak akan lari daripada menerima tempias pengubahan demografi, cakap kosong! tak cukup lagi ke dengan jambatan dan tambak yang sedia ada?

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:25 pm

      tunggu dan lihat… apa agaknya akan jadi…

      Reply
  6. Azuan says

    September 25, 2010 at 1:18 pm

    Aku tak tau lak pasal ni.. harap boleh siap lah tu.. nnti senang nak pergi singapore.. hehe

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:25 pm

      hehe… senang sikit nak jalan2..

      Reply
      • Azuan says

        September 27, 2010 at 9:40 pm

        Mesti dah tu bro.. hehe

        Reply
  7. syahrilhafiz says

    September 25, 2010 at 2:14 pm

    pendapat lain..
    kalau buat terowong ni kos dia besar..
    jadi kalau macam jambatan yang atas permukaan laut tu lain cerita..
    benda nampak kalau ada masalah…

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:26 pm

      memang kos dia memang sangat2la… besar :cwy: :cwy:

      Reply
  8. zezebel says

    September 25, 2010 at 4:35 pm

    Harap-harap tiada masalah.
    Singapura tak mau perhubungan darat ke Malaysia di majukan kerana ia akan melibatkan aliran keluar wang ke Malaysia. Lebih cepat orang dapat sampai ke Malaysia, lebih cepat juga la duit dia hilang. Hehehehe….

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:26 pm

      ntahla…masih kabur lagi pasal projek nie …. tengok apa perkembangan lepas nie.. huhu

      Reply
  9. tehr says

    September 25, 2010 at 4:45 pm

    baru tahu hal terowong ni
    harap2 situasi kali ini tidak merugilkan negara

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:27 pm

      itu yang terbaik….

      Reply
  10. bujang3 says

    September 25, 2010 at 5:38 pm

    entah la…. banyak kali sebenarnya kita dah terkena dengan kerajaan Singapura nie… masih nak percaya ker !!!!

    p/s : Terima kasih Zik ..kerana masih terus setia mengunjungi blog aku dan memberi semangat… aku dah mula kembali mengadap blog walaupun mood masih tak berapa stabilll.. thanx 4 de support !!!

    Lagi satu : semoga berjaya dengan test-test yg bakal ko hadapi minggu depan !!! GOOD LUCK !!!

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:27 pm

      bisa diatur… 10q bro…

      Reply
  11. nash says

    September 25, 2010 at 7:50 pm

    Amat berharap kerajaan berfikir banyak kali demi kepentingan rakyat mereka sendiri..
    duit itu boleh disalurkan kepada projek perumahan rumah family aku kat tampin yang dah 8 tahun terbengkalai tak siap-siap…

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:29 pm

      kerajaan nak makan duit ,dari projek2 macam nie ..huhu

      Reply
  12. aimannajmy says

    September 25, 2010 at 8:56 pm

    kadang2 aku sangsi ngan singapore ni…betul ke keikhlasan dorg nk melabur kat johor ni..pemilikan tanah diorg kat sini pun bleh tahan byk gak

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:36 pm

      boleh tahan banyak…. ingat lagi pasal nak rebut pulau batu putih… last deme jugak yang dapat…grrr

      Reply
  13. donny says

    September 25, 2010 at 11:02 pm

    elok la tapi lambat lagi lah 2018 baru siap..skrg jem gila2 masuk sg tue

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:38 pm

      hari2 jammed…

      Reply
  14. Ismail N says

    September 25, 2010 at 11:03 pm

    Sultan Johor setuju ke? :d

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:39 pm

      wallahuallam…

      Reply
  15. Lee says

    September 25, 2010 at 11:19 pm

    jika ianya benar-benar membawa manfaat..insya-allah usaha ini disokong..buatlah yang terbaik ye.. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:41 pm

      harapannya… harap2 buat pun kasi siap la….

      Reply
  16. Khairol Ghani says

    September 26, 2010 at 8:12 am

    menarik juga idea ni..kalau betul2 dibuat,memang bertambah senang nak gi singapore..

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2010 at 12:44 pm

      harap buat kerja kasi siap… tak mahu separuh jalan….

      Reply
  17. Zik says

    September 26, 2010 at 12:37 pm

    wajar2… tapi biasanya singapura tuh nak amik kesempatan jer tuh… . :angry: :angry:

    Reply
  18. ishak says

    September 26, 2010 at 1:59 pm

    wah menarik jugak kalau dibuat terowong macam ni..ianya bagus demi kemudahan kedua buah negara

    Reply
  19. Ali ridha says

    September 26, 2010 at 3:33 pm

    bukan aku leh pegi sana pon.sedara aku seronok lgi
    tinggal kt malaysia.

    Reply
  20. suri says

    September 26, 2010 at 3:34 pm

    lagi byklah penduduk ini akan menerima pgunjung asing dari luar huhu..

    klu utk pembagunan eknomi ok gak huhu.. πŸ™‚

    Reply
  21. tipahtaktipu says

    November 24, 2010 at 7:41 am

    musykil dgn statement masih ada lagi kapal lalu selat johor…macam tak logik.
    so kapal2 tu crash tambak johor ke?
    apa jadi dgn bekalan air ke spore?
    ada paip2 air di tambak johor tu….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.